Ibu ayah mana yang tak panik jika si kecil demam panas lebih-lebih lagi ketika tengah malam, kan? Lebih malang lagi apabila klinik di luar pula sudah tutup! Namun begitu, adakah terdapat cara hilangkan demam bayi 1 tahun tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan doktor?

Buat ibu ayah di luar sana, jangan panik dahulu. Pada perkongsian Suraya Mothercare kali ini, kami akan kongsikan khas buat anda petua hilangkan demam panas anak yang berkesan.

Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kenal pasti anak demam panas melalui kesejukan pada kaki.

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap jangkitan.

Penyebab demam yang paling biasa pada kanak-kanak adalah jangkitan virus dan bakteria. Demam juga mungkin kesan sampingan vaksinasi, tetapi tidak semua bayi akan mengalami demam selepas vaksinasi.

Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau kerana keadaan ini adalah petanda badan anak sihat dan akan menyebabkan tindak balas antibodi dalam badan. Namun, kadangkala anda perlu memberi perhatian yang teliti terhadap suhu anak anda.

Berikut merupakan beberapa keadaan bayi yang perlu dipantau dan dibawa ke klinik atau hospital dengan segera:

  • Bayi berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38ËšC atau lebih tinggi

  • Anak berusia lebih dari tiga bulan dan suhu badannya melebihi 40ËšC

Oleh itu, adalah amat penting untuk ibu ayah prihatin terhadap tanda-tanda anak demam panas on off seperti yang berikut:

  • Kerap muntah dan cirit-birit
  • Anda merasai sentuhan panas berbanding biasa, pada dahi, belakang badan mahupun perut si kecil anda
  • Merasai peluh atau kelembapan pada tubuh bayi anda
  • Pipi si manja anda kelihatan kemerahan
  • Masalah pernafasan
  • Anak enggan minum dengan banyak
  • Demam melebihi dua hari
  • Sawan

Berikut merupakan beberapa cara hilangkan demam bayi 1 tahun yang ibu ayah boleh cuba di rumah:

  • Pakaikan baju nipis pada bayi

Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang longgar dan tidak tebal bagi memastikan haba tidak terperangkap. Anda boleh cuba pakaikan si manja dengan pakaian yang diperbuat daripada kapas kerana ia dapat menyerap peluh bayi anda.

Elakkan juga daripada membedung dan menyelimutkan bayi anda dengan kain yang tebal kerana ia akan menyebabkan si kecil anda tidak selesa.

  • Pastikan bayi kekal terhidrat

Apabila anak kecil demam, suhu badan mereka meningkat dan mereka berpeluh dengan banyak. Anda kehilangan banyak air, menyebabkan dehidrasi.

Inilah sebabnya mengapa anda harus sentiasa memberi susu kepada bayi anda di bawah umur 6 bulan. Bayi berumur lebih 1 tahun boleh diberi air masak selepas menyusu. Kanak-kanak tidak tahu bila mereka dahaga, jadi pastikan mereka kekal terhidrasi.

  • Pastikan suhu bilik selesa

Kanak-kanak yang demam panas mungkin menjadi marah jika persekitaran sekeliling tidak begitu menyenangkan.

Pastikan anak anda berada dalam ruang yang selesa dan menyegarkan. Buka sedikit tingkap dan pintu untuk membolehkan udara segar dan menyenangkan masuk ke dalam bilik. Jika suhu bilik tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, anda boleh menurunkan suhu badan bayi yang demam.

  • Lap badan bayi dengan kain yang lembap

Mengelap bayi anda dengan kerap adalah salah satu cara paling biasa untuk mengurangkan demam pada anak anda yang berumur 1 tahun.

Ambil kain kapas dan rendam dalam air. Seterusnya, perah kain dan letakkan pada kepala, ketiak, leher, dan tapak kaki anak anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan suhu badan bayi.

  • Mandikan bayi dengan air suam

Cuba mandikan anak anda dalam air suam untuk menurunkan suhu badan mereka.

Pertama, sentuh air mandian untuk memastikan ia tidak terlalu panas atau suam.

Walau bagaimanapun, elakkan menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan bayi anda menggigil dan menyebabkan suhu badannya meningkat lagi.

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *