Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies sihat tak harini? Kalau sihat Alhamdulillah. laughing

Kongsian kali ini adalah tentang kelahiran bayi pra- matang.

Apakah punca kelahiran pra-matang?

Haaa, kalau Mummies kurang tahu, kongsian kali ini ada ketengahkan tentang punca kelahiran pra-matang.

Selamat membaca Mummies!

______________________________

KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG

Kelahiran pramatang diklasifikasikan sebagai kelahiran yang berlaku 3 minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi, (EDD).

Bayi lahir tidak cukup bulan, khususnya yang dilahirkan sangat awal sering mengalami masalah perubatan rumit.

Komplikasi bagi kelahiran tidak cukup bulan ini adalah berbeza.

Namun, apa yang perlu Mummies fahami adalah, semakin awal bayi dilahirkan, risiko komplikasi kesihatan yang mungkin dialami adalah lebih besar.

Bergantung kepada seberapa awal bayi dilahirkan, mereka mungkin berada di dalam kategori:

  • Pramatang lewat: bayi lahir di antara 34 hingga 36 minggu.
  • Pramatang sederhana lewat: bayi lahir di antara 32 hingga 34 minggu.
  • Pramatang awal: bayi yang lahir kurang daripada 32 minggu.
  • Pramatang sangat awal: bayi yang lahir sebelum berusia 28 minggu.

Kebanyakan kes yang melibatkan kelahiran bayi pramatang berlaku pada peringkat pramatang lewat.

PUNCA KELAHIRAN PRA-MATANG

Masih kurang jelas, apa sebenarnya penyebab kelahiran pra-matang.

Walau bagaimanapun, terdapat faktor risiko yang menyumbang kepada kelahiran ini, termasuklah:

  1. Mempunyai kelahiran pramatang sebelumnya
  2. Kelahiran kembar, kembar tiga atau gandaan lain
  3. Selang waktu kurang dari 6 bulan antara kehamilan
  4. Kehamilan melalui persenyawaan in vitro
  5. Masalah dengan rahim, serviks atau plasenta
  6. Menghisap rokok atau menggunakan ubat terlarang
  7. Beberapa jenis jangkitan, terutamanya melibatkan cecair ketuban dan saluran faraj
  8. Beberapa keadaan kronik, seperti tekanan darah tinggi dan diabetes
  9. Berat badan kurang atau berlebihan sebelum hamil
  10. Mengalami tekanan dalam kehidupan, seperti kematian insan disayangi atau keganasan rumah tangga
  11. Keguguran berulang atau pengguguran
  12. Mengalami kecederaan fizikal atau trauma

SIMPTOM

Si manja mungkin mempunyai gejala kelahiran bayi pramatang ringan atau simptom yang sangat jelas, iaitu:

  • Saiz badan kecil, dengan ukuran kepala lebih besar
  • Bentuk tubuh tampak lebih tajam, berbeza dengan keadaan bayi cukup bulan yang lebih bulat. Ini disebabkan kekurangan simpanan lemak
  • Mempunyai rambut halus (lanugo)  yang meliputi hampir sebahagian besar tubuh
  • Suhu badan yang rendah, terutamanya sejurus selepas kelahiran ketika di bilik bersalin kesan kurang lemak badan yang tersimpan
  • Mengalami kesukaran bernafas atau berkaitan masalah pernafasan
  • Kekurangan refleks untuk menyusu dan menelan, yang menjurus kepada kesukaran untuk proses penyusuan

PENJAGAAN KHAS

Mummies mesti tahu kan kalau berlakunya kelahiran bayi pra-matang, bayi akan ditahan di hospital dalam jangka waktu yang agak lama demi perawatan bayi.

Doktor dan pasukan khas dengan latihan khusus untuk merawat bayi yang lahir tidak cukup bulan bersedia untuk membantu dan menjaga si manja.

Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan malu untuk bertanya.

Si manja mungkin memerlukan bantuan tambahan untuk menyusu dan menyesuaikan diri selepas kelahiran.

KOMPLIKASI

KOMPLIKASI JANGKA PENDEK

Pada minggu-minggu pertama, komplikasi kelahiran pramatang mungkin termasuk:

  • Masalah pernafasan
  • Masalah jantung
  • Masalah otak
  • Masalah kawalan suhu
  • Masalah gastrousus
  • Masalah darah
  • Masalah metabolisme
  • Masalah sistem imun

KOMPLIKASI JANGKA PANJANG

Dalam jangka masa panjang, kelahiran pramatang boleh menyebabkan komplikasi berikut:

  • Masalah kecacatan otak
  • Masalah pada aspek pembelajaran
  • Buta
  • Pekak
  • Masalah pergigian
  • Masalah tingkah laku dan psikologi
  • Masalah kesihatan kronik
LANGKAH PENJAGAAN
#Suplemen progesteron

Wanita yang mempunyai sejarah melahirkan bayi tidak cukup bulan, serviks pendek atau kedua-dua faktor mungkin dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang dengan suplemen ini.

#Cervical cerclage

Merupakan prosedur pembedahan yang dilakukan semasa kehamilan pada wanita dengan serviks pendek.

Semasa prosedur ini, serviks dijahit rapat dengan jahitan kuat untuk memberikan sokongan tambahan pada rahim.

Jahitan akan dibuka apabila tiba masanya untuk melahirkan bayi.

Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai risiko kelahiran bayi pramatang, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/bayi-pramatang/kelahiran-bayi-pramatang/ 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *