KENALI 6 CARA BANYAKKAN SUSU BADAN SECARA SEMULAJADI!

Pengeluaran susu ibu perlu dimaksimumkan supaya bayi mendapat pengambilan yang mencukupi. Tidak hairanlah mengapa para mommies sering risau tentang isu ini.

Penyelidikan dari CDC mendedahkan bahawa punca ibu berhenti menyusu adalah kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai bekalan susu yang mencukupi. Jika susu badan mommies semakin berkurang, jangan panik. Ini kerana keadaan ini hanya bersifat sementara dan boleh diatasi. Suraya Mothercare akan kongsikan beberapa cara untuk banyakkan susu badan yang mommies boleh cuba.

  • Segera berikan susu kepada bayi

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, jangan tunggu terlalu lama untuk mula menyusukan bayi kerana tindakan melengahkannya ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu di dalam badan.

Upayakan untuk segera memeluk bayi dan berikan susu mommies sebaik sahaja dilahirkan.

  • Kerap menyusu

Setiap kali mommies menyusu atau mengepam susu badan, hormon yang mencetuskan payudara anda untuk menghasilkan susu dikeluarkan.

Mommies adalah disarankan untuk menyusukan si kecil 8-12 kali sehari bagi tujuan mengekalkan pengeluaran susu.

  • Menyusu daripada kedua-dua belah payudara

Berikan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu si comel. Rangsangan penyusuan pada kedua-dua payudara boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

Contohnya, jika bayi sudah cukup kenyang di satu sisi payudara, anda boleh teruskan dengan mengepam payudara di bahagian sebelah lagi.

  • Elakkan daripada ubat tertentu, alkohol dan rokok

Semasa proses penyusuan, mommies tidak sama sekali disyorkan untuk mengambil ubat yang mengandungi pseudoephedrine dan anda juga harus berhati-hati dengan jenis kontraseptif hormon tertentu.

Di samping itu, sama ada anda menyusu atau tidak, anda harus mengelakkan diri daripada mengambil alkohol dan merokok.

  • Power Pumping

Katie Page, seorang jururawat dan bidan bertauliah di Amerika mengesyorkan power pumping, iaitu selama satu jam setiap hari, pam 20 minit, rehat 10 minit, pam 10, rehat 10, pam 10.

Lakukan ini selama beberapa hari, fungsinya adalah untuk memberi isyarat kepada badan Mama untuk memperbanyakkan pengeluaran susu.

  • Pelekapan ketika menyusu yang betul

Cara lekapan puting yang dilakukan semasa menyusu juga boleh menjejaskan pengeluaran susu anda. Sebenarnya, melekap atau meletakkan puting pada mulut bayi pada kedudukan yang betul boleh mengelakkan luka, melecet dan kesakitan pada puting.

Pastikan mulut bayi memasuki semua bahagian puting. Pelekapan yang betul pasti akan banyakkan susu badan mommies.

CARA ATASI SALURAN SUSU TERSUMBAT!

SUSU SUKAR KELUAR KERANA TERSUMBAT? JOM IKUTI PERKONGSIAN KALI INI!

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare ingin berkongsi tentang cara untuk atasi saluran susu tersumbat.

Anda sedang menyusu, tetapi adakah anda kadang-kadang berasa sakit apabila susu keluar sikit? Ini mungkin saluran susu anda tersumbat. Bagaimana nak atasinya?

Baca perkongsian ini untuk tahu cara atasinya!

_________________________

KENAPA BERLAKUNYA SALURAN SUSU TERSUMBAT?

Jika anda merasakan benjolan kecil dan lembut pada payudara anda semasa menyusu, ia boleh menjadi tanda saluran susu tersumbat.

Apakah maksud puting tersumbat ini dan bagaimana ia berlaku?

Kelenjar dalam payudara terbahagi kepada beberapa segmen. Saluran susu adalah satu aliran kecil yang sempit yang membawa susu dari setiap bahagian ke puting.

Masalah saluran susu tersumbat ini boleh berlaku apabila susu tidak mengalir dengan baik dari satu bahagian payudara semasa menyusu.

Keadaan ini sering berlaku apabila bayi anda mempunyai tongue-tie.

Sebenarnya, jika anda tidak memasukkan payudara dengan betul semasa menyusu, anda boleh mengalami masalah puting tersumbat. Proses lekapan yang betul adalah segala-galanya.

Selain itu, masalah susu tersumbat juga boleh berlaku apabila tisu di dalam payudara teriritasi oleh pelbagai faktor.

Ini termasuk memakai bra yang terlalu ketat dan menggunakan tali pinggang keledar yang memberi tekanan yang terlalu tinggi pada payudara.

Selain itu, kedudukan tidur yang tidak betul, yang memberi lebih tekanan pada dada, juga boleh menjadi punca.

Oleh itu, adalah perlu untuk memilih coli yang sesuai atau mengelakkan situasi yang membawa kepada penyumbatan saluran susu.

Jika tidak, anda menghadapi risiko mastitis, iaitu jangkitan kuman pada tisu payudara.

GEJALA DAN SIPMTOM SALURAN SUSU TERSUMBAT

Apabila puting tersumbat, bahagian sekitar payudara menjadi keras dan sakit. Apabila anda menyentuhnya, ia mungkin timbul merah atau terasa hangat dan lembut.

Ketika melakukan proses penyusuan anak pada bahagian yang tersumbat, si manja mungkin akan merengek dan terganggu kerana susu yang diperolehi adalah lambat dan dalam jumlah yang sedikit.

Simptom biasanya wujud dengan perlahan dan hanya berlaku pada sebelah payudara sahaja.

  • Benjolan pada sebelah payudara
  • Bengkak di sekeliling benjolan
  • Sakit di bahagian benjolan
  • Ketidakselesaan hilang selepas menyusu atau mengepam susu
  • Sakit ketika baring
  • Mengalami kelepuhan pada bukaan puting
  • Ketulan yang rasa seperti bergerak mengikut masa

Namun, jika anda mengalami masalah puting tersumbat, adalah normal pengeluaran susu dalam badan anda berkurangan.

Memicit payudara boleh mendedahkan tekstur susu pekat atau lemak susu yang berpintal atau berbiji-biji.

CARA ATASI SALURAN SUSU TERSUMBAT

Apabila masalah ini berlaku, ia pasti akan menjejaskan proses penyusuan.

Walaupun tanpa rawatan, saluran susu tersumbat boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit yang lebih kronik.

Berikut ialah langkah yang anda boleh cuba untuk mendapatkan semula bekalan susu:

1. Mengosongkan payudara

Semasa menyusukan bayi, berikan payudara yang bermasalah terlebih dahulu. Jika ia terlalu menyakitkan, mungkin anda boleh memberi mereka bahagian yang tidak terkesan.

Pastikan anak anda menghisap dan mengosongkan susu pada payudara. Penyelesaian terbaik ialah dengan tidak terlalu cepat menarik lekapan puting daripada mereka.

Jika bayi anda menghadapi masalah mengosongkan susu dendan baik, anda boleh mengepam sehingga susu kosong.

2. Longgarkan bra

Saluran payudara tersumbat boleh disebabkan oleh tekanan luaran, seperti daripada pakaian atau coli yang ketat.

Oleh itu, pastikan buah dada anda tidak terpenyek di sebalik bra yang dipakai. Buat masa ini, anda mungkin perlu elakkan daripada memakai bra berdawai (underwire bra).

3. Menukar posisi

Posisi yang tidak selesa untuk bayi anda mungkin mengganggu teknik lekapan dan penyusuan.

Mengubah posisi penyusuan sudah pasti cara untuk mengatasi masalah ini dan merangsang setiap saluran susu secara seimbang.

4. Mampatan panas

Untuk mengurangkan masalah saluran susu tersumbat, cuba letakkan kain yang direndam dalam air panas ke atas payudara yang terjejas.

Amalkan cara ini sebelum menyelesaikan proses penyusuan.

Satu lagi taktik yang boleh anda cuba ialah mandi air panas dan sapukan air ke bahagian yang bermasalah.

5. Urutan

Mengurut payudara dengan saluran susu tersumbat sebelum dan semasa penyusuan dapat membantu melancarkan aliran susu.

Anda juga boleh mengatasi benjolan payudara dengan gerakan memusing (putaran).

6. Bantuan bayi

Bergantung pada tempat benjolan, anda juga mungkin boleh mengharapkan “urutan” dagu bayi semasa menyusu untuk mengurut dan mengurangkan benjolan.

7. Pemeriksaan doktor

Jika benjolan itu terus membesar dan berlanjutan selama beberapa hari, ia menyebabkan ketidakselesaan dan anda harus berjumpa doktor.

PENYUSUAN SEPERTI BIASA

Jika anda berfikir untuk berhenti menyusukan anak anda buat sementara waktu kerana saluran susu dalam puting tersumbat, ini bukanlah idea yang baik.

Ini kerana dalam apa jua keadaan masalah saluran susu tersumbat perlu diselesaikan dan penyusuan susu ibu adalah salah satu pilihan untuk menyelesaikannya.

Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

MITOS POPULAR TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU!

KHAS UNTUK IBU DI LUAR SANA!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Harini Suraya Mothercare ingin berkongsi tentang mitos yang popular tentang penyusuan susu ibu.

Setiap wanita mengimpikan untuk menyusukan bayinya. Jika bayi anda masih dalam kandungan, keluarga dan rakan anda boleh memberi nasihat tentang penyusuan susu ibu.

Walau bagaimanapun, tidak semua nasihat berguna dan ia boleh menjadi sangat mengelirukan, terutamanya bagi ibu baru.

Oleh itu, sebagai seorang ibu, anda perlu memahami pelbagai fakta dan mitos mengenai penyusuan susu ibu.

Ikuti perkongsian kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

_________________________

MITOS BERKENAAN PENYUSUAN SUSU IBU

Bakal ibu, sila ambil tahu perkara-perkara ini dahulu sebelum menyusukan bayi anda.

1. Bayi secara semula jadi tahu bagaimana untuk menyusu badan

Fakta: Setiap bayi dilahirkan dengan refleks yang membantu mereka menyusu, seperti refleks menghisap (suck reflexes) dan refleks mencari (rooting reflexes).

Kedua-dua refleks ini sangat membantu bayi mencari dan menghisap puting ibu. Namun begitu, kadangkala proses penyusuan susu ibu tidak berjaya.

Ini kerana proses ini perlu dipelajari secara berperingkat oleh kedua-dua bayi dan ibu. Selain itu, ubat-ubatan yang diambil semasa melahirkan bayi anda juga akan menjejaskan refleks bayi anda sedikit sebanyak. Oleh itu, gunakan ubatan tersebut hanya apabila perlu.

2. Penyusuan susu ibu adalah menyakitkan

Fakta: Sebenarnya, proses ini sangat jarang rasa sakit kepada ibu. Apa yang membuatkan proses itu menyakitkan ialah puting anda menjadi sensitif akibat peningkatan tahap hormon selepas bersalin.

Untuk pengetahuan ansa, puting sensitif adalah perkara biasa, tetapi sakit semasa penyusuan tidak normal. Salah satu punca puting sakit adalah cara dan kedudukan penyusuan yang tidak betul.

Sila dapatkan nasihat doktor anda.

3. Penyusuan susu ibu akan terganggu jika puting anda tidak sempurna

Fakta: Hakikatnya semua wanita dilahirkan dengan saiz dan bentuk puting yang berbeza. Oleh itu, tiada istilah puting yang “sempurna” yang membolehkan proses penyusuan berjalan lancar.

Selain itu, anda harus tahu bahawa setiap bayi adalah berbeza. Saiz dan bentuk mulut mereka jelas tersendiri, begitu juga dengan lidah dan bibir mereka.

Sebenarnya, kejayaan proses penyusuan susu ibu bukan hanya bergantung kepada faktor anatomi, tetapi kepada kerjasama antara ibu dan bayi itu sendiri.

4. Anda tidak boleh menyusu badan selepas mengambil suntikan vaksin

Fakta: Itu tidak benar juga, kerana jika bayi itu sihat, ia tidak akan menjejaskan anda. Malah, bayi anda juga boleh mendapat manfaat daripada vaksinasi ibu mereka.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati jika anak anda mempunyai sistem imun yang lemah.

Dalam kes sedemikian, jika anda telah diberi vaksin terhadap virus lemah seperti polio, campak, beguk dan rubella, elakkan daripada menyusukan bayi anda dengan susu badan.

KESIMPULAN

Sebenarnya banyak lagi fakta dan mitos tentang penyusuan badan yang perlu diketahui oleh ibu hamil.

Sentiasa berhubung dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat atau rawatan lanjut jika perlu.

cc: hellodoktor

FAHAMI SEBAB MENGAPA IBU TIDAK DAPAT MENYUSUKAN BAYI!

KETAHUI PUNCA IBU TIDAK DAPAT MENYUSUKAN BAYI!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Harini Suraya Mothercare ingin berkongsi tentang punca ibu tidak dapat menyusukan bayi.

Jika anda seorang ibu yang tidak boleh melakukan penyusuan secara eksklusif, anda pasti akan rasa tertekan di dalam hati apabila melihat ibu-ibu lain dapat menyusukan bayi mereka.

Tetapi sebelum anda menyalahkan diri sendiri atau menghukum ibu yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif, fahami dahulu puncanya, seperti yang dijelaskan di bawah.

 

_________________________

KENAPA ADA IBU GAGAL MENYUSUKAN BAYI?

Setiap ibu tahu bahawa penyusuan susu ibu sangat bermanfaat untuk ibu dan bayi. Malah, pakar mengesyorkan agar ibu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sepanjang tahun pertama kehidupan.

Malangnya, tidak semua wanita boleh melakukan penyusuan. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan bekalan susu ibu. Salah satu sebab yang paling biasa ialah masalah kesihatan atau ubat yang menyebabkan penyusuan susu ibu secara eksklusif tidak selamat dilakukan.

Walau bagaimanapun, sesetengah ibu memutuskan untuk mencuba yang terbaik untuk memberi susu badan kepada anak mereka melalui botol susu atau memutuskan untuk berhenti menyusu untuk seketika dan kemudian mula menyusu semula.

Pun begitu, terdapat kes di mana bayi tidak boleh minum susu ibu terus dari botol susu atau terus daripada payudara. Dalam kes ini, pemberian susu formula kepada bayi, yang diperkaya dengan semua nutrien, sudah tentu harus menjadi pilihan terakhir.

 

FAKTOR PENYUSUAN EKSKLUSIF TIDAK BOLEH DILAKUKAN

Berikut adalah empat sebab mengapa sesetengah wanita tidak boleh atau tidak sepatutnya beri penyusuan susu ibu kepada anak.

Faktor-faktor tersebut termasuk:

 

1. Bekalan susu ibu rendah

Bekalan susu yang berkurangan boleh disebabkan oleh kesihatan ibu. Walau bagaimanapun, jika keadaan kesihatan itu dirawat dengan betul, mungkin boleh pulih dan menghasilkan susu yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, ia tidak menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak berjaya dipulihkan seperti:

  • Hipoplasia payudara: Tisu kelenjar untuk menghasilkan susu pada payudara tidak mencukupi.
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS): PCOS berkaitan dengan hormon.
  • Hipotiroidisme: Kelenjar tiroid kurang aktif lalu fungsi badan menjadi perlahan.
  • Pernah menjalani pembedahan payudara: Prosedur seperti mastektomi yang memotong saluran susu serta saraf pada payudara.
  • Rawatan terapi radiasi: Terapi kanser payudara yang boleh merosakkan tisu yang menghasilkan susu.

 

2. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Kebanyakan ubat sesuai untuk ibu menyusu badan, namun masih ada juga ubat-ubatan yang tidak sesuai. Ubat preskripsi tertentu membawa risiko membahayakan bayi. Malah, sesetengah ubat boleh menyebabkan penurunan pengeluaran susu.

Jenis ubat yang tidak sesuai untuk ibu menyusu termasuk ubat kemoterapi, ubat antiretroviral, iodin radioaktif, beberapa ubat penenang, ubat sawan dan ubat yang cenderung menyebabkan rasa mengantuk dan menekan pernafasan.

Ubat kemoterapi berbahaya untuk bayi yang menyusu kerana ia boleh mengganggu pembahagian sel yang normal dan sihat dalam badan mereka. Selain itu, ubat-ubatan yang boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu termasuk ubat selesema dan sinus yang mengandungi pseudoephedrine dan beberapa kontraseptif hormon yang mengandungi estrogen.

 

3. Menghidap penyakit berjangkit

Kebanyakan penyakit berjangkit boleh dirawat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu secara eksklusif atau membahayakan bayi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penyakit berjangkit, seperti HIV, yang boleh menular kepada bayi melalui susu badan.

Apa yang lebih membimbangkan ialah risiko jangkitan jauh lebih tinggi berbanding manfaat penyusuan susu ibu itu sendiri.

 

4. Mengalami tekanan persekitaran

Terlalu banyak tekanan juga boleh menyebabkan pengeluaran susu berkurangan, tetapi jangan terkejut. Ini khususnya terjadi semasa minggu pertama selepas bersalin.

Kurang tidur, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual bayi, dan peningkatan tahap hormon tertentu seperti kortisol boleh mengurangkan pengeluaran susu dalam badan dengan ketara.

 

BAGAIMANA INGIN MENYUSUKAN BAYI WALAUPUN TANPA SUSU BADAN?

Jika ini adalah pengalaman pertama anda sebagai seorang ibu, anda tahu bahawa menjadi ibu itu sendiri adalah satu tanggungjawab yang besar kerana ia menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi. Bahagian yang paling menakutkan ialah tekanan kerana tidak dapat menyusu secara eksklusif boleh menyebabkan kemurungan.

Tidak perlu rasa bersalah jika anda tidak boleh menyusu secara eksklusif. Jika keputusan telah dibuat untuk memberi susu formula, percayalah keputusan itu dan percayalah bahawa ia adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Jika anda lebih suka memberi susu formula atau susu badan kepada bayi anda daripada botol, ikuti petua ini untuk memastikan nutrisi yang dibekalkan kepada bayi masih kekal sama:

 

1. Mengepam susu badan + susu formula

Jika anda menghadapi masalah untuk menghasilkan bekalan susu ibu yang mencukupi atau perlu berehat daripada mencuba, menambah susu ibu yang dipam dengan susu formula yang diperkaya dengan nutrien.

 

2. Memberikan susu formula

Sudah tentu, keputusan untuk beralih daripada penyusuan susu ibu kepada susu formula boleh menjadi satu emosi, apatah lagi apabila anda mungkin merasakan bahawa ikatan antara ibu dan anak semakin berkurang.

Tetapi anda mesti faham bahawa ikatan kasih sayang antara ibu dan anak adalah ikatan yang istimewa. Tidak kira kaedah penyusuan, kasih sayang seorang ibu dirasai kepada bayi tanpa mengira bagaimana anda menyusukannya.

 

JANGAN LUPA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI ANAK

Adakah mungkin untuk memberi susu formula kepada bayi, keperluan nutrisi yang diperlukan mereka mencukupi? Bagaimana pula dengan sistem imun mereka? Kita semua tahu bahawa penyusuan susu ibu memainkan peranan penting dalam sistem imun badan bayi.

Jangan risau, ibu. Pada masa ini, terdapat pelbagai susu formula yang terdapat di pasaran yang kaya dengan khasiat dan dapat memenuhi keperluan nutrisi anak. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa susu lembu tidak boleh diberikan kepada anak di bawah umur satu tahun.

Sudah tentu penyusuan susu ibu adalah yang terbaik, tetapi jika anda perlu memberi susu formula kepada bayi anda, pastikan ia mengandungi nutrisi penting ini:

 

1) Laktoferin

Ini adalah protein pengikat zat besi yang penting yang juga terdapat dalam susu badan. Laktoferin menyokong kesihatan pencernaan dan juga menghalang pertumbuhan bakteria.

Selain itu, kajian klinikal menunjukkan bahawa protein ini berupaya menyokong kesihatan imun anak dan boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan sistem kognitif bayi yang baru lahir, terutamanya semasa proses tumbesaran.

 

2) MFGM

MFGM terdapat dalam setiap titisan susu ibu dan menyokong perkembangan kognitif anak. Milk fat globule membrane adalah sumber penggalak imun serta lapisan semulajadi yang kaya dengan nutrien yang mengelilingi lemak susu.

MFGM mempunyai kesan positif terhadap tindak balas sistem imun dan oleh itu paling baik dimasukkan ke dalam diet harian untuk meningkatkan imuniti badan.

 

3) DHA

DHA, yang terdapat dalam susu, adalah asid lemak omega yang merupakan komponen struktur otak yang penting untuk perkembangan anak. Ia adalah nutrien yang paling penting untuk tumbesaran dan perkembangan imuniti kanak-kanak.

Prebiotik memberi kesan kepada kesihatan saluran percernaan dan juga merupakan salah satu makanan terbaik untuk meningkatkan imun.

 

4) Kolin

Kolin adalah prebiotik yang membekalkan nutrien penting untuk perkembangan otak dan kecerdasan anak.

 

5) Vitamin D, C, E

Ketiga-tiga vitamin ini memainkan peranan dalam perkembangan imun dan kesihatan anak.

Vitamin D penting dalam penggunaan kalsium dan fosforus tubuh. Ia terlibat dalam imuniti dan mengawal pertumbuhan sel. Anak memerlukan vitamin D yang mencukupi untuk membina tulang yang kuat dan gigi yang sihat.

Vitamin C juga berperanan dalam menyokong sistem ketahanan badan dan amat penting untuk mengekalkan kesihatan fizikal terutamanya perkembangan dan tumbesaran.

Vitamin E bertindak sebagai antioksidan dan memberi manfaat kepada tubuh dengan melindungi vitamin A dan C, sel darah merah, dan asid lemak penting daripada dimusnahkan.

 

6) Nukleotida

Nukleotida bukan sahaja meningkatkan pembaikan usus, tetapi juga tindak balas imun dan pertumbuhan. Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan bahawa suplemen ini mempunyai kesan positif dalam mengurangkan masalah cirit-birit serta meningkatkan fungsi imun dan mikroflora usus.

 

JANGAN RISAU, JALINAN KASIH ANTARA IBU DAN ANAK MASIH TETAP UTUH

Walaupun sukar untuk diterima, penyusuan susu ibu bukanlah satu-satunya cara untuk mewujudkan ikatan yang erat dan membekalkan nutrisi anak. Ikatan antara ibu dan anak menjadi lebih utuh setiap kali anda mendukungnya, berbual dan memberikan penyusuan melalui susu botol.

Pelbagai pilihan sokongan disediakan untuk memenuhi keperluan nutrisi anak. Hanya kerana anda tidak boleh menyusu tidak bermakna anda tidak boleh menjadi ibu yang baik dan membesarkan anak yang sihat dan bahagia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

cc: hellodoktor

MANFAAT PENYUSUAN BADAN BUAT SI IBU!

BUKAN HANYA PADA BAYI TAPI UNTUK SI IBU JUGA ADA KEBAIKANNYA!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang manfaat penyusuan badan buat si ibu.

Bila bercakap tentang kebaikan penyusuan, pasti kita lebih fokus pada bayi kan? Namun sebenarnya, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga membawa kebaikan kepada ibu itu sendiri.

Oleh sebab itu, mari kita lihat apakah kebaikan yang boleh dicapai oleh ibu dan anak ini.

 

____________________

PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF

Mengetahui kebaikan boleh membantu anda yang menghadapi dilema untuk penyusuan susu ibu atau memilih susu formula.

Tidak dinafikan bahawa susu ibu membekalkan nutrisi yang optimum untuk bayi. Ia mengandungi jumlah nutrien yang betul, mudah dihadam dan sedia ada.

American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dilakukan selama 6 bulan.

Malah, penyusuan susu ibu perlu diteruskan walaupun selepas memberi makanan pejal sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya setahun atau bersedia untuk bercerai susu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penyusuan susu ibu dilakukan sehingga bayi berumur 2 tahun ke atas kerana manfaat penyusuan susu ibu kepada anak.

Masa terbaik untuk memulakan penyusuan adalah seawal sejam selepas bayi dilahirkan untuk mendapat manfaat yang paling banyak.

Lihat 11 lagi faedah berasaskan sains penyusuan yang menakjubkan untuk anda dan bayi!

 

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI

1. Bekal khasiat untuk bayi

Susu ibu biasanya memenuhi semua keperluan bayi untuk 6 bulan pertama kehidupan. Perkara yang paling penting ialah ia mestilah jumlah yang betul.

Pada hari-hari pertama selepas bersalin, payudara akan menghasilkan cecair pekat berwarna kuning yang dipanggil kolostrum.

Ia tinggi protein, rendah gula dan mengandungi sebatian yang bermanfaat. Ringkasnya, kolostrum adalah makanan yang luar biasa yang tidak boleh digantikan dengan susu formula.

 

2. Mengandungi antibodi penting

Susu ibu kaya dengan antibodi yang membantu bayi melawan virus dan bakteria – ini penting terutamanya pada bulan pertama selepas kelahiran.

Ini khususnya berlaku untuk kolostrum, yang menyediakan sejumlah besar imunoglobulin A (IgA) serta beberapa antibodi lain.

Apabila ibu terdedah kepada virus atau bakteria, badan mula menghasilkan antibodi yang kemudiannya memasuki susu. Dari sinilah datangnya sistem pertahanan bayi!

 

3. Mengurangkan risiko penyakit

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermakna bayi hanya mendapat susu badan. Ia boleh mengurangkan risik jangkitan dan penyakit bayi, termasuk:

  • Jangkitan telinga tengah
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Selesema
  • Jangkitan usus
  • Kerosakan tisu usus
  • Sindrom kematian bayi mendadak (SIDS)
  • Penyakit alahan
  • Penyakit usus
  • Diabetes
  • Leukemia kanak-kanak

 

4. Berat badan bayi yang sihat

Dikatakan bayi yang diberi susu badan selalunya mempunyai berat badan yang lebih seimbang, sekali gus mengelakkan masalah obesiti kanak-kanak.

Bayi yang menyusu sering mengawal kadar pengambilan susu mereka sendiri.

Ini bermakna bayi akan menyusu dan hanya akan berhenti apabila kenyang. Keadaan ini boleh membentuk tabiat pemakanan yang sihat.

 

5. Menjadikan anak lebih bijak

Beberapa kajian telah menunjukkan perbezaan dalam perkembangan otak antara bayi menyusu badan dan yang disusukan dengan susu formula.

Bayi yang disusui mempunyai skor kecerdasan yang lebih tinggi dan kurang berkemungkinan mempunyai masalah tingkah laku atau pembelajaran pada masa hadapan.

Keadaan ini lebih ketara pada bayi pramatang yang berisiko lebih tinggi mengalami masalah perkembangan.

 

MANFAAT UNTUK IBU

1. Menurunkan berat badan

Walaupun sesetengah wanita mungkin kelihatan bertambah berat, sesetengah wanita yang menyusu secara eksklusif menurunkan berat badan dengan mudah.

Salah satu kebaikan penyusuan ialah ia membakar lebih banyak kalori.

 

2. Bantu rahim mengecut

Selepas bersalin, rahim akan melalui proses yang dipanggil involusi, yang membantu ia kembali ke saiz asalnya.

Oxytocin – hormon yang membantu merangsang proses ini meningkat semasa penyusuan.

Ia akan menyebabkan pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan, seterusnya membantu rahim kembali ke saiz asal.

 

3. Menurunkan risiko kemurungan

Kemurungan selepas bersalin (PPD) atau meroyan berkemungkinan berlaku sejurus selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, wanita yang menyusukan bayi kurang terdedah untuk mengalaminya berbanding mereka yang tidak menyusu atau bercerai susu terlalu awal. Bagaimanapun, masih tiada bukti kukuh untuk mengesahkan perkara ini.

 

4. Mengurangkan risiko penyakit

Penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Selain itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mengurangkan risiko:

  • Tekanan darah tinggi
  • Artritis
  • Lemak dalam darah tinggi
  • Penyakit jantung
  • Diabetes jenis 2

Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang membuktikan manfaat ini.

 

5. Menyekat haid kesan penyusuan susu ibu secara eksklusif

Penyusuan susu ibu yang berterusan boleh menghentikan ovulasi dan haid.

Melambatkan kitaran haid adalah cara semula jadi untuk memastikan jarak antara kehamilan. Ia bertindak sebagai alat pencegahan kehamilan.

 

6. Jimat masa dan duit

Sudah tentu, perkara yang menarik tentang penyusuan susu ibu ialah ianya percuma. Tiada bayaran diperlukan.

Dengan memilih untuk menyusu, anda tidak perlu:

  • Membelanjakan wang untuk susu formula
  • Kira jumlah keperluan susu bayi setiap hari
  • Luangkan masa untuk membersihkan dan mensterilkan botol susu
  • Campurkan air panas dalam botol (waktu malam atau siang)
  • Cari cara untuk memanaskan air semasa dalam perjalanan

Malah, susu ibu mempunyai suhu yang betul dan boleh diminum pada bila-bila masa.

 

JALINAN SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU

Manfaat penyusuan yang paling penting ialah ikatan fizikal dan emosi yang terjalin antara ibu dan anak.

Ia menggalakkan lebih banyak sentuhan kulit ke kulit, sentuhan fizikal dan belaian.

Jika ibu boleh menyusukan bayinya secara eksklusif, teruskanlah.

 

cc: hellodoktor

MASALAH PENYUSUAN DAN CARA UNTUK MENGATASINYA!

APA MASALAH YANG MUNGKIN MOMMIES ALAMI SEMASA PENYUSUAN?

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang masalah penyusuan dan cara untuk mengatasinya.

Terdapat empat jenis masalah penyusuan ini selalunya yang akan berlaku. Naluri untuk menyusu akan ada bagi setiap mommies baru. Namun, kerana kesuntukan masa, mommies akan berhenti menyusukan atau meneruskan penyusuan.

Ketahui tentang masalah penyusuan yang sering dihadapi oleh mommies dan cara untuk mengatasinya.

Ikuti perkongsian kali ini untuk untuk ketahui dengan lebih lanjut.

_________________________

JENIS MASALAH PENYUSUAN

 

 

1. Puting sakit

Ramai mommies yang mengadu puting mereka sakit terutama ketika mula menyusu. Masalah sakit puting ini boleh menyebabkan mommies menjadi murung dan melemahkan semangat untuk meneruskan penyusuan.

Sesi penyusuan akan berjalan lancar apabila mommies meletakkan bayi untuk menyusu. Meletakkan bayi pada kedudukan yang salah semasa menyusu atau meletakkan mulut bayi pada payudara secara tidak betul akan membawa kepada masalah ini pada mommies.

Apa yang mommies perlu lakukan?

Mulut bayi hendaklah diletakkan pada areola (kawasan gelap di sekeliling puting) dan pada puting.

Jika mommies berasa sakit apabila bayi mula menyusu, masukkan satu daripada jari anda yang bersih ke dalam mulut bayi dan betulkan semula kedudukan bayi semasa menyusu.

Rujuk pakar laktasi jika sakit berterusan semasa penyusuan.

Tukar posisi setiap kali menyusukan bayi.

Jika puting mommies luka, rawat dengan segera untuk mengelakkan risiko mastitis. Selepas menyusu, letakkan beberapa titis susu pada puting mommies dan sapu rata dengan jari yang bersih. Mommies juga boleh menggunakan krim penyusuan khas.

2. Badan semasa penyusuan

Posisi penyusuan yang tidak betul semasa menyusu boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang badan, leher atau tengkuk mommies. Apatah lagi proses penyusuan mengambil masa yang lama dan kerap berlaku setiap hari.

Apa yang perlu mommies lakukan?

Pastikan posisi badan mommies dan bayi betul semasa menyusu. Tentukan posisi penyusuan yang selesa seperti duduk, bersandar atau baring mengiring.

Gunakan bantal penyusuan untuk keselesaan.

3. Susu meleleh

Walaupun masalah susu meleleh tidak memudaratkan payudara, namun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu. Bra yang basah membuatkan mommies tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika mommies berada di tempat awam.

Apa yang perlu mommies lakukan?

Letakkan alas pad penyusuan pada payudara untuk menyerap susu yang meleleh dari puting dan mengelakkan bra dan baju daripada basah. Pad penyusuan boleh dilapik pada mana-mana bra penyusuan atau bra biasa.

4. Menyusu di luar rumah

Masalah timbul apabila mommies membawa bayi keluar rumah. Apabila tiba masa menyusu, mommies akan sukar dan tidak selesa untuk menyusu di tempat awam. Apatah lagi mommies berada dalam keadaan tidak ada ruang untuk menyusukan bayi.

Apa yang perlu mommies lakukan?

Pakai pakaian penyusuan semasa keluar dengan bayi. Pakaian penyusuan direka untuk memudahkan mommies menyusukan bayi terutama semasa di luar rumah.

Selain itu, gunakan bra penyusuan yang direka untuk memudahkan ibu menyusukan bayi tanpa perlu membuka cangkuk belakang bra.

Bawa selendang penyusuan atau poncho ke mana-mana mommies pergi. Selendang penyusuan ini boleh membantu melindungi aurat mommies semasa sesi penyusuan.

Haa mommies dah tahu kan apa masalah penyusuan dan cara untuk mengatasinya? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

MILK BOOSTER SEMULAJADI UNTUK TAMBAH SUSU BADAN IBU!

APA MILK BOOSTER TERBAIK YANG BOLEH MENAMBAHKAN SUSU BADAN IBU?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang milk booster terbaik secara semulajadi untuk tambah susu badan.

Milk booster apa yang terbaik untuk tambah susu badan? Inilah persoalan yang sering muncul di minda ibu baru bersalin.

Masalah kekurangan susu badan sememangnya tidak asing lagi bagi wanita lepas bersalin.

Rujukan kepada pakar boleh membantu anda menentukan punca masalah.

Walaupun begitu, anda mesti berusaha untuk mencuba produk milk booster yang telah disebarkan secara meluas dalam talian untuk memastikan bekalan susu badan anda mencukupi untuk bayi anda yang sedang membesar.

_________________________

BAGAIMANA PRODUK MILK BOOSTER BOLEH TAMBAHKAN SUSU BADAN?

Kunci kepada fungsi biologi ini terletak pada hormon prolaktin, hormon yang dihasilkan oleh organ kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.

Fungsi utamanya adalah untuk membesarkan payudara dan menghasilkan susu untuk bayi yang baru lahir.

Sebagai contoh, domperidone ubat yang diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) boleh meningkatkan tahap hormon prolaktin untuk merangsang badan menghasilkan susu.

Walau bagaimanapun, setiap ubat mempunyai kesan sampingannya sendiri.

Domperidone mungkin berkesan, tetapi apabila penggunaan yang dimaksudkan telah dicapai, dos akan dikurangkan secara perlahan-lahan.

Ini bagi memastikan pengeluaran susu badan berada pada tahap yang stabil selain mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.

Kesan sampingan seperti pening, sakit perut dan mulut kering pastinya tidak diketahui pengguna.

Inilah sebabnya kebanyakan orang suka mencuba produk herba.

Di Malaysia, produk tambah susu badan berasaskan makanan sunnah dan konsep bahan herba telah mengungguli carta jualan.

Walau bagaimanapun, kesahihan maklumat yang dihantar boleh menyebabkan masalah.

CARA SEMULAJADI – MILK BOOSTER TERBAIK

Alangkah mudahnya jika kita tahu cara meningkatkan pengeluaran susu secara semulajadi dalam badan.

Memandangkan kebanyakan produk milk booster di Malaysia hanya disahkan dan tidak dikaji secara saintifik, keberkesanannya boleh dipersoalkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan kempen penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga umur 6 bulan.

Masalah susu ibu boleh menjadi penghalang kepada para ibu dalam menjalankan misi Kementerian Kesihatan.

Bagi mereka yang mengalami masalah di atas, anda boleh mencuba tips di bawah untuk meningkatkan pengeluaran susu badan secara semulajadi.

1. Beri susu badan sekerap mungkin

Ini mungkin kelihatan seperti tidak menjawab soalan, tetapi ada penjelasan di sebaliknya.

Hormon yang bertanggungjawab untuk penghasilan susu dalam badan dikeluarkan apabila bayi menghisap puting ibu – juga dikenali sebagai ‘let-down’.

Konsep ini lebih kepada keseimbangan antara bekalan susu dan permintaan.

Lebih kerap anda menyusukan, lebih banyak susu badan anda akan menghasilkan.

Penyusuan susu ibu 8 hingga 12 kali sehari boleh membantu badan anda memastikan pengeluaran susu yang optimum.

2. Pam susu semasa anak tidak menyusu

Jika bayi anda tidak menyusu, penggunaan pam susu boleh membantu mengekalkan pengeluaran susu yang optimum.

Anda boleh mencuba tips meningkatkan susu terbaik di bawah:

Pam payudara selepas sesi penyusuan untuk mengeluarkan lebihan susu.

Jika bayi anda berhenti menyusu kerana tidur atau tidak lapar, pam susu anda pada masa itu.

Anda boleh mengepam susu badan semasa bayi anda minum sebotol (sama ada susu ibu atau formula yang diperah).

3. Guna kedua-dua belah payudara

Cara paling mudah ialah mencatat atau menggunakan aplikasi telefon pintar untuk merekodkan payudara mana yang anda gunakan pada kali terakhir anda menyusu.

Jika bayi anda berhenti menghisap satu payudara dan masih berjaga, cuba tawarkan payudara yang satu lagi.

Jika mereka masih menghisap, susu dari sebelah payudara mungkin tidak keluar.

Merangsang pengeluaran susu boleh membantu ibu meningkatkan jumlah susu dalam badan mereka tanpa memerlukan ubat.

Kajian juga telah membuktikan bahawa menggunakan pam payudara pada kedua-dua payudara boleh merangsang pengeluaran susu.

4. Ambil makanan atau herba

Walaupun tiada penyelidikan secara khusus mengaitkan diet dengan keupayaannya untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu, bahan-bahan tertentu telah ditunjukkan untuk mencapai objektif ini.

“Galactagogue” boleh merangsang badan untuk menghasilkan susu badan dan sering digunakan dalam biskut yang tersedia secara komersial.

Walau bagaimanapun, saintis perlu membuat lebih banyak penyelidikan untuk membuktikan ketepatan hasil penyelidikan terdahulu.

Sebelum anda mula mengambil apa-apa makanan atau herba, anda harus berjumpa doktor anda terlebih dahulu.

Ini bagi memastikan tiada faktor makanan yang boleh menjejaskan tahap kesihatan anda hanya untuk menambah susu badan.

KESIMPULAN

Terdapat beberapa milk booster terbaik yang telah dibuktikan oleh kajian saintifik keberkesanannya, tetapi penggunaannya boleh menyebabkan kesan sampingan kerana ubat yang terlibat.

Di Malaysia, keberkesanan penggunaan produk milk booster menggunakan bahan semulajadi untuk memperbanyakkan susu badan hanya dibuktikan melalui testimoni, bukan kajian saintifik.

Oleh itu, sebagai pengguna, anda harus berhati-hati dalam memilih produk jika perlu.

Sebaik-baiknya, gunakan kaedah lain yang disenaraikan di atas untuk meningkatkan keupayaan badan anda untuk menghasilkan susu.

Haa mommies kat luar sana dah tahu kan apa mlik booster terbaik secara semulajadi yang boleh menambahkan susu badan? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

MOMMIES MENGALAMI BENGKAK SUSU? INI CARA ATASINYA!

BAGAIMANA MOMMIES NAK ATASI MASALAH BENGKAK SUSU?

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang cara atasi masalah bengkak susu pada mommies.

Masalah bengkak susu adalah keadaan yang sangat memeritkan. Pada peringkat ini, payudara mommies sangat keras dan sangat sensitif terhadap sentuhan yang sedikit.

Silap hari bulan, emosi mommies juga akan terganggu; rasa nak marah je. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu betapa terseksanya jiwa dan raga mereka ketika itu.

Tetapi apakah sebenarnya masalah bengkak susu ini? Dan adakah terdapat kaedah untuk merawat bengkak susu?

Bengkak susu adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu menyusu selain daripada kekurangan susu, puting merengsa dan sebagainya.

Namun setiap masalah yang dihadapi sudah tentu ada penyelesaiannya. Tapi sebelum tu, apa kata mommies faham dulu masalah bengkak susu.

Bengkak susu ialah keadaan yang berlaku apabila payudara membengkak. Ini biasanya berlaku kerana susu ibu yang berlebihan dan tidak boleh dikeluarkan. Keadaan ini menyebabkan sakit di bahagian payudara akibat mengeras.

Masalah ini akan berlaku apabila ibu menghasilkan terlalu banyak susu tetapi bayi menyusu terlalu sedikit. Ia seperti ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan. Akibatnya, payudara akan menjadi keras dan bengkak. Ini menyukarkan penyusuan ibu.

Masalah bengkak susu selalunya berlaku dari bahagian dada hingga ke ketiak. Beberapa simptom bengkak susu yang boleh dikenal pasti termasuk:

  • Payudara bengkak, keras, ngilu dan sakit.
  • Keadaan sekeliling payudara merah, panas dan ada benjolan keras apabila disentuh.
  • Puting bengkak, areola keras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu.
  • Kelenjar di ketiak juga terasa bengkak dan sakit.

Namun, masalah ini jarang berlaku pada kedua-dua payudara pada masa yang sama. Kadang-kadang ia hanya bengkak di bahagian areola atau ketiak sahaja.

Dalam sesetengah kes, bagi mommies yang ada bengkak susu ini juga mengalami demam ringan. Namun, bengkak susu adalah masalah yang boleh dirawat di rumah dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

_________________________

CARA ATASI MASALAH BENGKAK SUSU

Di bawah adalah beberapa langkah atau kaedah untuk merawat bengkak susu yang boleh dilakukan di rumah.

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam (tidak terlalu panas) untuk membantu susu ibu mengalir dengan mudah.
  • Mommies juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke arah payudara. Semasa mandi, ingatlah untuk mengurut payudara dalam gerakan membulat.
  • Sebaiknya susukan bayi dengan kerap setiap dua atau tiga jam. Jika bayi sedang tidur tetapi susu masih mengalir, mommies perlu mengepam susu tersebut.
  • Mommies juga boleh mengurut payudara perlahan-lahan untuk menjadikan susu lebih lancar dan membantu mengurangkan kesakitan akibat bengkak.
  • Sekiranya bengkak, perah susu dengan tangan. Tindakan ini boleh membantu mengekalkan kelembutan areola.
  • Jika bayi mommies menyusu secara terus dari payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap.
  • Mommies juga boleh menuam pada payudara mommies sebelum dan selepas menyusukan bayi.
  • Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil untuk mengelakkan saluran susu tersumbat.
  • Sekiranya bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, mommies boleh mengambil ubat yang sesuai. Walau bagaimanapun, pastikan mommies mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu

_________________________

ELAKKAN PERKARA INI UNTUK MERAWAT BENGKAK SUSU

 

1. Daun kubis

Sesetengah orang percaya bahawa menggunakan daun kubis boleh membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh susu.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, kubis mengandungi enzim yang boleh menyebabkan “kilang” susu mengecut, seterusnya menyebabkan penurunan pengeluaran susu ibu.

Jika mommies masih mahu letakkannya, mommies hanya perlu meletakkan untuk masa yang sekejap sahaja.

2. Pam susu

Sememangnya, bengkak susu ini berlaku kerana lebihan susu tidak dikeluarkan. Tetapi sebaiknya elakkan mengepam susu ketika payudara masih terlalu bengkak.

Malah, ada sesetengah orang mengatakan ia boleh melambatkan bengkak lambat surut dan berisiko memburukkan keadaan.

Pilih untuk menggunakan tangan. Tangan mommies boleh merasakan setiap satu saluran pada payudara. Malah, keadaan tangan yang panas juga dipercayai dapat melancarkan aliran susu yang tersumbat.

Setelah bengkak pada payudara telah berkurang, mommies boleh memilih untuk menggunakan pam susu. Walau bagaimanapun, pastikan mommies menggunakan mod pengepaman yang paling ringan.

_________________________

JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH INI!

Bengkak susu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai perkara kecil. Walaupun ini bukan satu masalah kesihatan yang memerlukan rawatan hospital. Tetapi keadaan ini, jika tidak dirawat, boleh mendatangkan risiko kemudaratan kepada mommies.

Jadi, bagi mommies yang menyusu, pastikan mommies menjalankan sesi penyusuan secara berkala untuk bayi anda. Tiada jadual penyusuan bayi.

Susukan bayi mommies 10 hingga 12 kali sehari. Proses penyusuan ini adalah salah satu masa untuk mengeratkan kasih sayang antara mommies dan bayi.

Haa mommies dah tahu kan bagaimana cara untuk atasi masalah bengkak susu? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

KENAPA BAYI BAWAH ENAM BULAN HANYA BOLEH MINUM SUSU IBU ATAU FORMULA? INI SEBABNYA!

APA SEBAB BAYI BAWAH ENAM BULAN HANYA BOLEH MINUM SUSU IBU ATAU FORMULA SAHAJA?

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang sebab mengapa bayi bawah enam bulan hanya boleh minum susu ibu atau formula!

Pemakanan bayi dalam 6 bulan pertama kehidupan ialah susu ibu atau susu formula. Jom fahami lebih lanjut tentang kepentingan pemakanan untuk perkembangan bayi 6 bulan!

_________________________

MAKANAN UNTUK BAYI DALAM ENAM BULAN PERTAMA

Bayi akan melalui tempoh pertumbuhan yang luar biasa. Semasa tahun pertama kehidupan, berat bayi akan berganda.

Untuk memudahkan proses ini, mereka memerlukan nutrien – dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding tempoh lain dalam hidup mereka.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dalam tempoh 6 bulan pertama.

Walau bagaimanapun, memberi bayi susu formula juga dianggap sebagai alternatif yang baik.

Sememangnya dalam 6 bulan pertama kehidupan, susu ibu atau susu formula memenuhi sepenuhnya keperluan nutrisi bayi.

Setiap anak berbeza. Tetapi secara purata, jadual penyusuan untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan adalah seperti berikut:

Baru lahir:

  • Kekerapan penyusuan setiap 2 hingga 3 jam
  • Dianggarkan kira-kira 90ml susu setiap sesi penyusuan

Bayi 1 bulan:

  • Kekerapan memberi susu setiap 2 hingga 4 jam
  • Dianggarkan kira-kira 118ml susu setiap penyusuan

Bayi 2 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 3 hingga 4 jam
  • Dianggarkan kira-kira 148ml susu setiap sesi penyusuan

Bayi 3 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 3-4 jam sekali
  • Anggaran sekitar 148ml susu setiap sesi penyusuan

Bayi 4 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
  • Anggaran sekitar 178ml susu setiap sesi penyusu

Bayi 5 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
  • Anggaran sekitar 207ml susu setiap sesi penyusuan

Pemakanan bayi 6 bulan:

  • Kekerapan penyusuan setiap 4-5 jam sekali
  • Anggaran sekitar 237ml susu setiap sesi penyusuan
  • 1 hingga 9 sudu makanan pejal seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran

1. Susu ibu

Susu ibu mengandungi beberapa nutrien penting untuk pertumbuhan dan kesihatan bayi, termasuk:

Kalsium

– Membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

Lemak

– Menjana tenaga, membantu perkembangan otak, menjaga kesihatan kulit dan rambut serta melindungi daripada jangkitan.

Folat

– Membantu pembahagian sel

Zat besi

– Membina sel darah dan membantu otak berkembang.

– Bayi yang menyusu harus diberi tambahan zat besi, rujuk pakar pediatrik untuk mendapatkan kepastian.

Protein dan karbohidrat

– Membekalkan tenaga dan asas untuk proses tumbesaran bayi.

– Whey dan kasein adalah bentuk utama protein yang terdapat dalam susu ibu dan menyediakan asas untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

– Karbohidrat utama dalam susu ialah laktosa.

Zink

– Membantu pemulihan dan pertumbuhan sel.

Vitamin

– Bayi juga memerlukan vitamin seperti:

  • Vitamin A. Menjaga kulit, rambut, penglihatan dan sistem imun yang sihat
  • Vitamin B1 (tiamin). Membantu badan mengubah makanan menjadi tenaga
  • Vitamin B2 (riboflavin). Membantu tubuh mengubah makanan menjadi tenaga dan melindungi sel dari kerosakan
  • Vitamin B3 (niacin). Membantu badan mengubah makanan menjadi tenaga dan menggunakan lemak dan protein
  • Vitamin B6. Menjaga kesihatan otak dan sistem imun
  • Vitamin B12. Menjaga sel saraf dan darah sihat serta menghasilkan DNA – bahan genetik di setiap sel
  • Vitamin C. Melindungi daripada jangkitan, membina tulang dan otot serta membantu penyembuhan luka
  • Vitamin D. Membantu tubuh menyerap kalsium dari makanan serta menjaga kesihatan tulang dan gigi. Bayi yang menyusu badan mungkin memerlukan suplemen vitamin D
  • Vitamin E. Melindungi sel dari kerosakan dan menguatkan sistem imun
  • Vitamin K. Membantu proses pembekuan darah

2. Susu formula

Hari ini, kebanyakan susu formula bayi diperbuat daripada susu lembu.

Ia dicipta hampir sama dengan susu ibu dari segi nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk membesar.

Antara kandungan di dalam susu formula ialah:

  • Karbohidrat, dalam bentuk gula susu “laktosa”
  • Zat besi
  • Protein
  • Mineral seperti kalsium and zink
  • Vitamin A, C, D, E dan B

Terdapat juga sesetengah susu formula yang ditambah dengan nutrien lain yang menyerupai susu ibu seperti:

a. Asid lemak penting

ARA dan DHA adalah asid lemak yang penting untuk otak dan penglihatan bayi.

Ia secara semula jadi terdapat dalam susu badan apabila ibu memasukkannya ke dalam diet pemakanan mereka.

b. Nukleotida

Bahan binaan RNA dan DNA ini juga terdapat dalam susu ibu.

Ia dipercayai boleh menguatkan sistem imun bayi dan membantu perkembangan organ pencernaan.

c. Prebiotik dan probiotik

Probiotik ialah bakteria baik yang membantu melindungi bayi daripada bakteria jahat.

Manakala prebiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Susu formula yang mengandungi probiotik dikatakan dapat mengelakkan bayi daripada mengalami masalah kulit ekzema.

_________________________

HARUS DIELAKKAN

Dalam usaha seorang mommies untuk memenuhi keperluan pemakanan bayinya yang berusia 6 bulan, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan.

Mommies tidak boleh memberi susu lembu kepada anak di bawah umur 12 bulan. Malah, ia tidak mengandungi jumlah zat besi, vitamin E dan asid lemak penting yang diperlukan untuk perkembangan bayi.

Sebaik-baiknya, tunggu sehingga bayi berumur satu tahun untuk memberinya susu lembu.

Haa mommies dah tahu kan kenapa bayi yang berusia bawah 6 bulan hanya boleh minum susu ibu atau formula sahaja? Semoga bermanfaat.

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/pemakanan-bayi/makanan-untuk-bayi-6-bulan/

MASALAH PENYUSUAN YANG MUNGKIN MOMMIES ALAMI SEMASA MENYUSU!

MASALAH YANG MUNGKIN DIALAMI KETIKA PENYUSUAN!

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share tentang masalah yang akan dialami oleh mommies semasa menyusukan bayi!

Penyusuan susu ibu penuh dengan cabaran dan liku. Apabila mommies membiasakan diri dengan penyusuan, masalah penyusuan juga akan timbul.

Adakah terdapat kemungkinan berlaku sesuatu masalah yang akan dialami? Ikuti perkongsian kali ini.

_________________________

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU

Mommies telah melalui proses kehamilan dan bersalin yang paling sukar dan kini mommies terus menghadapi cabaran untuk menjadi ibu secara eksklusif dengan penyusuan pula.

Bagi sesetengah mommies, pengalaman penyusuan susu ibu mungkin dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun tidak dapat dinafikan terdapat wanita menyusu yang mengalami masalah penyusuan.

_________________________

MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH MASALAH YANG PALING BIASA

Sebagai mommies, pastinya kita semua mahukan proses penyusuan ibu berjalan dengan lancar kan?

Tetapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Oleh itu, mari kita pelajari beberapa masalah penyusuan yang mungkin mommies hadapi ketika menyusukan bayi nanti.

1. Puting sakit atau luka

Keadaan ini cenderung berlaku apabila bayi tidak berada dalam kedudukan yang salah dan teknik lekapan yang kurang baik.

Meneruskan penyusuan boleh membuatkan mommies berasa sakit dan rasa lebih tidak selesa.

2. Kurang susu

Perkara yang paling menakutkan bagi seorang mommies ialah bekalan susu badannya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bayinya.

Adalah penting untuk mempercayai bahawa bayi mommies akan mendapat apa yang diperlukan untuk mengatasi masalah penyusuan susu ibu ini.

Mommies boleh cuba menawarkan bayi kedua-dua payudara kepada bayi mommies semasa menyusu. Ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

3. Payudara bengkak

Payudara bengkak sering berlaku apabila ia penuh dengan susu. Keadaan ini menjadikan buah dada mommies keras, ketat, tegang dan sangat menyakitkan.

Ini sering berlaku pada tempoh-tempoh awal selepas kelahiran, apabila mommies dan bayi masih dalam proses membiasakan diri untuk menyusu.

Selain itu, bengkak ini juga boleh berlaku apabila bayi mula kurang menyusu terutamanya selepas pengenalan makanan pejal.

4. Teknik lekapan yang salah

Penyusuan susu ibu adalah sesuatu perkara yang baru, terutamanya untuk bayi. Ia mengambil masa untuk memahaminya.

Jika mommies berasa sakit semasa bayi menyusu atau bayi kelihatan kurang berpuas hati selepas menyusu, ini adalah tanda bayi mommies tidak menyusu dengan betul.

5. Terlalu banyak susu

Siapa kata ibu hanya perlu menghadapi masalah kekurangan susu?

Sesetengah wanita, terutamanya mommies pertama kali, mungkin mengeluarkan terlalu banyak susu.

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah penyusuan apabila bayi tersedak dan batuk. Kemudian ia akan menjadi sukar bagi mereka untuk menyusu.

Ia juga boleh menyebabkan puting rasa sakit apabila bayi menggigit, sebagai tindakan refleks untuk menghentikan aliran susu.

Walaupun bayi mommies kerap menyusu, mereka mungkin masih meragam dan sentiasa lapar.

Ini kerana mereka tidak menerima susu ibu peringkat terakhir yang mempunyai kandungan kalori tinggi.

6. Jangkitan kulat

Puting yang luka berisiko mendapat jangkitan kulat sekali gus menjejaskan proses penyusuan.

Puncanya ialah kulat candida iaitu sejenis kulat.

7. Saluran susu tersumbat

Jika bengkak payudara berterusan, saluran susu mungkin tersumbat.

Bagaimana mommies tahu jika berlaku saluran susu tersumbat?

Mommies akan merasakan ketulan lembut kecil pada payudara.

Keadaan ini boleh diperbetulkan dengan penyusuan kerap.

8. Mastitis

Mastitis adalah jangkitan pada tisu payudara yang menyebabkan demam, sakit otot, dan kemerahan pada payudara.

Ini sering berlaku apabila mommies mengalami saluran susu tersumbat dan susu tercemar dengan bakteria dari mulut bayi.

Jangan abaikan, jangkitan kulat yang dipanggil kandidiasis mulut juga boleh berlaku pada mulut dan lidah bayi.

Dianggarkan lebih daripada 10% wanita mungkin mengalami mastitis, terutamanya dalam 6 minggu pertama selepas bersalin.

9. Lidah pendek

1 daripada 10 bayi akan mempunyai masalah lidah pendek atau tongue tie.

Ini adalah keadaan di mana jalur kulit yang melekatkan lidah ke dasar mulut (frenulum) lebih pendek daripada biasa.

Ini bermakna bayi mungkin akan mengalami kesukaran menyusu kerana pergerakan lidah yang terhad.

Walau bagaimanapun, sesetengah bayi tidak mempunyai masalah untuk menyusu walaupun berdepan dengan keadaan tongue tie ini. 

_________________________

JANGAN BERPUTUS ASA

Nampak tak percaya masalah penyusuan susu ibu kan?

Tetapi percayalah, ia boleh berlaku. Jika mommies mengalami ini, jangan berputus asa sehingga mommies tidak mahu lagi menyusu.

Jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada doktor kerana setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya tau mommies!

Haa mommies dah tahu kan apa masalah yang mungkin mommies alami ketika menyusukan bayi? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/masalah-penyusuan-susu-ibu/