Skip to content

HILANGKAN BATUK BERKAHAK PADA BAYI DENGAN 5 PETUA INI!

Batuk berkahak bukan pada orang dewasa sahaja, batuk berkahak pada bayi juga berlaku. Kanak-kanak khususnya bayi sangat mudah mengalami batuk berkahak. Batuk berkahak adalah jangkitan pernafasan yang serius yang boleh membahayakan bayi.

Apabila bayi batuk berkahak, pastinya ibu ayah akan berasa susah hati. Pada perkongsian kali ini, Suraya Mothercare akan kongsikan petua-petua yang boleh dilakukan di rumah sekiranya bayi batuk berkahak.

PUNCA BATUK BERKAHAK

Sebelum mengetahui cara hilangkan batuk berkahak budak, anda harus faham keadaan ini boleh menjadi gejala bagi masalah kesihatan lain.

Batuk adalah refleks sukarela yang membantu bayi membersihkan saluran pernafasan daripada lendir atau perengsa seperti zarah debu. Jadi apabila si kecil batuk, mengetahui puncanya dapat memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk si kecil pulih dengan segera. Perlu diingatkan bahawa batuk biasanya akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 3-4 minggu.

Berikut antara beberapa puncanya:

  • Selesema. Kebanyakan batuk adalah sebahagian daripada selesema yang melibatkan saluran pernafasan lebih rendah. Dalam istilah perubatan ia disebut bronkitis virus.
  • Batuk pencemaran udara. Sebarang jenis asap boleh merengsakan saluran pernafasan dan menyebabkan batuk. Asap rokok dan ekzos kenderaan antara contoh paling biasa.
  • Alahan. Bayi juga boleh mengalami alahan makanan, bahan tertentu atau alahan bermusim. Gejala berbeza daripada selesema dan flu kerana ia dicetuskan oleh pendedahan kepada alergen
  • Asma. Virus adalah pencetus paling biasa episod asma pada bayi berumur 6 bulan ke bawah. Antara simptomnya adalah batuk berterusan dan mungkin disertai dengan berdehit dan kesukaran bernafas.

Berikut merupakan cara yang boleh dicuba oleh ibu bapa di rumah untuk menghilangkan batuk kahak bayi secara semula jadi:

  • Pelembap udara

Pelembap membantu melonggarkan lendir, sekali gus merupakan antara cara hilangkan batuk berkahak budak. Ini kerana ia melegakan batuk dan kesesakan pada saluran pernafasan. Kaedah ini membantu dengan menambahkan wap discuss ke udara untuk memudahkan anak bernafas.

Pelembap udara sejuk disyorkan untuk kanak-kanak atas sebab keselamatan dan dianggap lebih berkesan. Pasangkan pelembap udara pada waktu siang semasa anak berjaga dan gunakan ia di dalam bilik apabila mereka tidur di malam hari.

  • Madu

Salah satu cara hilangkan kahak bayi 1 tahun dan ke atas yang boleh dicuba adalah dengan mencampurkan madu bersama discuss suam dan lemon. Madu boleh melawan jangkitan kerana sifat semula jadinya yang menyekat bakteria. Selain itu, ia juga merupakan cara berkesan membantu melegakan sakit tekak.

Namun elakkan memberi madu kepada si kecil di bawah usia setahun kerana berisiko mengalami keracunan makanan.

  • Pengambilan cecair

Mengekalkan kelembapan badan adalah penting jika anak kecil mengalami batuk berkahak. Cecair mengekalkan saluran udara lembap dan membantu badan melawan penyakit, sekali gus dapat mengurangkan kahak.

Jadi pastikan anda memberikan air yang secukupnya, susu ibu atau susu formula lebih kerap apabila si manja tidak sihat dan batuk berkahak. Namun pastikan anda tidak memberikan air masak kepada bayi di bawah usia 6 bulan kerana boleh mengakibatkan hiponatremia.

  • Air garam

Salah satu cara untuk merawat batuk berkahak yang dialami si manja adalah dengan menggunakan titisan garam fisiologi.

Ia berfungsi membersihkan hidung, mencairkan kahak dalam tekak dan membantu memudahkan anak untuk batuk terutamanya sebelum tidur. Titisan air garam ini bermanfaat apabila anak selesema, kerana ia membantu melembutkan lendir dan memudahkan untuk mengeluarkannya.

Untuk mencuba kaedah ini, condongkan kepala anak ke belakang dan picitkan titisan air garam ke dalam setiap lubang hidung. Ulanginya mengikut keperluan.

  • Tinggikan kepala bayi ketika baring

Meninggikan kepala bayi semasa tidur berkesan dalam mencegah titis postnasal dan membantu merangsang batuk yang dapat menyingkirkan kahak. Berbanding berbaring secara rata, lendir lebih berkemungkinan terkumpul pada bahagian belakang tekak, menyebabkan kahak lebih sukar dikeluarkan.

Namun, penggunaan bantal yang terlalu tinggi amat perlu dielakkan kepada bayi di bawah usia setahun. Ini kerana ia boleh menjejaskan perkembangan tulang belakang anak.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *