Skip to content

JAGA-JAGA JIKA TUBUH BAYI BARU LAHIR DITUMBUHI RAMBUT HALUS!

AWAS, ADA YANG BAHAYA!

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang bahaya jika bayi baru lahir ditumbuhi rambuat halus.

Ikuti perkongsian kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Pernahkah anda melihat bayi yang baru lahir? Kulit mereka dilitupi dengan bulu yang dipanggil lanugo.

Jika anda tidak tahu tentang lanugo, anda mungkin tertanya-tanya: adakah rambut itu berbahaya?

Lanugo ialah sejenis bulu halus yang boleh tumbuh di seluruh badan terutamanya di bahagian belakang, bahu, lengan dan dahi bayi.

Ia mempunyai fungsi khas untuk melindungi bayi ketika dalam kandungan ibu.

Kawasan badan yang tidak mempunyai folikel rambut, seperti bibir, tapak tangan dan kaki, tiada pertumbuhan lanugo.

Kebanyakan bayi dengan lanugo dilahirkan pramatang.

Bayi cukup bulan juga boleh dilahirkan dengan lanugo.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau. Ini bukan petanda masalah kesihatan.

 

FUNGSI LANUGO, BUKAN SEKADAR PERHIASAN

Banyak kajian telah dijalankan untuk memahami fungsi lanugo dan bagaimana ia dapat melindungi janin dalam kandungan.

Antaranya ialah:

 

1. Perlindungan kulit

Memandangkan cecair ketuban boleh menjejaskan keadaan kulit bayi, cecair vernix caseosa (cecair putih pekat) bertindak sebagai pelindung utama. Namun, ia tidak boleh melekat pada permukaan kulit bayi. Lanugo ialah struktur anatomi yang mengekalkan cecair vernix untuk melindungi kulit bayi.

 

2. Mengawal suhu badan bayi

Semasa awal kehamilan, lanugo adalah struktur utama yang membantu mengawal suhu badan bayi sebelum lapisan lemak terbentuk dan mengambil alih fungsi ini.

 

3. Merangsang pertumbuhan dan perkembangan bayi

Beberapa kajian menunjukkan keupayaan lanugo untuk merangsang rembesan hormon untuk mengurangkan tekanan dan menggalakkan tumbesaran dalam badan.

 

Pembentukan lanugo biasanya berlaku dari minggu ke 16 hingga ke 20.

Jumlah rambut halus mencapai tahap tertinggi apabila bayi mencecah usia 28 minggu.

Selepas ibu hamil memasuki trimester ketiga, rambut lanugo akan gugur secara perlahan-lahan.

Semakin dekat anda dengan tarikh matang kehamilan, semakin kurang lanugo pada permukaan kulit bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, jumlah lanugo tinggal sedikit dan hilang dari semasa ke semasa.

Inilah sebabnya jika kita lihat bayi yang lahir lewat (lebih 42 minggu) kulitnya lebih berkedut.

Ia berlaku selepas sentuhan kulit secara langsung dengan air.

Tanpa lanugo, cecair vernix tidak dapat melindungi kulit bayi anda.

Rambut tersebut akan digantikan dengan rambut yang lebih halus. Ini dipanggil rambut vellus.

 

SETIAP BAYI MEMPUNYAI JUMLAH LANUGO YANG BERBEZA SELEPAS DILAHIRKAN

Tidak semua bayi dilahirkan dengan lanugo.

Walaupun adalah normal bagi bayi yang dilahirkan dengan keadaan ini, ia tidak bermakna bahawa bayi tidak mempunyai lanugo adalah tidak normal.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dan ia mempengaruhi penampilan bayi yang baru lahir.

Secara umumnya, ia boleh dibahagikan kepada dua faktor: usia kandungan ketika bayi dilahirkan dan warna kulit (genetik).

 

Faktor usia

  1. Bayi lahir pramatang cenderung mempunyai lebih banyak rambut lanugo. Kerana lanugo mula gugur pada 28 minggu, bayi yang lahir sebelum masa ini akan mempunyai lebih banyak lanugo. Namun, seperti bayi lain, rambut akan gugur kelak.
  2. Bagi bayi cukup bulan (lahir antara minggu 37 dan 42), sebilangan kecil akan mempunyai lanugo (kira-kira 30%).
  3. Bayi yang lahir melebihi 42 minggu biasanya tidak mempunyai bulu yang menyelubungi badan.

 

Faktor warna kulit

  1. Mereka yang berkulit cerah selalunya mempunyai lanugo yang berwarna pudar. Sukar untuk dilihat.
  2. Bayi baru lahir berkulit gelap mempunyai lanugo yang boleh dilihat dengan jelas. Warna hitam pada lanugo akan membuatkan rambut halus lebih menyerlah.

 

KE MANA PERGINYA LANUGO YANG GUGUR SEMASA DALAM KANDUNGAN IBU?

Anda mungkin tertanya-tanya ke mana pergi lanugo selepas ia gugur daripada badan bayi.

Kerana ia mula gugur seawal minggu ke-28, kebanyakan lanugo yang dirembeskan terdapat dalam air ketuban ibu.

Air ketuban itu akan diminum oleh bayi dan kemudiannya lanugo akan masuk ke dalam sistem pencernaan bayi.

Jadi secara teknikal, kita boleh mengandaikan bahawa bayi akan makan lanugo tersebut.

Ia akan menjadi sebahagian daripada mekonium (najis pertama bayi) apabila lahir nanti.

Walau bagaimanapun, anda harus tahu bahawa rambut lanugo yang tumbuh sebulan selepas bayi dilahirkan boleh menjadi tanda penyakit berbahaya.

Antaranya ialah:

  1. Malnutrisi yang teruk. Apabila badan tidak mempunyai cukup lemak, lanugo akan membesar untuk melindungi bayi daripada kesejukan.
  2. Masalah kesihatan yang serius seperti kanser, masalah metabolik, dan masalah yang berkaitan dengan sistem endokrin.
  3. Hipertrikosis Lanuginosa. Pertumbuhan lanugo berlebihan. Ini adalah masalah genetik yang jarang didiagnosis.

 

KESIMPULAN

Jangan terkejut jika bayi baru lahir tidak “bersih” seperti yang sering muncul di TV.

Lanugo ialah struktur anatomi yang penting bagi bayi dalam kandungan.

Namun, jika pertumbuhan lanugo berlaku selepas bayi anda berumur satu bulan, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius.

Jadi jangan abaikan temu janji doktor!

Haa mommies dah tahu kan mengapa bahaya jika bayi baru lahir ditumbuhi rambut halus? Semoga bermanfaat!

 

cc: hellodoktor

@facebooktwitterpinterestinstagram

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *