Skip to content

IBU AYAH KENA LAKUKAN INI UNTUK ELAK PENYAKIT AIN BAYI!

BAGAIMANA NAK ELAK PENYAKIT AIN BAYI?

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang cara elakkan bayi terkena penyakit ain.

Pernahkah anda mendengar tentang penyakit ain bayi? Tahukah anda penyakit bersifat ghaib ini boleh berlaku pada bayi anda yang baru lahir?

Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam menjaga bayi yang baru lahir, termasuk penyakit ghaib ini yang mungkin berlaku kepada bayi anda.

Dengan berkongsi artikel ini, anda akan mendapat penjelasan tentang masalah ini.

_________________________

APAKAH PENYAKIT AIN BAYI?

Penyakit ain adalah kategori penyakit ghaib.

Ia adalah pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu yang boleh memberi kesan buruk kepada individu yang dipandang.

Hadis Nabi bersabda: “Penyakit ain itu benar-benar ada, jika ada sesuatu yang mendahului takdir, ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim).

Penyakit Ain berlaku apabila orang lain memandang kita dengan perasaan cemburu dan takjub sehingga membuatkan kita jatuh sakit.

ADAKAH PENYAKIT AIN BOLEH MEMPENGARUHI BAYI?

Berkongsi kehadiran cahaya mata dengan memuat naik gambar bayi di platform media sosial sudah menjadi kebiasaan ibu bapa yang begitu teruja dengan kelahiran anak baharu mereka.

Apabila kita memuat naik gambar bayi tersebut bagi tujuan berkongsi perasaan, kita tidak tahu sama ada individu yang melihat gambar tersebut dengan perasaan iri hati dan cemburu.

Kita bimbang bayi akan jatuh sakit jadi kita perlu mengelak daripada menyiarkan gambar si comel di media sosial. Ini boleh berlaku melalui penglihatan secara fizikal atau melalui gambar.

APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENGELAKKAN PENYAKIT AIN BAYI?

Bagi individu yang berpotensi memberikan penyakit ain kepada orang lain, seelok-eloknya mereka mendoakan keberkatan kepada individu lain yang dilihatnya sebagai pengganti pandangan cemburu yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu lain yang dilihatnya.

Untuk kedua ibu bapa, cubalah lindungi cahaya mata anda dengan membaca doa seperti yang dibacakan oleh Nabi untuk kedua-dua cucunya, Hasan dan Husin, yang bermaksud “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang bersifat dengki”. (HR Bukhari). Ucapan dan doa yang ringkas seperti istiazah juga dianjurkan dibaca bagi melindungi anak daripada segala penyakit ain.

Adalah penting bagi ibu bapa mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan syirik yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Ini bagi melindungi anak daripada sebarang penyakit air bayi seperti meletakkan gunting atau memakaikan tangkal pada bayi.

Sekiranya terdapat persoalan atau keraguan tentang perkara ini, eloklah berunding dengan mereka yang lebih arif seperti pakar agama.

Haa semua dah tahu kan bagaimana cara nak elak bayi terkena penyakit ain? Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *