USAH RISAU, ADA KEBAIKANNYA!
Assalamualaikum dan selamat pagi!
Harini Suraya Mothercare ingin berkongsi tentang kebaikan mandikan bayi di waktu malam hari.
Mitos yang biasa kita dengar ialah berbahaya untuk memandikan bayi pada waktu malam. Terdapat pelbagai kepercayaan karut menyelubungi aktiviti ini, seperti badan bayi mengalami selsema atau terdapat air di dalam paru-paru. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos turun-temurun ini?
Ikuti perkongsian kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
_________________________
BOLEHKAH BAYI MANDI MALAM?
Ibu bapa, jawapannya ya. Bahaya memandikan bayi anda pada waktu malam sering digembar-gemburkan, tetapi itu hanya mitos.
Sebenarnya, tiada masa yang ditetapkan untuk memandikan bayi anda. Selagi anda mempunyai masa lapang, tidak sibuk, dan tidak terganggu, anda boleh meluangkan masa untuk mandikan bayi.
Elakkan mandi apabila bayi anda baru sahaja selesai menyusu atau ketika lapar. Jika anda memandikan bayi pada waktu malam, gunakan air suam dan elakkan berendam terlalu lama.
Ini kerana bayi mudah rasa sejuk lebih cepat daripada orang dewasa.
IBU, TOLONG BERHATI-HATI PADA WAKTU INI!
Memandikan bayi pada bila-bila masa tidak dilarang, tetapi ia seeloknya bagi bayi yang baru lahir sehingga 3 bulan, mandi pada waktu malam tidak digalakkan.
Ini kerana bayi yang baru lahir dalam linkungan umur ini lebih sensitif sedikit kepada perubahan suhu.
Jika anda perlu memandikan bayi pada waktu malam, gunakan air suam, jangan biarkan terlalu lama, dan keringkan bayi dengan segera.
BERAPA KERAP BAYI PERLU MANDI?
Tidak seperti kanak-kanak yang lebih dewasa, bayi kurang terdedah kepada kotoran.
Bahagian badan yang sentiasa perlu dibersihkan selalu ialah bahagian mulut, leher, dan bahagian lampin sahaja.
Badan bayi boleh dibersihkan dengan tisu basah bayi khas atau tuala yang dibasahkan dengan air suam dan sabun yang sesuai untuk kulit bayi.
Selain itu, bayi tidak perlu dimandikan setiap hari.
Cukuplah untuk memandikan bayi tiga kali seminggu. Kerap mandi boleh mengeringkan kulit bayi anda dengan mudah.
KEBAIKAN BAYI MANDI MALAM YANG PERLU DIKETAHUI
1. Menenangkan bayi
Kebanyakan ibu bapa di negara Barat lebih suka memandikan anak mereka sebelum tidur.
Berendam dalam air suam boleh menenangkan bayi dan menyenangkan ibu bapa yang menidurkan bayi mereka selepas mandi malam, jadi ini adalah sebahagian daripada rutin.
Selain itu, bayi yang mandi air suam sebelum tidur berasa lebih selesa dan boleh tidur lebih nyenyak dan lebih lama.
Jika anda sering memandikan bayi sebelum tidur, secara tidak langsung anda telah mencipta rutin harian khas untuknya.
Ini bermakna selepas mandi beberapa kali setiap malam, bayi anda akan mula memahami bahawa ia adalah rutin untuk tidur sejurus selepas mandi setiap malam.
Rutin harian yang sama adalah penting untuk memastikan bayi anda rasa selesa.
2. Mewujudkan ikatan mesra bersama ibu bapa
Selain itu, memandikan bayi anda pada waktu malam membolehkannya mewujudkan ikatan yang mesra dengan anda.
Jangan risau jika anda sibuk dengan kerja pada siang hari dan tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama bayi anda.
Apabila pulang dari kerja, anda juga boleh mandikan bayi selepas semua urusan selesai. Mandi ialah masa yang istimewa dan menyeronokkan antara anda dan bayi.
Memandikan bayi anda ialah aktiviti yang mengajar bayi kepentingan sentuhan dan keselesaan sentuhan kulit ke kulit.
Semasa mandi, lihat mata bayi anda dan bercakap dengan mereka. Ini adalah interaksi positif yang boleh mengeratkan hubungan antara anda dan bayi.
KESAN POSITIF BAYI TIDUR AWAL
- Mood dan tingkah laku lebih baik
- Lebih ceria, bertenaga dan bersedia untuk hari seterusnya
- masa berkualiti terluang sebelum tidur
- rutin tidur awal yang konsisten membantu bayi tidur dengan lebih mudah
- tabiat pemakanan bagus dan BMI rendah mampu cegah obesiti
- kurang terjaga pada waktu malam
KESIMPULAN
Akhir sekali, ingat bahawa bayi mandi malam boleh memudaratkan hanyalah mitos semata-mata.
Tidak perlu tergesa-gesa untuk memandikan bayi apabila anda pulang dari kerja. Luangkan sedikit masa untuk bertenang sebelum meluangkan masa yang berkualiti bersama bayi anda.
cc: hellodoktor