Skip to content

TIPS BERGUNA UNTUK ELAKKAN PERSAINGAN TIDAK SIHAT ANTARA ANAK!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian kalini adalah tentang tips menangani persaingan tidak sihat antara adik- beradik dalam keluarga.

Selamat membaca Mummies!

 __________________________

HUBUNGAN ADIK- BERADIK

LUMRAH adik beradik kadangkala berselisih pendapat walaupun dilahirkan dari rahim yang sama. Mana tidaknya, masing-masing adalah individu tersendiri dengan perangai dan sikap berbeza.

Namun, apabila perbezaan pendapat itu membawa kepada pertengkaran seperti perebutan harta pusaka dan hutang piutang, ramai yang memilih jalan memutuskan pertalian persaudaraan.

Iyaa anak Mummies masih kecil- kecil lagi tapi jika persaingan yang tidak sihat itu tidak dibendung dari awal, buruk padahnya kelak.

Bukan saja dari segi persaingan malah layanan ibubapa yang tidak menyeluruh kepada semua adik beradik juga menjadi punca pergaduhan dalam adik beradik.

___________________________

TIPS MENANGANI PERSAINGAN TIDAK SIHAT ANTARA ADIK- BERADIK DALAM KELUARGA

1: Menghormati bakat setiap anak 

Setiap daripada anak Mummies pasti mempunyai kecenderungan bakat dan Mummies perlu hormat.

Ada anak yang hebat dalam kira- kira, ada anak yang hebat dalam seni, ada juga yang petah berbicara.

Itu semua bakat.

Jangan sesekali membanding-bandingkan keupayaan mereka dengan adik-beradik yang lain kerana ia hanya akan mendatang perasaan iri hati, pergaduhan dan tidak percaya diri. 

Oleh itu, tunjukkan kepada mereka bahawa Mummies menghormati setiap perbezaan yang ada bagi setiap anak-anak untuk menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

Nampak macam perkara kecil kan? Namun besar impaknya kepada anak kelak. cry

2: Perhatian yang diberikan kepada anak- anak perlulah sama rata

Amat membimbangkan jika anak perlu membuat masalah semata mendapatkan perhatian ibu bapa.

Itu bermakna anak sudah buntu untuk dapatkan perhatian ibubapa yang disayangi.

Perasaan sedih, terpinggir, kesunyian bermain- main di kepala anak melihat ibubapa meluangkan masa bersama adik- beradik lain.

Setiap masa terasa lama tanpa kasih sayang ibubapa.

Oleh itu, ibubapa tolong rancang masa untuk memberi perhatian secara sama rata dan adil kepada anak-anak bagi memastikan setiap daripada mereka tidak berasa terpinggir.

3: Menenangkan konflik

Jika anak-anak Mummies masih tidak berpuas hati sesama sendiri dan mula menunjukkan petanda untuk bergaduh, ini adalah masa untuk Mummies masuk campur.

Namun begitu, jangan sesekali menyebelahi atau mempersalahkan sesiapa.

Sebaiknya, dengar penjelasan dan pengakuan daripada kedua-dua pihak kemudian berikan mereka jalan penyelesaian kepada masalah itu.

Dengan ini, anak akan melihat bahawa ibubapa mereka adil dan saksama dalam memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan perasaan mereka.

Mummies beri nasihat kepada kedua- dua anak, jangan letakkan salah kepada seorang anak sahaja.

4: Jangan masuk campur jika mereka berkelahi

Apabila Mummies perasan bahawa anak-anak Mummies sedang berkelahi, biarkan sahaja.

Kadangkala, Mummies perlu memberi mereka peluang untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Ianya baik bagi mereka menilai sendiri kelakuan mereka berdasarkan nasihat ibubapa daripada pergaduhan sebelumnya.

Anak- anak jadi lebih berdikari, mempunyai skill ‘problem-solving’ dan waras dalam menyelesaikan masalah.

5: Berterus terang kepada anak

Mummies jika hamil, haaa terus bagitahu anak yang lain tentang hubungannya dan tanggungjawab kepada ahli baru keluarga.

Sebagai contoh, Mummies boleh memberi semangat kepada mereka untuk menjadi seorang abang yang baik.

Ibubapa adalah contoh pertama anak-anak dalam hidup mereka. 

Mummies tunjukkan rasa senang dan sayang akan kedatangan ahli baru dalam keluarga akan mempengaruhi anak sedia ada untuk turut menyayanginya.

Berterus terang bahawa adik kecil ini mungkin akan membuatkan keluarga berasa tidak senang dengan ragam bayi baru lahir, namun perkara itu normal dan akan beransur normal.

6: Menyayangi anak dengan cara tersendiri

Kebiasaannya, ibu bapa akan mengekspresikan perasaan sayang kepada anak-anak dengan cara yang sama.

Namun, ia mungkin tidak memberikan kesan.

Anak- anak dilahirkan dengan perwatakan berbeza- beza. Jadi ‘love language’ mereka juga berbeza.

Ada yang suka dibelai, ada yang mengamuk bila dibelai kerana kurang selesa agaknya 

Kanak-kanak selalu beranggapan bahawa disayangi dengan cara yang sama antara mereka dan adik-beradik bermaksud rasa sayang itu telah dibahagikan. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah menyayangi setiap anak dengan cara yang unik.

Ini akan membuat mereka lebih berpuas hati terhadap kasih sayang yang Mummies berikan.

___________________________

Kenali Song Il- Kook

Mummies kenal tak bapa kepada Daehan, Minguk, dan Mansae?

Kalau tak kenal boleh Google dan layan balik program realiti Korea Selatan bertajuk ‘ The Return of Superman’.

Bapa Song menjadi panggilan kepada ayah 3 anak ini.

Caranya mengawal dan mendidik anak- anaknya patut dicontohi.

Jika ketiga beradik ini bergaduh, Bapa Song mengasingkan ketiga- tiga anaknya dan membiarkan anaknya meluahkan apa yang terpendam dalam diri.

Bapa mereka tidak pernah memarahi dan menegur anak-anaknya secara terbuka kepada semua anak-anaknya jika seorang daripadanya membuat kesalahan.

‘Bonding’ antara anak-anak juga dititikberatkan kepada setiap anak-anak pada waktu berlainan.

Juga mendidik anak sulung untuk menjaga adik- adiknya tanpa kurang sedikitpun kasih sayang berbanding adik -adik yang lain.

Mummies boleh contohi Bapa Song tau! Contoh yang baik untuk ibubapa menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak!

 ___________________________

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/hubungan-yang-sihat/6-tip-menangani-persaingan-antara-adik-beradik-dalam-kalangan-anak-anda/

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *