CARA MUMMIES BOLEH LAKUKAN UNTUK GALAKKAN BAYI BERGERAK DALAM KANDUNGAN!

Assalamualaikum dan selama tpetang Mommies!

Macam dah berhabuk sikit kan kat sini? Kepada yang rindu maaf ya admin busy sikit kebelakangan ni.

Sikit je okay!

Mommies yang hamil 6 bulan ke atas mesti ‘excited’ nak rasa bayi bergerak dalam kandungan. Dan bila dah bergerak tu, tak sah kalau tak panggil satu keluarga untuk tengok pergerakan bayi tu. 

Bayi ni pulak satu hal, bila Mommies sorang-sorang banyak kali pulak dia nak mengesot kesana- kesini, bila dipanggilnya adik-beradik, sanak saudara untuk tengok, pandai bayi ni diam aje.

Kecik-kecik dah scam orang ye! Hihi…

Jadi tunggu apa lagi, harini surayamothercare nak share tentang cara aktifkan pergerakan bayi dalam kandungan tau.

Jom kita baca!

_______________________________

CARA MOMMIES BOLEH LAKUKAN UNTUK GALAKKAN BAYI BERGERAK DALAM KANDUNGAN

1. Tidur sebelah kiri ketika kehamilan

Ini adalah salah satu cara aktifkan bayi bergerak dalam kandungan. Mommies baring dan mengiring sebelah kiri. Beri perhatian penuh untuk rasakan pergerakan bayi dalam masa kira-kira 2 jam.

Dalam masa 2 jam, kebanyakan Mommies dapat rasakan bayi bergerak kira-kira 10 kali. Jika Moomies dapat rasakan bayi kurang bergerak dalam tempoh 2 jam tersebut, adalah dinasihatkan untuk segera membuat pemeriksaan lanjut bersama doktor di klinik atau hospital berdekatan.

Selain itu, Mommies hamil yang baring mengiring sebelah kiri banyak faedahnya. Ini adalah kerana apabila Mommies tidur mengiring ke sebelah kiri, aliran darah akan lebih baik kerana urat vena besar, juga dikenali sebagai inferior vena cava, boleh mengalir selari dengan tulang belakang anda di sebelah kanan.

2. Cara pemakanan dan minuman

Bayi akan bertindak balas terhadap gerakan apabila gula darah meningkat. Mommies boleh makan camilan yang disukai atau camilan yang lebih sihat, seperti yoghurt, jus buah, dan kacang-kacangan.

Mommies jangan buat-buat lupa ya, jaga pemakanan bukan untuk aktifkan bayi dalam kandungan sahaja, malah menyihatkan dan menguatkan tubuh badan Mommies ketika hamil.

Antara tujuan pemakanan yang sihat adalah: 

  • Untuk memastikan perkembangan janin berada dalam keadaan sihat.
  • Untuk memelihara kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien anda dan memastikan anda menambah berat badan semasa hamil dengan cara yang betul:
  • Jika Mommies kurang berat badan, anda perlu menambah kira-kira 12 hingga 18 kilogram.
  • Perlu menambah 11–16 kilogram jika berat badan anda sebelum hamil adalah normal.
  • Perlu menambah 7-11 kg jika anda berlebihan berat badan.
  • Perlu menambah kira-kira 16-20 kg jika anda mempunyai kandungan dua orang.

3. Ajak berbual

Mungkin nampak pelik bagi, tapi cara ini mampu aktifkan bayi dalam kandungan tau! 

Antara usia 16 dan 22 minggu kehamilan, bayi mula belajar mendengar. Janin di dalam perut biasanya akan semakin aktif bergerak apabila Mommies bercakap dengannya lebih kerap. Agak-agak Mommies boleh berbual apa je? Yelah kan kita kalau bercakap bukannya bayi akan respond kan?

Mommies boleh je sambil usap-usap perut yang semakin membesar tu sambil doakan bayi. Contohnya, “Anak ibu ni dah besar mesti jadi anak yang soleh/solehah tau”, ataupun, “Depan ibu ada toys, nanti adik dah keluar adik main toys dengan ibu ya”, haa begitulah contohnya.

4. Meningkatkan Adrenalin

Adrenalin biasanya muncul ketika kita merasa gugup atau takut. Ternyata sengaja melalukan ini, mampu mengajak janin untuk bergerak.

Maksudnya jika Mommies terkejut, bayi dalam kandungan pun akan terkejut sama ke? Lebih kurang macam tu!

Namun, pastikan Mommies melakukan hal-hal yang sihat dan selamat ya, seperti menonton film yang menegangkan. 

5. Gunakan ‘torchlight’

Yang ni memang agak pelik. Tapi tak pelik jugakan, dalam perut mestilah gelap jika bayi dapat rasakan cahaya yang smaar-samar gituu mesti membuatkan bayi nak bergerak.

Tapi Mommies jangan terkejut tau. Janin sudah boleh memahami cahaya dan gelap setelah lewat usia kehamilan 22 minggu.

Oleh itu, jadi sebenarnya bayi boleh mendekati cahaya. Kalau ikut admin, tak ingatlah masa dalam perut dulu gelap ke tak gelap kan.

Tapi kalau disuluh aja dengan torchlight 23 jam, kemungkinan besar silaulah agaknya bayi tu.

Keluar-keluar complain agaknya baby kita nanti kenapa maknya selalu sangat suluh terang-terang dekat perut tu, sakit mata kita makk!!!

Cc: http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-semasa-mengandung/

 

 

 

BAU BADAN IBU DAPAT MENENANGKAN BAYI?

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Haaa? Anak menangis, haih tak bagi chance langsung Mummies nak baca blog dari surayamothercare.

Tulah kan tak boleh tingal langsung, tapi macam mana anak ni ‘alert’ aje bila Mummies tinggalkan dia sekejap?

Jawapannya bau Mummies! surprised

Bayi dah kenal bau Mummies tau, bila dia rasa tak senang, bayi akan merengek, dah bila digendong orang lain ehh menangis, digendong ibu Mummies tahu pulak senyap.

Nak tahu lebih lanjut, jom baca isian di bawah.

_________________________

BAU BADAN IBU, MEDIUM KETENANGAN BAYI?

Apabila anak kecil anda boleh mencari bau anda dengan “menghidu”, ia sangat menggembirakan.

Walau bagaimanapun, bagaimana situasi itu berlaku dan adakah ia dianggap sebagai tanda bayi mengenali ibunya?

Seperti yang kita ketahui, rongga hidung mula berkembang pada bulan kedua kehamilan.

Semasa proses tumbesaran janin, sensasi rasa dan bau mula berkembang lebih awal.

Bayi dalam kandungan akan mula menelan dan menghisap pada bulan kelima kehamilan.

Bayi akan menelan kira-kira 0.5 liter cecair ketuban setiap hari jika ibu-ibu tahu. Bayi kemudiannya akan mencerna cecair ketuban atau amniotik ini.

Bayi akan menerima nutrien ini dalam darah mereka. Nutrien ini disaring melalui tali pusat.

Penyaringan akan dibawa ke buah pinggang melalui darah ibu dan kemudian dibuang sebagai sisa.

Oleh itu, satu pemeriksaan kehamilan penting ialah ujian air kencing ibu hamil, yang kadangkala dilakukan oleh doktor.

__________________________

Mummies rasa apa sebabnya ya?

Ini kerana kakitangan perubatan boleh mengetahui keadaan ibu dan bayi dengan menjalankan ujian air kencing.

Tali pusat, yang menjalankan pelbagai fungsi, termasuk menyediakan makanan dan mengekalkan hubungan dengan ibu sepanjang tempoh sembilan bulan kandungan, akan dipotong selepas bayi selamat dilahirkan.

Oleh itu, bayi akan mula menggunakan sensasi bau mereka pada tahap perkembangan awal untuk mencari bau yang dikenali. Ini menunjukkan bayi mengenali ibunya.

_________________________

KAJIAN BAYI MENGENALI IBUNYA

Bayi boleh berasa selamat dan tenang kerana bau anda, kerana anda adalah orang pertama yang menjaga mereka.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 dalam jurnal Breastfeeding Medicine mendapati bahawa hanya memberi susu badan kepada bayi pramatang menenangkan bayi.

Dalam kajian tambahan yang dijalankan oleh saintis di Penn State College of Medicine, saintis mendapati bahawa bau ibu sesetengah bayi adalah terlalu menarik—atau terlalu menarik—untuk mereka untuk tidur di bilik yang sama dengan ibu mereka.

Keadaan itu menyebabkan ibu bapa dan bayi kurang tidur.

Sebabtulah bayi asyik melekat aje dengan Mummies kan? kalau orang lain mahupun bapanya yang pegang, mulalah menangis.

cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/tanda-bayi-mengenali-ibunya/ 

 

 

WARNA SUSU BADAN MUMMIES MERAH JAMBU? WUJUD KE?

Assalamualaikum dan selama tpagi Mummies!

Mummies yang tengah berpantang dengan surayamothercare tu bolehlah baca-baca sekejap, hehe. laughing

Kongsian kalini adalah tentang warna susu Mummies!

Jom baca Mummies!
_________________________
PERINGKAT WARNA SUSU IBU

Kolostrum

Badan menghasilkan susu ibu pertama, yang dipanggil kolostrum. Walaupun ia tidak banyak dihasilkan, ia pekat dan kaya dengan nutrien.

Kolostrum biasanya berwarna jernih dan cair, tetapi lebih kerap ia berwarna kuning atau oren dan pekat. Kolostrum yang mengandungi banyak beta-karotena memberikan warna kuning gelap atau oren.

Warna Susu Ibu Peralihan

Selepas beberapa hari kolostrum, pengeluran susu ibu meningkat, dan badan akan mula menghasilkan susu peralihan.

Warnanya biasanya berubah daripada kuning kepada putih apabila susu mula dihasilkan semasa peralihan dua minggu ini.

Susu Matang

Selepas dua minggu, badan mencapai peringkat susu matang, yang berubah mengikut jumlah lemak.

Di sini anda akan dapat membezakan susu ibu cair daripada susu pekat:

– Foremilk
Susu matang, yang mula mengalir daripada payudara pada permulaan sesi penyusuan atau dengan pam, biasanya lebih cair dan kurang lemak.

Susu ini, yang biasanya dikenali sebagai foremilk, mempunyai kandungan elektrolit yang tinggi, yang menyebabkannya berwarna kebiruan.

– Hindmilk
Susu ini, yang biasanya dikenali sebagai foremilk, mempunyai kandungan elektrolit yang tinggi, yang menyebabkan ia berwarna kebiruan.
Apabila lemak bertambah, susu ibu bertukar menjadi susu berkrim yang disebut hindmilk – ia biasanya berwarna putih atau kuning dan lebih pekat.

________________________

PERUBAHAN WARNA SUSU IBU LAIN DAN MAKSUDNYA

Susu Hijau

Apabila lemak bertambah, susu ibu bertukar menjadi susu berkrim yang disebut hindmilk – ia biasanya berwarna putih atau kuning dan lebih pekat.
Makanan hijau atau pewarna hijau boleh menjadikan susu hijau.

Makanan yang boleh menyebabkan susu berubah hijau termasuk mengambil banyak sayuran hijau seperti bayam atau rumpai laut, dan menambahkan herba atau vitamin tertentu ke dalam diet.

Warna Susu Ibu Merah Jambu, Merah, dan Oren

Apabila lemak bertambah, susu ibu bertukar menjadi susu berkrim yang disebut hindmilk – ia biasanya berwarna putih atau kuning dan lebih pekat.
Selain itu, susu ibu boleh menjadi merah jambu, jingga atau merah selepas makan makanan atau minuman yang mengandungi warna merah, kuning atau oren.

Bertukar warna susu boleh disebabkan oleh ubi bit, minuman buah merah, lobak merah, dan soda oren.

Warna Susu Coklat Karat, Merah Berdarah

Susu badan mungkin berwarna coklat, oren gelap atau karat jika darah masuk ke saluran susu.

Sindrom paip berkarat, atau rusty pipe syndrome, berlaku apabila susu ibu kelihatan seperti air kotor yang berasal daripada paip yang telah lama berkarat.

Jika puting luka, darah juga boleh masuk ke dalam susu. Jangan panik! Susu yang telah dipam tidak perlu dibuang, dan penyusuan boleh diteruskan seperti biasa. Bayi tidak akan terjejas jika terdapat darah dalam susu ibu.

Ia biasanya akan hilang sendiri dalam beberapa hari. Tetapi jika ia berterusan, pergi ke doktor.

Warna Susu Hitam

Selain warna susu kuning, ia juga boleh berwarna hitam. Ia dikaitkan dengan pengambilan antibiotik Minocin – juga punca kulit menjadi gelap. Penggunaan Minocin amat tidak digalakkan semasa menyusu. 

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/warna-susu-ibu-lain/ 

 

 

MASALAH KESIHATAN YANG MAMPU TERJADI KEPADA ANAK !

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Hari ni admin nak share tentang penyakit yangbiasa terjadi kepada anak.

Anak kalau sakit jangan tangguh jumpa doktor ya Mummies!

Jom baca kongsian dibawah.

Selamat membaca Mummies!

_________________________

PENYAKIT YANG BIASA TERJADI KEPADA ANAK-ANAK

1: Penyakit Saluran Pernafasan

Anak sakit biasanya disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan, iaitu hidung, tekak dan paru-paru.

Ini berlaku terutamanya pada kanak-kanak yang belum mempunyai pertahanan tubuh yang kuat terhadap virus dan bakteria.

Anak-anak mungkin mengalami penyakit saluran pernafasan berikut:

  • Asma
  • Pneumonia
  • Tuberculosis (TB)

2: Keadaan Kesihatan Lain

Kesihatan kanak-kanak boleh terjejas oleh beberapa isu kesihatan yang biasa dialami oleh orang dewasa.

Jika anda mengabaikan penjagaan kesihatan anak anda, anda mungkin menghadapi masalah berikut:

  • Diabetes
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Alahan

3: Penyakit Kulit

Kulit kanak-kanak memang sangat sensitif berbanding kulit orang dewasa. Dua masalah kesihatan kulit yang paling biasa dialami oleh kanak-kanak ialah:

  • Ruam
  • Ekzema

Masalah penyakit kulit lain yang turut berisiko berlaku ialah:

  • Tanda lahir
  • Jangkitan kulit bakteria
  • Jangkitan kulit kulat
  • Psoriasis
  • Gangguan melepuh

4: Masalah Penghadaman

Masalah pencernaan biasanya menyebabkan anak sakit, dan ia biasanya ringan.

Berikut adalah lima situasi yang paling biasa:

  • Sembelit
  • Intoleransi makanan
  • Darah dalam najis
  • Kembung
  • Cirit Birit

5: Penyakit Neorologi

Disfungsi otak atau sistem saraf boleh menyebabkan masalah neurologi.

Ia boleh menyebabkan gangguan fizikal atau psikologi, bergantung pada kawasan otak yang terjejas.

  • Sindrom Down
  • Lelangit sumbing
  • Spina Bifida
  • Hydrocephalus
  • Cerebral Palsy

6: Malnutrisi

Disfungsi otak atau sistem saraf boleh menyebabkan masalah neurologi.

Ia boleh menyebabkan gangguan fizikal atau psikologi, bergantung pada kawasan otak yang terjejas.

  • Terbantut 
  • Pembaziran dan kekurangan zat makanan
  • Kwashiorkor
  • Marasmus
  • Kekurangan mineral
  • Kekurangan vitamin
  • Berat badan berlebihan dan obesiti

Terbantut dan kegemukan adalah masalah yang paling biasa di Malaysia dengan kekurangan zat makanan.

Ini biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak mencukupi atau diet yang tidak sihat.

7: Penyakit Biasa

Penyakit biasa ni selalunya senang sembuh kan Mummies. Dalam 2-3 hari dah pulih. Namun jangan ambil ringan ya, jika sakit terus jumpa doktor buat pemeriksaan.

Kesian kat anak sakit lama-lama.

  • Demam
  • Flu & selesema
  • Batuk
  • Kolik
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Dehidrasi

8: Penyakit Berjangkit

Kalau ikut admin kan, penyakit ni memang bahaya.

Yelah kalau anak sakit berjangkit pulak dengan ibu bapanya, kesian siapa nak menjaga yang sakit.

Anak-anak juga berasa sedih sebab tak dapat meneruskan aktiviti rutinnya kerana perlu dikurung dirumah, yelah taknak bagi merebak kan.

Haa kalau macam ni terus jumpa doktor tau Mummies!

  • Cacar Air
  • Campak
  • Beguk
  • Rubella
  • Difteria
  • Polio
  • Penyakit tangan, kaki, dan mulut

  • Jangkitan cacing

__________________________

Moral Of The Story…

Semasa tumbesaran kanak-kanak, adalah penting untuk mengetahui secara menyeluruh tentang keadaan kesihatan mereka.

Bawa anak anda ke doktor jika anda bimbang tentang kesihatan mereka.
Mummies jangan bertangguh ya kalau nak sakit.

Terus bawak jumpa doktor!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-kanak-kanak/ 

CARA LATIH BAYI TIDUR SENDIRI TANPA MUMMIES DODOI!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies kat luar sana kalau nak tahu, PENTING latih bayi tidur sendiri tau.

Mesti Mummies rasa tak penting kan?

Bila anak dah besar Mummies akan rasa perubahannya dan kepentingan latih tidur masa kecil.

Takkan sampai umur 12 tahun masih tak boleh tidur sendiri kan?

Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa sebab Mummies juga memerlukan rehat yang secukupnya. 

________________________

TIPS LATIH BAYI TIDUR SENDIRI

1: Bawa Masuk Bilik Awal

Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur.

Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur. 

Jika Mummies mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal.

Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.

2: Waktu Tidur Sebagai Keutamaan

Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan?

Bukan bayi saja, orang dewasa opun perlu dapat rehat yang cukup untuk hidup yang produktif.

Bukan saja produktif kerja, malah produktif menjaga anak!

Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.

Jangan lupa, bila bayi tidur, Mummies pun rehat sekali!

Jika bayi sukar tidur, ia boleh wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.

3: Kurangkan Tabiat Susu Sampai Tidur

Mummies mesti biasa kan susukan bayi sampai tertidur.

Bukan apa, sebab kadang- kadang kan memang itu cara mudah untuk tidurkan bayi.

Mummies jangan risau, memang tak salah tau.

Tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya.

Jadi jika boleh, apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.

4: Elakkan Gangguan Ketika Mengantuk

Mummies kalau geram sangat dekat anak tu comel sangat, kalau anak nak tdur tu Mummies stop kejap tau.

Layankan mamai anak tidur bayi tu.

Lagi senang dia tidur.

Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang.

Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.

5: Latih Rutin Tidur

2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, Mummies amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur.

Antara aktiviti yang boleh Mummies lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian.

Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.

Jangan bagi gadjet, lagi cergas anak nak tnegok skrin dengan paparan yang menarik.

6: Rutin dari Kecil

Mummies pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal.

Mungkin kecil- kecil Mummies tak tegas tentang waktu tidur.

Jam dah pukul 11 malam masih berlari lari main bersama sepupu mahupun adik beradik yang lain.

Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, Mummies harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.

Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa.

Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari.

Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.

7: Ruang Tidur Selesa

Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil.

Siapa yang boleh tidur dalam keadaan panas dan tidak selesa?

Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang.

Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/7-tip-melatih-bayi-tidur-sendiri/

 

 

BAHAYA!! SAMPAI USIA INI JANGAN JANGAN BENARKAN ANAK TIDUR DENGAN BANTAL TAU MUMMIES.

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Namun, bolehkah bayi tidur bersama bantal?

Bantal yang lembut dan empuk juga mampu mengundang bahaya buat bayi.

Semasa empat bulan pertama selepas kelahiran bayi, penggunaan bantal ketika mereka tidur boleh menyebabkan bayi anda berisiko menghidapi sudden infant death syndrome (SIDS).

Apa itu Sudden Infant Death?

Sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) ialah kematian mengejut dan tidak dapat dijelaskan bagi bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun.

Bayi yang salah pakai bantal pun menjadi penyebab kepada SIDS ni tau Mummies!

Jadi kongsian kalini tentang umur yang sesuai bayi atau anak kecil dipakaikan bantal.

Selamat membaca Mummies!

_______________________

Sampai Umur Berapa Anak Dinasihatkan Untuk Tidak Memakai Bantal Ketika Tidur?

Haaa Mummies nak tahu tak, pakar perubatan menegaskan untuk ibu bapa menangguhkan idea untuk bayi tidur bersama bantal sehinggalah mereka mencecah usia 18 bulan.

Agak- agak sebab apa?

Sebenarnya, bayi tidak memerlukan bantal untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Namun sebagai individu dewasa, memang bantal amat kita perlukan untuk merehatkan kepala.

Jadi bantal sebenarnya adalah berbahaya bagi seorang bayi.

Penggunaan bantal yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko bayi Mummies menghidapi SIDS. Ini kerana bayi Mummies mungkin akan meniarap, membenamkan muka mereka ke dalam bantal lalu menyebabkan mereka sesak pernafasan.

Tanpa pengawasan daripada ibu bapa, kejadian berbahaya seperti ini mungkin berlaku.

Kalau anak Mummies macam mana?

Sebab biasanya kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak mahu langsung tidur bersama bantal. Apabila anak Mummies mencecah usia 2 tahun, Mummies boleh mula membiasakan mereka untuk tidur bersama bantal untuk membantu sistem pernafasan dan menjaga kualiti tidur mereka.

Mulakannya dengan menggunakan bantal yang sesuai dan tidak diperbuat daripada bahan yang boleh mendatangkan alahan.

________________________

Apakah Jenis Bantal Yang Selamat Untuk Anak?

Pilih bantal yang sesuai dengan saiz bayi Mummies.

Ia seharusnya kecil, rata dan diperbuat daripada kapas yang lembut bagi memastikan bayi Mummies mendapatkan sokongan yang baik pada lehernya.

Bantal yang diperbuat daripada bulu pelepah mungkin bagus untuk individu dewasa, tapi tidak bagi bayi.

Ia sangat lembut dan boleh mendatangkan alahan.

Lebih bahaya, ia lebih berisiko kepada bayi anda emas jika mukanya terbenam pada bantal ketika sedang tidur.

(Gambar diatas cuma contoh tau, pastikan kalau nak guna bantal wajib kena dengan saiz, keadaan bayi Mummies!)

Pendek kata, bantal boleh menyebabkan bayi sesak nafas sekiranya muka mereka terbenam ke dalam bantal. Kebiasaannya, jika bahu seseorang individu itu lebih luas daripada kepala mereka, bantal akan membantu mereka untuk mendapatkan tidur yang lebih baik.

Lagi sekali nak cakap ni, memandangkan bayi masih belum memerlukan bantal untuk tidur nyenyak, Mummies boleh menunggu sehingga sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 18 bulan untuk meletakkan bantal di katil bayi.

Jika Mummies masih risau bayi anda akan menghidapi selesema pada waktu malam, pakaikan mereka baju tidur dan sarung kaki untuk bayi.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/tahun-pertama-bayi/awas-bahaya-bayi-tidur-bersama-bantal/

 

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Namun, bolehkah bayi tidur bersama bantal?

Bantal yang lembut dan empuk juga mampu mengundang bahaya buat bayi.

Semasa empat bulan pertama selepas kelahiran bayi, penggunaan bantal ketika mereka tidur boleh menyebabkan bayi anda berisiko menghidapi sudden infant death syndrome (SIDS).

Apa itu Sudden Infant Death?

Sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) ialah kematian mengejut dan tidak dapat dijelaskan bagi bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun.

Bayi yang salah pakai bantal pun menjadi penyebab kepada SIDS ni tau Mummies!

Jadi kongsian kalini tentang umur yang sesuai bayi atau anak kecil dipakaikan bantal.

Selamat membaca Mummies!

_______________________

Sampai Umur Berapa Anak Dinasihatkan Untuk Tidak Memakai Bantal Ketika Tidur?

Haaa Mummies nak tahu tak, pakar perubatan menegaskan untuk ibu bapa menangguhkan idea untuk bayi tidur bersama bantal sehinggalah mereka mencecah usia 18 bulan.

Agak- agak sebab apa?

Sebenarnya, bayi tidak memerlukan bantal untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Namun sebagai individu dewasa, memang bantal amat kita perlukan untuk merehatkan kepala.

Jadi bantal sebenarnya adalah berbahaya bagi seorang bayi.

Penggunaan bantal yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko bayi Mummies menghidapi SIDS. Ini kerana bayi Mummies mungkin akan meniarap, membenamkan muka mereka ke dalam bantal lalu menyebabkan mereka sesak pernafasan.

Tanpa pengawasan daripada ibu bapa, kejadian berbahaya seperti ini mungkin berlaku.

Kalau anak Mummies macam mana?

Sebab biasanya kebanyakan kanak-kanak sebenarnya tidak mahu langsung tidur bersama bantal. Apabila anak Mummies mencecah usia 2 tahun, Mummies boleh mula membiasakan mereka untuk tidur bersama bantal untuk membantu sistem pernafasan dan menjaga kualiti tidur mereka.

Mulakannya dengan menggunakan bantal yang sesuai dan tidak diperbuat daripada bahan yang boleh mendatangkan alahan.

________________________

Apakah Jenis Bantal Yang Selamat Untuk Anak?

Pilih bantal yang sesuai dengan saiz bayi Mummies.

Ia seharusnya kecil, rata dan diperbuat daripada kapas yang lembut bagi memastikan bayi Mummies mendapatkan sokongan yang baik pada lehernya.

Bantal yang diperbuat daripada bulu pelepah mungkin bagus untuk individu dewasa, tapi tidak bagi bayi.

Ia sangat lembut dan boleh mendatangkan alahan.

Lebih bahaya, ia lebih berisiko kepada bayi anda emas jika mukanya terbenam pada bantal ketika sedang tidur.

(Gambar diatas cuma contoh tau, pastikan kalau nak guna bantal wajib kena dengan saiz, keadaan bayi Mummies!)

Pendek kata, bantal boleh menyebabkan bayi sesak nafas sekiranya muka mereka terbenam ke dalam bantal. Kebiasaannya, jika bahu seseorang individu itu lebih luas daripada kepala mereka, bantal akan membantu mereka untuk mendapatkan tidur yang lebih baik.

Lagi sekali nak cakap ni, memandangkan bayi masih belum memerlukan bantal untuk tidur nyenyak, Mummies boleh menunggu sehingga sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 18 bulan untuk meletakkan bantal di katil bayi.

Jika Mummies masih risau bayi anda akan menghidapi selesema pada waktu malam, pakaikan mereka baju tidur dan sarung kaki untuk bayi.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/tahun-pertama-bayi/awas-bahaya-bayi-tidur-bersama-bantal/

 

MUMMIES HATI- HATI TANDA TALI PUSAT ANAK TERKENA JANGKITAN, JUMPA DOKTOR SEBELUM TERLAMBAT!

Assalamualaikumdan selamat pagi Mummies!

Harini surayamothercare nak share tentang tali pusat bayi dijangkiti.

Jom kita baca blog harini yang diambil daripada hellodoktor.

Selamat membaca!

___________________________

TANDA TUNGGUL TALI PUSAT DIJANGKITI

Ibu jangan terkejut jika lihat ada kudis di hujung tali yang dikepit- ini normal. Bahkan, ia mungkin berdarah sedikit, terutama pada sekitar pangkal tunggul ketika ia sudah hampir tertanggal.

Tetapi seharusnya pendarahan ringan yang terjadi dan akan berhenti apabila anda memberikan tekanan yang lembut.

Walaupun pendarahan yang berlaku adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan, namun ada 5 tanda jangkitan perlu diberikan perhatian, termasuklah:

  • Kulit sekitar tunggul tali pusat bayi menjadi merah, bengkak, hangat atau lembut
  • Keluar nanah – cecair kuning kehijauan – daripada kulit sekitarnya
  • Wujud bau busuk yang datang daripada tali pusat
  • Bayi demam
  • Anak menjadi cerewet, berasa tidak selesa atau sangat mengantuk

RAWATAN

Segera hubungi pakar pediatrik atau doktor sekiranya anda melihat tanda-tanda jangkitan tali pusat di atas.

Dianggarkan sehingga 15% kes jangkitan tali pusat membawa maut. Maka dalam aspek penjagaan anak dengan jangkitan tali pusat, ia boleh dianggap sebagai kecemasan perubatan.

Bayi pramatang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk daripada jenis jangkitan ini kerana mereka sudah mempunyai sistem imun yang lemah.

Setelah penyebab gejala dikenal pasti, rawatan akan bergantung pada tahap jangkitan.

Untuk jangkitan ringan, doktor biasanya akan mengesyorkan anda untuk menggunakan salap antibiotik beberapa kali sehari pada kulit di sekitar tunggul tali pusat bayi.

Contoh jangkitan ringan adalah jika terdapat pengeluaran nanah dalam jumlah yang kecil, namun keadaan anak anda kelihatan baik dan masih aktif seperti biasa.

Pun begitu, kes jangkitan ringan boleh menjadi lebih serius apabila tidak dirawat, jadi penting untuk berjumpa doktor jika mengesyaki berlaku jangkitan tali pusat.

Untuk jangkitan yang lebih serius, bayi anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dan diberi antibiotik intravena untuk melawan jangkitan.

Antibiotik intravena dihantar melalui jarum yang dimasukkan ke dalam vena – saluran darah.

___________________________

Penjagaan Anak Berkaitan Tunggul Tali Pusat

  1. Pastikan tunggul tali pusat sentiasa kering

Anda boleh membiarkan tunggul tersebut mengering dengan membiarkannya terdedah kepada udara.

Pastikan bahagian depan lampin tak tutup tunggul tali pusat bayi anda.

  1. Menggunakan span ketika mandi

Semasa memandikan si manja, anda digalakkan untuk menggunakan span sahaja dan elakkan merendamkan bayi ke dalam tab atau besen yang mengandungi air.

Tujuannya adalah untuk memastikan tunggul tali pusat sentiasa berada dalam keadaan kering.

  1. Menarik atau mencabut

Ada masanya, anda seakan tergoda untuk menarik atau mencabut tunggul tali pusat itu, kan? Apatah lagi apabila melihat ia seakan-akan mudah ditarik.

Namun, perbuatan tersebut hanya akan mendatangkan kesan sampingan kepada bayi. Jadi dalam aspek penjagaan anak ini, anda harus biarkan ia jatuh dengan sendiri, okay?

Pun begitu, dalam sesetengah kes, berlaku juga keadaan di mana tunggul tali pusat tidak sembuh sepenuhnya dan timbul tisu merah lembap. Selalunya ia turut mengakibatkan terbentuknya benjolan.

Keadaan itu dipanggil ‘granuloma’. Ia tidak berbahaya, namun anda dinasihatkan untuk membawa bayi mendapatkan pemeriksaan doktor.

__________________________

Elak Cabut Tunggul Tali Pusat Bayi

Perkara paling penting yang harus diingatkan dalam penjagaan anak adalah untuk tidak cuba menarik tali pusat tersebut, walaupun ia kelihatan seperti akan mudah untuk dicabut.

Ini kerana, ia boleh menyebabkan tempoh penyembuhan bertambah dan cenderung mengakibatkan wujudnya parut. 

Sebaiknya, biarkan ia tertanggal atau tercabut dengan sendiri apabila tiba masanya. 

Jika tali pusat tertanggal dengan sendiri, anda mungkin akan mendapati berlaku sedikit pendarahan pada tunggul tali pusat si manja. 

Namun, usah bimbang. Apa yang berlaku itu dikatakan sebagai perkara biasa dan akan berhenti dengan segera.

Cc: hellodoktor.com

 

CARA MENANGANI ANAK YANG PEMALU!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian harini tentang cara menangani anak yang pemalu.

Mummies ada tak dalam ramai ramai anak Mummies yang pemalu?

Sampai Mummies buntu nak buat apa.

Jom baca kongsian kalini. Selamat membaca Mummies!

__________________________

 Tidak Salah Menjadi Anak Yang Pemalu 

Anak yang pemalu ni memang senyap je kan?

Jarang buat masalah.

Pemalu yang sampai menjejaskan kehidupan seharian ni yang susah.

Boleh cakap jenis pemalu yang ini sampai nak keluar rumah pun malu, nak masuk rumah sendiri pun malu, sampai terbuang air besar di kelas sebab malu nak minta kebenaran daripada guru.

 

Mummies disarankan untuk berjumpa dengan pakar kauseling mahupun doktor yang pakar tentang hal ini jika anak anda:

  • Tidak suka pergi ke sekolah
  • Tidak berkawan
  • Takut akan perjumpaan sosial seperti sambutan hari jadi
  • Risau akan diri mereka yang pemalu

Kanak-kanak pemalu biasanya percaya pada diri sendiri, bertimbang rasa dan empati.

Orang selalu beranggapan kanak-kanak yang pemalu tidak suka bersosial.

Sebenarnya, mereka berkemungkinan hanya tidak tahu bagaimana melakukannya dan perlukan bantuan daripada orang terdekat seperti ibubapanya.

__________________________

CARA DIDIK ANAK PEMALU

Memberi Sokongan

Pastikan anak anda tahu yang anda bersimpati dengan mereka.

Ceritakan kepada mereka bagaimana anda mengatasi rasa malu yang anda alami.

Menjadi Contoh Teladan Yang Baik

Kanak-kanak suka meniru ibu bapa mereka. Jadi, adalah sangat membantu jika anda boleh memberi contoh yang baik kepada mereka untuk dipelajari. Apabila anda berjumpa dengan orang, cuba yang terbaik untuk menjadi peramah dan mudah mesra supaya anak anda boleh mempelajarinya.

Berikan Ayat Pemecah Kedinginan

Amat penting untuk mengajar anak anda bagaimana mendekati orang baru, bagaimana mahu mencelah dalam perbualan.

Anda boleh mengajar mereka beberapa ayat untuk membantu memecah kedinginan seperti “Oh, saya juga sukakannya”.

Masukkan Anak Dalam Perbualan

Haa yang ni admin tambah sikit hehe.

Pada pengalaman admin, anak yang pemalu ni sebenarnya nak aje berbual dan bergaul namub tidak tahu bagaimana cara mencelah.

Takut- takut bila mencelah dirasakan kurang sopan oleh orang sekeliling.

Jadi anak ambil pendekatan untuk mendiamkan diri sahaja dan mendengar perbualan yang rancak dibualkan orang- orang sekeliling.

Jadi Mummies sambil- sambil berbual tu kan, boleh, masukkan anak sekali seperti “eh anak saya pandai itu.. ini.. kan abang, macam mana abang buat haritu”.

Haa itu contoh, bila anak pemalu dah diberi peluang bercakap tentang perkara yang anak sendiri yakin untuk berkongsi, lama kelamaan anak pemalu ini akan bertambah baik dalam bergaul kelak tau!

Tak percaya, cuba dulu Mummies.

Lepas dah bercerita tu jangan lupa puji anak, berikan semangat seperti, “pandai abang bercerita tadi”.

Mesti anak rasa bangga kan, Mummies rasa?

____________________________

CARA HARIAN MUDAH BANTU ANAK PEMALU

  • Menjawab panggilan telefon rumah

  • Memesan makanan jika anda makan di luar

  • Berikan duit kepada juruwang ketika membeli belah

  • Menghubungi kawan-kawan mereka

  • Mengucapkan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ kepada orang dewasa yang mereka tidak biasa bertemu (tetapi anda perlu mengenali orang itu atau jika tidak, jangan benarkan anak anda mendekati mereka)

Mengapa Anak Boleh Jadi Pemalu

Bukan anak kita saja ya, orang dewasa pun ada je kan yang rasa malu.

Malu- malu kucing ni takpe, ni yang pemalu sampai menjejaskan kehidupan seharian ni susah sikit la kan.

Sampai nak beli makanan pun malu, hujungnya kelaparan.

Mengikut statistik, rasa malu tidak sukar untuk dijumpai.

Lebih kurang 20% hingga 48% dari populasi manusia memilikinya.

Sementara pengalaman yang negatif mungkin menimbulkan rasa malu, kebanyakan orang memang sahaja lahir dengan sifat sedemikian.

Jika anak anda seorang yang peramah tetapi tiba-tiba berubah menjadi pendiam dan pemalu, mereka mungkin mengalami sesuatu yang buruk dan mereka memerlukan pertolongan profesional untuk mengatasi masalah tersebut.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/cara-menangani-anak-yang-pemalu/

 

TIPS BERGUNA UNTUK ELAKKAN PERSAINGAN TIDAK SIHAT ANTARA ANAK!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian kalini adalah tentang tips menangani persaingan tidak sihat antara adik- beradik dalam keluarga.

Selamat membaca Mummies!

 __________________________

HUBUNGAN ADIK- BERADIK

LUMRAH adik beradik kadangkala berselisih pendapat walaupun dilahirkan dari rahim yang sama. Mana tidaknya, masing-masing adalah individu tersendiri dengan perangai dan sikap berbeza.

Namun, apabila perbezaan pendapat itu membawa kepada pertengkaran seperti perebutan harta pusaka dan hutang piutang, ramai yang memilih jalan memutuskan pertalian persaudaraan.

Iyaa anak Mummies masih kecil- kecil lagi tapi jika persaingan yang tidak sihat itu tidak dibendung dari awal, buruk padahnya kelak.

Bukan saja dari segi persaingan malah layanan ibubapa yang tidak menyeluruh kepada semua adik beradik juga menjadi punca pergaduhan dalam adik beradik.

___________________________

TIPS MENANGANI PERSAINGAN TIDAK SIHAT ANTARA ADIK- BERADIK DALAM KELUARGA

1: Menghormati bakat setiap anak 

Setiap daripada anak Mummies pasti mempunyai kecenderungan bakat dan Mummies perlu hormat.

Ada anak yang hebat dalam kira- kira, ada anak yang hebat dalam seni, ada juga yang petah berbicara.

Itu semua bakat.

Jangan sesekali membanding-bandingkan keupayaan mereka dengan adik-beradik yang lain kerana ia hanya akan mendatang perasaan iri hati, pergaduhan dan tidak percaya diri. 

Oleh itu, tunjukkan kepada mereka bahawa Mummies menghormati setiap perbezaan yang ada bagi setiap anak-anak untuk menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

Nampak macam perkara kecil kan? Namun besar impaknya kepada anak kelak. cry

2: Perhatian yang diberikan kepada anak- anak perlulah sama rata

Amat membimbangkan jika anak perlu membuat masalah semata mendapatkan perhatian ibu bapa.

Itu bermakna anak sudah buntu untuk dapatkan perhatian ibubapa yang disayangi.

Perasaan sedih, terpinggir, kesunyian bermain- main di kepala anak melihat ibubapa meluangkan masa bersama adik- beradik lain.

Setiap masa terasa lama tanpa kasih sayang ibubapa.

Oleh itu, ibubapa tolong rancang masa untuk memberi perhatian secara sama rata dan adil kepada anak-anak bagi memastikan setiap daripada mereka tidak berasa terpinggir.

3: Menenangkan konflik

Jika anak-anak Mummies masih tidak berpuas hati sesama sendiri dan mula menunjukkan petanda untuk bergaduh, ini adalah masa untuk Mummies masuk campur.

Namun begitu, jangan sesekali menyebelahi atau mempersalahkan sesiapa.

Sebaiknya, dengar penjelasan dan pengakuan daripada kedua-dua pihak kemudian berikan mereka jalan penyelesaian kepada masalah itu.

Dengan ini, anak akan melihat bahawa ibubapa mereka adil dan saksama dalam memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan mereka.

Mummies beri nasihat kepada kedua- dua anak, jangan letakkan salah kepada seorang anak sahaja.

4: Jangan masuk campur jika mereka berkelahi

Apabila Mummies perasan bahawa anak-anak Mummies sedang berkelahi, biarkan sahaja.

Kadangkala, Mummies perlu memberi mereka peluang untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Ianya baik bagi mereka menilai sendiri kelakuan mereka berdasarkan nasihat ibubapa daripada pergaduhan sebelumnya.

Anak- anak jadi lebih berdikari, mempunyai skill ‘problem-solving’ dan waras dalam menyelesaikan masalah.

5: Berterus terang kepada anak

Mummies jika hamil, haaa terus bagitahu anak yang lain tentang hubungannya dan tanggungjawab kepada ahli baru keluarga.

Sebagai contoh, Mummies boleh memberi semangat kepada mereka untuk menjadi seorang abang yang baik.

Ibubapa adalah contoh pertama anak-anak dalam hidup mereka. 

Mummies tunjukkan rasa senang dan sayang akan kedatangan ahli baru dalam keluarga akan mempengaruhi anak sedia ada untuk turut menyayanginya.

Berterus terang bahawa adik kecil ini mungkin akan membuatkan keluarga berasa tidak senang dengan ragam bayi baru lahir, namun perkara itu normal dan akan beransur normal.

6: Menyayangi anak dengan cara tersendiri

Kebiasaannya, ibu bapa akan mengekspresikan perasaan sayang kepada anak-anak dengan cara yang sama.

Namun, ia mungkin tidak memberikan kesan.

Anak- anak dilahirkan dengan perwatakan berbeza- beza. Jadi ‘love language’ mereka juga berbeza.

Ada yang suka dibelai, ada yang mengamuk bila dibelai kerana kurang selesa agaknya 

Kanak-kanak selalu beranggapan bahawa disayangi dengan cara yang sama antara mereka dan adik-beradik bermaksud rasa sayang itu telah dibahagikan. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah menyayangi setiap anak dengan cara yang unik.

Ini akan membuat mereka lebih berpuas hati terhadap kasih sayang yang Mummies berikan.

___________________________

Kenali Song Il- Kook

Mummies kenal tak bapa kepada Daehan, Minguk, dan Mansae?

Kalau tak kenal boleh Google dan layan balik program realiti Korea Selatan bertajuk ‘ The Return of Superman’.

Bapa Song menjadi panggilan kepada ayah 3 anak ini.

Caranya mengawal dan mendidik anak- anaknya patut dicontohi.

Jika ketiga beradik ini bergaduh, Bapa Song mengasingkan ketiga- tiga anaknya dan membiarkan anaknya meluahkan apa yang terpendam dalam diri.

Bapa mereka tidak pernah memarahi dan menegur anak-anaknya secara terbuka kepada semua anak-anaknya jika seorang daripadanya membuat kesalahan.

‘Bonding’ antara anak-anak juga dititikberatkan kepada setiap anak-anak pada waktu berlainan.

Juga mendidik anak sulung untuk menjaga adik- adiknya tanpa kurang sedikitpun kasih sayang berbanding adik -adik yang lain.

Mummies boleh contohi Bapa Song tau! Contoh yang baik untuk ibubapa menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak!

 ___________________________

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/6-tip-menangani-persaingan-antara-adik-beradik-dalam-kalangan-anak-anda/

 

PUNCA ANAK SEMBELIT!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Masalah sembelit ni kan memang biasa terjadi kepada sesiapa pun baik orang dewasa mahupun anak kecil.

Kalau orang dewasa ni sembelit, bolehla cari ikhtiar apa- apa sendiri, minum teh hijau ke apa kan.

Cuba kalau anak kecil kita, kesian kan? 

Menangis anak kita stress pelaburan tak berjalan dengan lancar.

Namun, masalah anak sembelit adalah perkara biasa terutamanya ketika dalam proses latihan tandas sekitar usia 2 hingga 3 tahun.

Jom baca lebih lanjut dalam perkongsian tentang punca anak sembelit dari Hello Doktor ini.

___________________________

PUNCA ANAK SEMBELIT

1: Tahan Keinginan Membuang

Si kecil mungkin mengabaikan keinginan untuk membuang air besar kerana takut ke tandas atau tidak mahu berhenti daripada bermain.

Ada juga kanak-kanak yang menahan diri kerana tidak selesa menggunakan tandas awam.

Pergerakan usus yang menyakitkan disebabkan najis yang besar dan keras turut boleh menjadi punca anak menahan diri daripada berak.

2: Masalah Latihan Tandas

Latihan tandas yang dimulakan terlalu awal juga boleh menyebabkan anak memberontak, sekali gus tidak mahu membuang air besar.

3: Diet Pemakanan

Kurang pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran serta pengambilan cecair harian yang sedikit boleh menyebabkan sembelit.

Antara tempoh paling biasa untuk anak berdepan sembelit apabila memulakan pengambilan makanan pejal.

4: Perubahan Rutin Harian

Sebarang perubahan dalam rutian harian seperti melancong, cuaca panas atau tekanan – boleh mempengaruhi fungsi usus.

Anak juga cenderung mengalami sembelit apabila pertama kali memulakan sesi persekolahan.

5: Ubatan

Sesetengah ubat antidepresan dan ubat-ubatan lain turut boleh mengakibatkan sembelit.

6: Alahan Produk Tenusu

Alahan kepada susu lembu atau terlalu banyak memakan produk tenusu – keju dan susu lembu – turut boleh menyumbang kepada sembelit.

7: Sejarah Keluarga

Sejarah keluarga dengan sembelit juga meningkatkan risiko anak untuk mengalaminya. Ini mungkin disebabkan faktor genetik atau persekitaran yang sama.

8: Keadaan Perubatan

Dalam kes jarang berlaku, sembelit terjadi berpunca daripada kecacatan anatomi, masalah sistem metabolik atau pencernaan mahupun masalah kesihatan lain.

___________________________

LANGKAH PENCEGAHAN

1: Tawarkan Makanan Berserat Tinggi

Sediakan makanan kaya serat untuk membantu tubuh membentuk tekstur najis lebih lembut, seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.

Mulakan penambahan beberapa gram serat sehari secara beransur-ansur untuk mengelakkan perut kembung dan berangin.

2: Galakkan Pengambilan Air

Sarankan anak untuk mengambil cecair secukupnya, terutamanya air.

Wujudkan sesi penyusuan badan lebih kerap untuk bayi yang menyusu. Bagi bayi yang minum susu formula, berikan air tambahan antara setiap sesi penyusuan.

3: Tingkatkan Aktiviti Anak

Aktiviti fizikal dapat merangsang dan membantu fungsi usus normal untuk mendorong pergerakan makanan bagi pencernaan.

Galakkan anak untuk bermain di luar rumah berbanding hanya menonton televisyen dan aktiviti yang kurang pergerakan.

4: Wujudkan Rutin Tandas

Tentukan masa ke tandas untuk anak selepas makan secara berkala.

Jika perlu, sediakan pemijak kaki (footstool) untuk membolehkan anak berasa selesa semasa menggunakan tandas.

5: Ajar Anak Tidak Menahan Buang Air Besar

Sentiasa ingatkan anak untuk ke tandas apabila melihat mereka terlalu leka bermain.

Jika mereka kerap mengabaikan keinginan ke tandas, ia meningkatkan risiko si kecil mengalami sembelit

6: Beri Sokongan

Berikan ganjaran atas usaha anak apabila mereka cuba membuang air besar.

Antara ganjaran yang boleh diberikan seperti pelekat, buku khas atau permainan yang hanya dapat dimainkan selepas atau semasa (jika ada) membuang air besar.

___________________________

TANDA ANAK SEMBELIT

  • Membuang air besar kurang daripada 3x seminggu
  • Najis keras, kering dan sukar dikeluarkan
  • Mengalami kesakitan semasa membuang air besar
  • Sakit perut
  • Terdapat tompokan cecair atau najis pada seluar dalam anak
  • Terdapat darah pada najis
  • Tidak berasa lapar
  • Menunjukkan tanda cuba menahan berak seperti mengetap gigi, menyilang kaki, memegang punggung atau wajah berubah kemerahan

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/masalah-penghadaman/anak-sembelit-punca/