KENALI 6 CARA BANYAKKAN SUSU BADAN SECARA SEMULAJADI!

Pengeluaran susu ibu perlu dimaksimumkan supaya bayi mendapat pengambilan yang mencukupi. Tidak hairanlah mengapa para mommies sering risau tentang isu ini.

Penyelidikan dari CDC mendedahkan bahawa punca ibu berhenti menyusu adalah kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai bekalan susu yang mencukupi. Jika susu badan mommies semakin berkurang, jangan panik. Ini kerana keadaan ini hanya bersifat sementara dan boleh diatasi. Suraya Mothercare akan kongsikan beberapa cara untuk banyakkan susu badan yang mommies boleh cuba.

  • Segera berikan susu kepada bayi

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, jangan tunggu terlalu lama untuk mula menyusukan bayi kerana tindakan melengahkannya ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu di dalam badan.

Upayakan untuk segera memeluk bayi dan berikan susu mommies sebaik sahaja dilahirkan.

  • Kerap menyusu

Setiap kali mommies menyusu atau mengepam susu badan, hormon yang mencetuskan payudara anda untuk menghasilkan susu dikeluarkan.

Mommies adalah disarankan untuk menyusukan si kecil 8-12 kali sehari bagi tujuan mengekalkan pengeluaran susu.

  • Menyusu daripada kedua-dua belah payudara

Berikan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu si comel. Rangsangan penyusuan pada kedua-dua payudara boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu.

Contohnya, jika bayi sudah cukup kenyang di satu sisi payudara, anda boleh teruskan dengan mengepam payudara di bahagian sebelah lagi.

  • Elakkan daripada ubat tertentu, alkohol dan rokok

Semasa proses penyusuan, mommies tidak sama sekali disyorkan untuk mengambil ubat yang mengandungi pseudoephedrine dan anda juga harus berhati-hati dengan jenis kontraseptif hormon tertentu.

Di samping itu, sama ada anda menyusu atau tidak, anda harus mengelakkan diri daripada mengambil alkohol dan merokok.

  • Power Pumping

Katie Page, seorang jururawat dan bidan bertauliah di Amerika mengesyorkan power pumping, iaitu selama satu jam setiap hari, pam 20 minit, rehat 10 minit, pam 10, rehat 10, pam 10.

Lakukan ini selama beberapa hari, fungsinya adalah untuk memberi isyarat kepada badan Mama untuk memperbanyakkan pengeluaran susu.

  • Pelekapan ketika menyusu yang betul

Cara lekapan puting yang dilakukan semasa menyusu juga boleh menjejaskan pengeluaran susu anda. Sebenarnya, melekap atau meletakkan puting pada mulut bayi pada kedudukan yang betul boleh mengelakkan luka, melecet dan kesakitan pada puting.

Pastikan mulut bayi memasuki semua bahagian puting. Pelekapan yang betul pasti akan banyakkan susu badan mommies.

LAHIRKAN ANAK BIJAK DENGAN MEMBACA BUKU SEMASA HAMIL!

Benarkah anak akan menjadi lebih bijak apabila ibu mengandung mempunyai tabiat membaca buku?

Ikuti perkongisan Suraya Mothercare pada kali ini untuk maklumat lanjut.

Wanita hamil sering terdedah kepada maklumat yang berpotensi mengelirukan tentang cara menjadi ibu bapa yang terbaik walaupun sebelum anak dilahirkan. Apabila bercakap tentang pendidikan kanak-kanak, kajian menunjukkan bahawa pendidikan kanak-kanak bermula beberapa bulan sebelum mereka dilahirkan dan bertahun-tahun sebelum mereka mula bersekolah.

Walaupun begitu, antara topik perbahasan terbesar adalah sama ada tabiat membaca buku kepada bayi ketika mereka masih di dalam rahim benar-benar memberikan manfaat. Bukan setakat itu, persoalan lain yang turut menjadi tanda tanya adalah mengenai keberkesanan membaca buku dengan kuat oleh ibu mengandung dapat menjadikan bayi lebih pintar.

Tabiat Membaca Buku dan Berbual Dengan Bayi Dalam Kandungan

Anda mungkin pernah terlihat bakal ibu berbual dengan bayi sambil meletakkan tangan di perut di perpustakaan, pusat beli-belah, malah di jalanan. Ia adalah seolah-olah anda sedang bercakap dengan kanak-kanak atau orang dewasa lain yang memahami apa yang anda katakan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh seorang pakar psikologi mendapati, seorang bayi akan mula dapat menyerap bahasa seawal 10 minggu sebelum dilahirkan.

Analisis tersebut melibatkan kumpulan sampel 40 bayi yang baru dilahirkan; lelaki dan perempuan. Hasil kajian menunjukkan bayi-bayi tersebut dapat membezakan antara bahasa ibunda ibu mereka dan bahasa asing dalam beberapa jam selepas dilahirkan.

Menurut kajian itu, bayi mula mengembangkan kemampuan untuk mendengar sekitar minggu ke-30 kehamilan. Ini bermakna mereka bukan sekadar mendengar suara tetapi lebih daripada itu. Ini bermakna tabiat membaca buku dan bercakap dengan bayi dalam kandungan mungkin memberikan beberapa kelebihan.
Jadi, ibu mengandung sekalian, usah terkejut andai si manja memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan luar, terutamanya jika terdapat bunyi yang kuat.

Sebaliknya, cuba untuk menenangkan mereka dengan cara bertutur secara lembut. Jangan lupa untuk memberikan usapan juga, okay mommies?

Kelebihan Membaca Buku

Mesti para mommies ingin mengetahui kelebihan membaca buku kepada bayi yang masih berada dalam kandungan, kan? Berikut disenaraikan 4 kelebihannya:

1. Perkembangan otak bayi

Menjelang trimester ketiga, telinga bayi sudah sedia untuk mendengar.

Secara amnya, bayi di dalam rahim mendengar apa yang berlaku di luar sekitar 10 desibel lebih rendah daripada yang anda ucapkan. Pun begitu, irama, melodi, dan corak bahasa lain yang menjadi asas pertuturan sebenarnya dapat didengar dengan jelas.

Terdapat juga kajian mencadangkan bahawa pada trimester ketiga, bayi bukan sekadar mengikut corak bahasa, tetapi selepas lahir mereka dapat mengenali kata kata yang didengar semasa dalam rahim. Walaupun sejauh mana kemampuan bayi belajar semasa dalam rahim masih belum ditentukan, tetapi bacaan pranatal tetap merupakan cara yang baik untuk memulakan perkembangan otak yang sihat.

2. Mengurangkan tekanan

Luangkan masa untuk tempoh beberapa minit dalam sehari untuk membaca- ini adalah cara terbaik untuk berehat. Bahkan, ia juga sangat membantu ibu mengandung. Aktiviti santai seperti tabiat membaca buku dengan kuat penting untuk kehamilan yang sihat.

3. Membina ikatan dengan bayi

Kajian menunjukkan bahawa bayi pada trimester ketiga tidak hanya mendengar tetapi juga mengenali suara ibu mereka.

Nada suara ibu bukan sekadar menenangkan tetapi menyebabkan degupan jantung janin menurun. Di samping itu, ia dapat membantu menjalin hubungan yang berterusan antara ibu dan bayi setelah dilahirkan.

Selain ibu, ayah dan juga ahli keluarga lain boleh menjalinkan hubungan dengan bayi. Jadi bercakap dan berbuallah dengan kandungan, okay?

4. Membina tabiat yang baik

Membaca bersama adalah antara perkara terbaik boleh anda lakukan untuk membantu anak menjadi pembaca dan pelajar yang berjaya. Mengapa tidak dimulakan sekarang? Jadikan tabiat membaca buku sebagai kebiasaan pada hari ini, agar ia menjadi sebahagian daripada diri kemudian nanti.

Usah risau tentang bagaimana suara anda kedengaran, penggunaan perkataan yang tidak tepat atau terlangkau ayat.

Si manja tidak akan menghakimi anda. Mulakan tabiat membaca sebagai aktiviti yang menjalinkan ikatan yang membahagiakan untuk anda dan si kecil.

KENALI KELEBIHAN DETAIL SCAN BUAT BAKAL MOMMIES!

Pastinya para ibu yang sedang hamil tidak sabar akan kelahiran cahaya mata bukan?

Salah satu cara untuk anda mengetahui kondisi si manja dalam kandungan adalah dengan melakukan proses scanning di hospital atau klinik berdaftar. Terdapat  pelbagai jenis scan, detail scan bayi anda adalah salah satu yang penting.

Namun, bilakah waktu sesuai untuk melakukan detail scan ini? Adakah ia suatu keperluan untuk melakukan proses detail scanning setiap kali berjumpa dengan doktor? Para mommies usah risau, pada perkongsian kali ini Suraya Mothercare akan kongsikan kelebihan detail scan bayi ini.

Detail scan bayi dapat bantu kesan keabnormalan

Terdapat pelbagai jenis detail scan, mari kita kenali dahulu perbezaan jenis-jenis yang ada.

  • Dating Scan 2D (hitam putih)

Bagi pemeriksaan rutin antenatal, ultrasound pertama sewaktu booking (buka buku) adalah penting kerana ia dapat tentukan tarikh tepat bagi anggaran tarikh kelahiran atau estimated due date (EDD).

  • Detail scan 2D

Detail scan boleh dilakukan dalam waktu kandungan 20 hingga 25 minggu, kerana ia adalah penting untuk melihat tumbesaran bayi dalam kandungan serta melihat dengan lebih jelas.

Ia berfungsi untuk melihat sebarang ketidaknormalan atau kecacatan pada bayi seperti Down Syndrome dan sumbing. Ini termasuklah untuk mengesan organ-organ penting seperti otak, paru-paru, jantung, tulang, kaki dan tangan serta anggota lain-lain.

Pemeriksaan ini penting bagi para ibu yang berisiko seperti mengandung pada umur melebihi 40 tahun, mengandungi penyakit berisiko seperti darah tinggi atau kencing manis, sejarah kecacatan atau kematian bayi dalam kandungan sebelumnya dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan ini terbuka kepada semua para ibu hamil.

  • Scan 3D 4D atau 5D

Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada 26 hingga 32 minggu kandungan. Sudah tentunya ibu dan ayah akan menjadi lebih teruja untuk melihat imej si kecil yang berwarna dalam bentuk 3D, 4D atau 5D kerana ia jauh lebih cantik dan kita dapat melihat wajah bayi dengan lebih jelas.

Apa yang diperiksa semasa melakukan detail scan?

Menurut Klinik MyFamil by MySonoworld, semasa detail scan antara yang akan diperiksa ialah:

  • Bentuk dan struktur kepala bayi. Ini dapat mengesan masalah otak yang serius
  • Muka bayi. Ini adalah untuk mengenalpasti bibir sumbing namun bagi sumbing lelangit dalam mulut bayi agak sukar untuk dikesan
  • Tulang belakang bayi. Ia adalah untuk memastikan tidak ada tulang belakang yang terkeluar dari kulit
  • Dinding abdomen bayi. Untuk memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafagram
  • Jantung bayi. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel). Injap hendaklah boleh membuka dan menutup setiap denyutan jantung. Salur darah utama yang membawa darah ke dan dari jantung bayi.
  • Buah pinggang bayi. Pastikan terdapat dua buah pinggang dan air kencing mengalir bebas ke dalam pundi kencing

Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, sebarang kecacatan fizikal dapat dikesan dari awal. Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melalui detai scan ini dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bererti bayi di dalam kandungan adalah 100% sempurna.

CC: THEASIANPARENT

KETAHUI 4 MITOS BERPANTANG YANG POPULAR!

Berpantang selepas bersalin? Adakah ia sesuatu keperluan untuk dilakukan?

Semasa bersalin, wanita kehilangan terlalu banyak darah. Oleh itu, disarankan agar setiap wanita berehat dan mematuhi amalan tertentu selepas bersalin. Secara umum, tempoh berpantang bagi wanita Melayu adalah antara 40 hingga 55 hari, dan tempoh bersalin bagi wanita Cina dan India ialah 30 hari. Dalam tempoh ini, setiap wanita yang baru bersalin wajib mengikut amalan berpantang seperti dilakukan sejak turun temurun.

Amalan kepercayaan dalam tempoh berpantang ini merangkumi semua aspek kehidupan seharian, seperti makan, minum, pakaian, dan kebersihan diri. Tetapi persoalannya di sini ialah: Adakah semua kepercayaan ini hanya mitos atau adakah ia adat yang dilarang untuk diikuti?

Pada hari ini, Suraya Mothercare akan kongsikan 4 mitos popular dalam kalangan ibu ketika berpantang atau selepas bersalin.

  • MINUM MINUMAN SEJUK

Tidak boleh minum sejuk atau ais semasa berpantang risau urat menjadi kembang atau masuk angin sebenarnya tiada dalam isitilah bidang perubatan.

Menurut Dr Irma Izzati Malek, seorang doktor di sebuah klinik swasta di Tanjung Malim, Perak, tiada istilah ‘urat kembang’ atau masuk angin dalam bidang perubatan.

  • MINUM AIR MELEBIHI SATU GELAS SEHARI

Ada yang berpantang mengikut cara tradisional, sehari segelas air sehingga boleh terjadi darah beku.

Kesan daripada kekurangan pengambilan air ini akan menyebabkan badan sangat kering sekali gus mengakibatkan darah menjadi pekat.

Risiko ini boleh terjadi disebabkan limitasi atau kurang berjalan bagi si ibu kerana mereka percaya kononnya takut rahim jatuh atau jahitan luka terbuka.

  • TIDAK BOLEH BERSENAM

Bagi yang bersalin secara normal dan tidak menghadapi luka besar, tiada masalah untuk terus melakukan aktiviti ringan bersenam.

Memang disarankan untuk para ibu ini berjalan selepas bersalin supaya tidak berlaku kompilasi seperti darah beku kerana darah tidak mengalir secara normal lagi.

  • MEMAKAI SARUNG KAKI ATAU MENGIKAT RAMBUT SANGGUL

Pemakaian stokin dan ikat rambut setinggi-tinggi yang boleh bertujuan untuk elak angin adalah tidak benar kerana angin tak boleh masuk melalui kulit kita.

Sebenarnya waktu hamil lagi digalakkan untuk memakai stokin tetapi tidak perlu berlapis-lapis dan tebal.

Stokin jenis ted atau compression yang boleh didapati di farmasi adalah sangat bagus untuk mengelakkan daripada darah beku terjadi kerana masalah ini bermula dari peha lalu merebak ke paru-paru.

CC: mStar

DO’S & DON’TS BERPANTANG SENDIRI!

Berpantang selepas bersalin sangat penting bagi membolehkan tubuh pulih secara normal.

Dalam masyarakat kita khususnya orang Melayu, tempoh berpantang ini kebiasaannya ialah 44 hari atau 100 hari bergantung pada pilihan.

Memastikan rehat yang mencukupi adalah keutamaan para ibu selepas bersalin pada masa ini. Aktiviti yang memerlukan tenaga atau pergerakan yang berlebihan amatlah tidak digalakkan pada fasa ini. Tidak semua wanita berpeluang untuk berpantang di rumah keluarga dan dijaga oleh ibu sendiri.

Namun usah risau, pada perkongsian kali ini Suraya Mothercare akan kongsikan beberapa tips berpantang sendiri yang boleh dijadikan panduan.

Bagi para ibu yang tiada pengalaman berpantang sendiri, berikut antara perkara utama yang perlu dititikberatkan:

  • Atur jadual

Jika para mommies perlu kuarantin di rumah, pastikan mommies merancang lebih awal dan membuat jadual yang tepat. Ini adalah sangat penting untuk memudahkan perjalanan harian mommies.

Sebaik-baiknya buat perancangan harian sepanjang tempoh berpantang dan kongsikan tugasan bersama suami. Kerjasama suami biasanya sangat penting dalam semua tugas ini dalam beberapa minggu pertama.

  • Sediakan menu makanan

Para mommies sangat disyorkan untuk menyediakan menu berpantang sepanjang tempoh berpantang. Anda perlu tahu apa makanan yang anda boleh dan tidak boleh makan. Pastikan anda membuat senarai sebarang bekalan dapur yang anda perlukan. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau tentang menu dan senarai ini juga akan memudahkan suami anda membeli bekalan dapur.

  • Persediaan mental & emosi

Jangan pernah menganggap proses berpantang sebagai perkara yang susah, memenatkan, atau apa-apa yang negatif. Sebaliknya, anda harus berfikiran positif dan percaya bahawa anda boleh melakukannya. Tidak dinafikan kita kadangkala akan berasa letih, tidak dapat tidur dan berasa tertekan. Jika ia berlaku pada anda, tidak perlu untuk menekannya.

Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin. Sebaliknya, beritahu pasangan anda bahawa mereka memahami situasi dan boleh membantu anda.

Kesilapan yang perlu dielakkan

Sudah tentu sukar untuk mengasingkan diri jika terpaksa mengasingkan diri di rumah tanpa kehadiran ibu atau ahli keluarga yang lain. Apabila kita perlu mengawal segala-galanya, kita cenderung untuk mengambil perkara yang mudah.

Kesilapan yang harus dielakkan oleh ibu semasa bersalin termasuk:

  • Mengabaikan kesakitan

Ketika berpantang, badan memang akan mudah untuk jatuh sakit. Walaupun anda perlu menjaga diri sendiri, itu tidak bermakna kesakitan yang dirasai harus diabaikan.

Beberapa masalah kesihatan selepas bersalin yang mungkin dialami seperti jahitan luka pembedahan terbuka, pendarahan berlebihan, sakit kepala, bengkak susu Sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor jika wujud sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri bagi mendapatkan lebih kepastian.

  • Kurang minum air

Jika mengikut cara berpantang orang dulu-dulu, ibu-ibu tidak boleh terlalu banyak minum air dalam tempoh berpantang. Tetapi sebenarnya minum air kosong adalah sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi.

Malah, minum air yang mencukupi dapat membantu badan anda menghasilkan susu dan mengelakkan masalah sembelit yang sering melanda ibu selepas bersalin.

  • Elak lakukan banyak kerja

Kerja rumah sememangnya tidak pernah benar-benar selesai.

Apabila membayangkan rumah yang bersepah, pakaian yang tidak berbasuh berlonggok dalam mesin basuh, pakaian yang tidak berlipat dan sebagainya akan membuat kita tidak selesa lagi-lagi bagi para ibu.

Tetapi dalam tempoh berpantang ini, mommies perlu cuba untuk kurangkan kerja yang selalu dilakukan. Jika perlu, lakukan tugas mudah seperti memasak sekali sahaja sehari. Untuk kerja-kerja rumah yang lain, sama ada tangguhkan seketika atau minta bantuan suami atau anak-anak yang lebih tua.

Ingatlah bahawa berpantang ini merupakan tempoh pemulihan untuk badan dan masanya untuk anda mengeratkan hubungan dengan si manja kita.

Selamat berpantang dengan tenang daripada Suraya Mothercare!

INGIN MELEBATKAN RAMBUT SI MANJA? CUBA 4 CARA INI!

Sesetengah bayi yang lahir ke dunia ini dengan keadaan botak, sementara sesetengahnya pula mempunyai rambut yang lebat. Jumlah rambut bayi ini mempunyai kaitan dengan genetik. Dalam beberapa bulan pertama kehidupan bayi, ordinary untuk si manja mengalami keguguran rambut akibat tahap hormon dan tumbesaran bayi yang cepat.

Namun jangan risau, pada perkongsian kali ini Suraya Mothercare akan mengongsikan cara-cara untuk melebatkan rambut bayi yang boleh para ibu bapa cuba.

Mengapa keguguran rambut bayi kerap berlaku?

  • Geseran yang berterusan. Bayi menghabiskan sebahagian besar masanya dengan berbaring sehingga mereka boleh duduk. Sentuhan berulang boleh menyebabkan geseran dan, dalam kes yang teruk, keguguran rambut. Jenis keguguran rambut seperti geseran alopecia dan stress alopecia boleh berlaku dan membawa kepada kebotakan. Dalam kes ini, keguguran rambut biasanya berhenti apabila bayi mula duduk dan menghabiskan lebih banyak masa duduk daripada berbaring.
  • Jangkitan kulit kepala. Jangkitan kulit kepala, termasuk jangkitan kulat seperti kurap, boleh menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan bayi. Kurap boleh menimbulkan tompokan bulat pada kulit kepala bayi memberikan kesan seakan-akan kepala mereka botak.
  • Alahan. Reaksi alahan terhadap sebarang bentuk boleh mengakibatkan keguguran rambut. Bayi boleh alah kepada minyak urut yang sapu pada kulit kepala bayi. Keadaan alahan seperti ekzema juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Jenis ekzema yang biasa dijumpai di kepala bayi adalah dermatitis seborrheic, juga dikenali sebagai ‘cradle cap’.
  • Gaya rambut yang ketat. Mengikat rambut dengan ketat sering menjadi penyebab keguguran rambut pada bayi yang lebih tua dan kanak-kanak. Elakkan mengikat rambut dengan ketat kerana ia boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkannya pecah, seterusnya menggugurkan rambut.
  • Penyakit dan stres. Stres yang disebabkan oleh penyakit atau demam boleh menyebabkan folikel rambut lemah dan menyebabkan keguguran rambut. Kanser dan rawatannya juga boleh menyebabkan keguguran rambut pada bayi.

Jadi, bagaimana cara untuk melebatkan rambut bayi?

  • Gunakan topi pelindung

Kebanyakan ibu bapa berasa bimbang ketika melihat tompokan botak di bahagian belakang kepala bayi. Kadang-kadang ia berlaku dalam warna yang berbeza sehingga boleh menyebabkan ibu bapa berfikir bahawa ia berkemungkinan satu jangkitan.

Tetapi keadaan ini berlaku atas beberapa sebab yang mudah. Apabila bayi dibaringkan di buaian, bahagian belakang kepalanya akan bergeser pada permukaan tempatnya berbaring dan menyebabkan keguguran rambut. Walaubagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi dengan mudah iaitu dengan memakaikan topi pada kepala bayi anda sebelum membaringkannya.

Kaedah ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah tompokan botak, tetapi ia juga salah satu cara melebatkan rambut bayi anda.

  • Syampu bayi

Walaupun bayi anda hanya membesar di dalam rumah dan tidak terdedah kepada kotoran, tetapi adalah penting untuk anda memastikan dan mengekalkan kulit kepalanya dalam keadaan bersih. Untuk menggalakan pertumbuhan rambut yang baik, anda perlu syampu rambut bayi anda seminggu sekali.

  • Menggunakan perapi rambut

Jika rambut bayi anda terlalu kering atau sangat kerinting, atau cuaca boleh menjejaskan rambutnya. Anda boleh mencuba beberapa alternatif bagi mengekalkan kesihatan rambut bayi. Perapi yang mesra kanak-kanak bukan sahaja boleh membantu menguruskan rambut bayi dengan mudah tetapi juga membekalkan nutrien penting kepada kulit kepala anda.

Bagi cara ini, ibu bapa perlu berbincang dan mendapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu.

  • Pemakanan sihat

Pemakanan yang sihat membawa kepada rambut yang sihat, tidak mengira berapa umur anda. Jadi, pastikan bayi anda makan banyak protein sihat seperti salmon, telur dan bayam.

Vitamin D juga diperlukan untuk rambut yang sihat, badam, lobak, aprikot dan labu harus dimasukkan ke dalam diet biasa bayi anda. Sekiranya bayi anda masih makan makanan separuh pepejal, anda boleh memasak ramuan ini dan padankan dengan bahan lain untuk meningkatkan rasa.

CC: HELLO DOKTOR

HILANGKAN BATUK BERKAHAK PADA BAYI DENGAN 5 PETUA INI!

Batuk berkahak bukan pada orang dewasa sahaja, batuk berkahak pada bayi juga berlaku. Kanak-kanak khususnya bayi sangat mudah mengalami batuk berkahak. Batuk berkahak adalah jangkitan pernafasan yang serius yang boleh membahayakan bayi.

Apabila bayi batuk berkahak, pastinya ibu ayah akan berasa susah hati. Pada perkongsian kali ini, Suraya Mothercare akan kongsikan petua-petua yang boleh dilakukan di rumah sekiranya bayi batuk berkahak.

PUNCA BATUK BERKAHAK

Sebelum mengetahui cara hilangkan batuk berkahak budak, anda harus faham keadaan ini boleh menjadi gejala bagi masalah kesihatan lain.

Batuk adalah refleks sukarela yang membantu bayi membersihkan saluran pernafasan daripada lendir atau perengsa seperti zarah debu. Jadi apabila si kecil batuk, mengetahui puncanya dapat memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk si kecil pulih dengan segera. Perlu diingatkan bahawa batuk biasanya akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 3-4 minggu.

Berikut antara beberapa puncanya:

  • Selesema. Kebanyakan batuk adalah sebahagian daripada selesema yang melibatkan saluran pernafasan lebih rendah. Dalam istilah perubatan ia disebut bronkitis virus.
  • Batuk pencemaran udara. Sebarang jenis asap boleh merengsakan saluran pernafasan dan menyebabkan batuk. Asap rokok dan ekzos kenderaan antara contoh paling biasa.
  • Alahan. Bayi juga boleh mengalami alahan makanan, bahan tertentu atau alahan bermusim. Gejala berbeza daripada selesema dan flu kerana ia dicetuskan oleh pendedahan kepada alergen
  • Asma. Virus adalah pencetus paling biasa episod asma pada bayi berumur 6 bulan ke bawah. Antara simptomnya adalah batuk berterusan dan mungkin disertai dengan berdehit dan kesukaran bernafas.

Berikut merupakan cara yang boleh dicuba oleh ibu bapa di rumah untuk menghilangkan batuk kahak bayi secara semula jadi:

  • Pelembap udara

Pelembap membantu melonggarkan lendir, sekali gus merupakan antara cara hilangkan batuk berkahak budak. Ini kerana ia melegakan batuk dan kesesakan pada saluran pernafasan. Kaedah ini membantu dengan menambahkan wap discuss ke udara untuk memudahkan anak bernafas.

Pelembap udara sejuk disyorkan untuk kanak-kanak atas sebab keselamatan dan dianggap lebih berkesan. Pasangkan pelembap udara pada waktu siang semasa anak berjaga dan gunakan ia di dalam bilik apabila mereka tidur di malam hari.

  • Madu

Salah satu cara hilangkan kahak bayi 1 tahun dan ke atas yang boleh dicuba adalah dengan mencampurkan madu bersama discuss suam dan lemon. Madu boleh melawan jangkitan kerana sifat semula jadinya yang menyekat bakteria. Selain itu, ia juga merupakan cara berkesan membantu melegakan sakit tekak.

Namun elakkan memberi madu kepada si kecil di bawah usia setahun kerana berisiko mengalami keracunan makanan.

  • Pengambilan cecair

Mengekalkan kelembapan badan adalah penting jika anak kecil mengalami batuk berkahak. Cecair mengekalkan saluran udara lembap dan membantu badan melawan penyakit, sekali gus dapat mengurangkan kahak.

Jadi pastikan anda memberikan air yang secukupnya, susu ibu atau susu formula lebih kerap apabila si manja tidak sihat dan batuk berkahak. Namun pastikan anda tidak memberikan air masak kepada bayi di bawah usia 6 bulan kerana boleh mengakibatkan hiponatremia.

  • Air garam

Salah satu cara untuk merawat batuk berkahak yang dialami si manja adalah dengan menggunakan titisan garam fisiologi.

Ia berfungsi membersihkan hidung, mencairkan kahak dalam tekak dan membantu memudahkan anak untuk batuk terutamanya sebelum tidur. Titisan air garam ini bermanfaat apabila anak selesema, kerana ia membantu melembutkan lendir dan memudahkan untuk mengeluarkannya.

Untuk mencuba kaedah ini, condongkan kepala anak ke belakang dan picitkan titisan air garam ke dalam setiap lubang hidung. Ulanginya mengikut keperluan.

  • Tinggikan kepala bayi ketika baring

Meninggikan kepala bayi semasa tidur berkesan dalam mencegah titis postnasal dan membantu merangsang batuk yang dapat menyingkirkan kahak. Berbanding berbaring secara rata, lendir lebih berkemungkinan terkumpul pada bahagian belakang tekak, menyebabkan kahak lebih sukar dikeluarkan.

Namun, penggunaan bantal yang terlalu tinggi amat perlu dielakkan kepada bayi di bawah usia setahun. Ini kerana ia boleh menjejaskan perkembangan tulang belakang anak.