Skip to content

LANGKAH YANG MUDAH UNTUK BEDUNG BAYI!

NAK BAGI BAYI TIDUR LENA DENGAN PEMAKAIAN BEDUNG? INI LANGKAH YANG BOLEH DIGUNAKAN!

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang langkah yang mudah untuk bedung bayi.

Kebanyakan mommies hari ini memilih untuk tidak memakai bedung pada bayi mereka, bukan? Namun, mommies juga harus tahu bahawa penggunaan bedung membawa banyak manfaat kepada bayi!

Ikuti perkongsiaan kali ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

 

_________________________

KAIN BEDUNG BAYI

Kali pertama mommies bertemu bayi selepas lahir adalah apabila mereka dibalut dengan kain dan hanya kepala kecil mereka yang kelihatan.

Ini kerana salah satu rahsia untuk memastikan bayi mommies sentiasa tenang ialah dengan membedungnya.

Bedung ialah kaedah kuno menggunakan kain bedung bayi untuk menyelimuti bayi yang baru lahir.

Tetapi matlamat utama adalah untuk menenangkan bayi dan membolehkannya tidur dengan lebih lena.

  • Menggunakan bedung bayi moden membantu bayi berasa lebih selamat apabila menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim.
  • Kain bedung ini juga membantu mengelakkan bayi daripada meregangkan tangan dan kaki mereka sehingga menyebabkan tindak balas terkejut, seterusnya meningkatkan potensi untuk terjaga.
  • Bedung membantu bayi berasa lebih selesa dan memastikan mereka kekal hangat.

 

Langkah bedung bayi

Jika mommies memilih untuk tidak menggunakan bedung bayi moden, berikut ialah cara membedung bayi:

Langkah 1: Permukaan rata

Bentang kain dalam bentuk berlian pada permukaan rata, seperti pada bahagian tengah katil. Lipat sudut atas ke bawah kira-kira 6 inci.

Langkah 2: Kedudukan bayi

Baringkan bayi secara menelentang di atas selimut. Pastikan kedudukan kepala bayi berada di atas lipatan sudut dengan badan bayi memanjang lurus ke bawah.

Langkah 3: Luruskan tangan kiri

Pastikan kedudukan tangan kiri bayi lurus di bahagian sisinya.

Kemudian ambil bahagian kiri bedung bayi dan balut di atas lengan dan dada kiri bayi. Selitkan hujung kain di bahagian kanan badan dan punggungnya.

Pada masa ini lengan kiri bayi sudah diselimuti dengan kain dan lengan kanannya masih bebas.

Langkah 4: Angkat bahagian bawah

Di hujung bawah kain, angkat ia sehingga menyelimuti badan bayi dan selitkan di bawah lipatan pertama tadi – pada bahagian dagu bayi.

Luruskan lengan kanan bayi dan tarik bahagian kanan kain ke atas badannya dan letakkan pada bawah bahagian kiri.

Langkah 5: Kemaskan bedung

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diingat: kain bedung mesti boleh membuatkan bayi berasa selesa dan tidak terlalu ketat.

Mommies boleh pastikan ia tidak terlalu ketat dengan memasukkan dua atau tiga jari di antara dada bayi dan kain.

Lipatan pada bahagian pinggul juga harus agak longgar supaya bayi boleh menggerakkan kakinya dengan bebas.

Jika bayi suka membebaskan tangannya, tidak ada salahnya membiarkan sebelah atau kedua-dua belah tangan mereka bebas daripada dibaluti kain bedung.

 

ADAKAH CARA MEMBEDUNG BAYI PRAMATANG JUGA SAMA?

Ya, mommies boleh menggunakan kaedah bedung yang sama untuk bayi pramatang.

Tetapi mommies mungkin mempertimbangkan untuk meletakkan kedua-dua tangan mereka di atas dada dan bukannya meluruskannya di sisi.

Ia dikatakan memberi lebih keselesaan kepada sesetengah bayi pramatang ini.

 

ADAKAH SELAMAT GUNA BEDUNG BAYI MODEN?

Sememangnya penggunaan kain bedung bayi sama ada bedung bayi moden mahupun kain selimut biasa bukan sepenuhnya bebas daripada bahaya.

Walau bagaimanapun, menurut American Academy of Pediatrics (AAP), membedung akan menggalakkan bayi tidur lebih lena selagi ia dilakukan dengan cara betul dan mengikut garis panduan tidur yang selamat.

Beberapa perkara yang perlu ditekankan ialah:

Bedung bayi dengan kemas dan selesa, tetapi tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.

Pastikan bayi sentiasa baring dalam keadaan menelentang.

Suhu bilik mesti dikekalkan pada tahap yang selesa. Membedung boleh menyebabkan bayi terlalu panas, meningkatkan risiko sindrom bayi mati mengejut (SIDS).

 

BAYI SEBENARNYA TIDAK SUKA DIBEDUNG?

Sejujurnya, tidak semua bayi suka dibedung kerana mereka rasa seperti disekat dan akan cuba membukanya.

Jadi jika penggunaan kain bedung ini hanya akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa, jangan lakukannya.

Jika bayi berasa lebih selesa dibedung dengan tangan bebas, biarkan begitu sahaja.

Sekurang-kurangnya, mommies masih boleh membedung bayi, bukan?

 

MASA UNTUK HENTIKAN PENGGUNAAN BEDUNG BAYI!

Jadi pada umur berapa mommies harus berhenti menggunakan bedung bayi moden?

Mommies boleh berhenti apabila bayi menjadi lebih aktif dan sudah mula berguling. Ia mungkin berlaku dari umur 2 bulan.

Namun, walaupun bayi sudah tidak dibedung, penggunaan kain selimut masih tidak digalakkan kerana risiko SIDS masih wujud.

Haa mommies dah tahu kan langkah yang mudah untuk bedung bayi? Semoga bermanfaat!

 

cc: hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *