Benarkah anak akan menjadi lebih bijak apabila ibu mengandung mempunyai tabiat membaca buku?

Ikuti perkongisan Suraya Mothercare pada kali ini untuk maklumat lanjut.

Wanita hamil sering terdedah kepada maklumat yang berpotensi mengelirukan tentang cara menjadi ibu bapa yang terbaik walaupun sebelum anak dilahirkan. Apabila bercakap tentang pendidikan kanak-kanak, kajian menunjukkan bahawa pendidikan kanak-kanak bermula beberapa bulan sebelum mereka dilahirkan dan bertahun-tahun sebelum mereka mula bersekolah.

Walaupun begitu, antara topik perbahasan terbesar adalah sama ada tabiat membaca buku kepada bayi ketika mereka masih di dalam rahim benar-benar memberikan manfaat. Bukan setakat itu, persoalan lain yang turut menjadi tanda tanya adalah mengenai keberkesanan membaca buku dengan kuat oleh ibu mengandung dapat menjadikan bayi lebih pintar.

Tabiat Membaca Buku dan Berbual Dengan Bayi Dalam Kandungan

Anda mungkin pernah terlihat bakal ibu berbual dengan bayi sambil meletakkan tangan di perut di perpustakaan, pusat beli-belah, malah di jalanan. Ia adalah seolah-olah anda sedang bercakap dengan kanak-kanak atau orang dewasa lain yang memahami apa yang anda katakan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh seorang pakar psikologi mendapati, seorang bayi akan mula dapat menyerap bahasa seawal 10 minggu sebelum dilahirkan.

Analisis tersebut melibatkan kumpulan sampel 40 bayi yang baru dilahirkan; lelaki dan perempuan. Hasil kajian menunjukkan bayi-bayi tersebut dapat membezakan antara bahasa ibunda ibu mereka dan bahasa asing dalam beberapa jam selepas dilahirkan.

Menurut kajian itu, bayi mula mengembangkan kemampuan untuk mendengar sekitar minggu ke-30 kehamilan. Ini bermakna mereka bukan sekadar mendengar suara tetapi lebih daripada itu. Ini bermakna tabiat membaca buku dan bercakap dengan bayi dalam kandungan mungkin memberikan beberapa kelebihan.
Jadi, ibu mengandung sekalian, usah terkejut andai si manja memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan luar, terutamanya jika terdapat bunyi yang kuat.

Sebaliknya, cuba untuk menenangkan mereka dengan cara bertutur secara lembut. Jangan lupa untuk memberikan usapan juga, okay mommies?

Kelebihan Membaca Buku

Mesti para mommies ingin mengetahui kelebihan membaca buku kepada bayi yang masih berada dalam kandungan, kan? Berikut disenaraikan 4 kelebihannya:

1. Perkembangan otak bayi

Menjelang trimester ketiga, telinga bayi sudah sedia untuk mendengar.

Secara amnya, bayi di dalam rahim mendengar apa yang berlaku di luar sekitar 10 desibel lebih rendah daripada yang anda ucapkan. Pun begitu, irama, melodi, dan corak bahasa lain yang menjadi asas pertuturan sebenarnya dapat didengar dengan jelas.

Terdapat juga kajian mencadangkan bahawa pada trimester ketiga, bayi bukan sekadar mengikut corak bahasa, tetapi selepas lahir mereka dapat mengenali kata kata yang didengar semasa dalam rahim. Walaupun sejauh mana kemampuan bayi belajar semasa dalam rahim masih belum ditentukan, tetapi bacaan pranatal tetap merupakan cara yang baik untuk memulakan perkembangan otak yang sihat.

2. Mengurangkan tekanan

Luangkan masa untuk tempoh beberapa minit dalam sehari untuk membaca- ini adalah cara terbaik untuk berehat. Bahkan, ia juga sangat membantu ibu mengandung. Aktiviti santai seperti tabiat membaca buku dengan kuat penting untuk kehamilan yang sihat.

3. Membina ikatan dengan bayi

Kajian menunjukkan bahawa bayi pada trimester ketiga tidak hanya mendengar tetapi juga mengenali suara ibu mereka.

Nada suara ibu bukan sekadar menenangkan tetapi menyebabkan degupan jantung janin menurun. Di samping itu, ia dapat membantu menjalin hubungan yang berterusan antara ibu dan bayi setelah dilahirkan.

Selain ibu, ayah dan juga ahli keluarga lain boleh menjalinkan hubungan dengan bayi. Jadi bercakap dan berbuallah dengan kandungan, okay?

4. Membina tabiat yang baik

Membaca bersama adalah antara perkara terbaik boleh anda lakukan untuk membantu anak menjadi pembaca dan pelajar yang berjaya. Mengapa tidak dimulakan sekarang? Jadikan tabiat membaca buku sebagai kebiasaan pada hari ini, agar ia menjadi sebahagian daripada diri kemudian nanti.

Usah risau tentang bagaimana suara anda kedengaran, penggunaan perkataan yang tidak tepat atau terlangkau ayat.

Si manja tidak akan menghakimi anda. Mulakan tabiat membaca sebagai aktiviti yang menjalinkan ikatan yang membahagiakan untuk anda dan si kecil.

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *