4 PENYAKIT MATA BAYI.

Assalamualaikum Mummies! Selamat berpuasa ya kepada yang menjalankan ibadah berpuasa laughing

Cuaca hari ni hujan aje dari pagi tadi, Alhamdulillah kenyang pokok-pokok di luar mendapat rahmat Allah SWT.

Yang pergi kerja harini, semoga sabar dan reda kemarahan bila hadap jem ye hihi laughing

Mummies selalu tak perhatikan mata bayi Mummies? Ada apa-apa masalah tak? 

Kalau ada, ha kongsian kalini sangat bermanfaat untuk kegunaan Mummies menjaga si bayi wink

Selamat membaca dan beramal Mummies! 

______________________________________________

4 PENYAKIT MATA YANG BIASA DIALAMI SI BAYI

1. JANGKITAN MATA

Ini merupakan penyakit penglihatan yang paling kerap dialami oleh bayi. Jangkitan ini akan menyebabkan bahagian mata putih berubah menjadi kemerahan. 

Kondisi ini selalunya disebabkan oleh infeksi bakteria yang mengakibatkan konjuktivitis (pinkeye). Segera bawa bayi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan preskripsi ubat mata.

Mesti biasa kan Mummies nampak jangkitan mata pada bayi. Kadang-kadang mata bayi merah sekejap je,lepastu dah baik kan?

Ini untuk yang melarat kadang sampai berhari-hari. Oleh itu, Mummies kene selalu tengok-tengok kondisi mata bayi ya. wink

2. MATA BERAIR DAN BERTAHI

Ha yang ini pun biasa terjadi, mata bayi Mummies kerap berair dan bertahi kerana salur air mata bayi yang tersumbat (blocked tear duct/nasolacrimal duct).

Punca ia terjadi adalah salur-salur halus di bahagian tepi mata yang berfungsi menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung tersumbat atau tidak terbuka sepenuhnya. Ia menyebabkan air mata terkumpul di dalam mata dan membuatnya kelihatan berair.

Apabila air mata tidak mengalir secara normal, tadahan air mata ini kemudiannya akan dijangkiti kuman lalu menyebabkan tahi mata terbentuk. Antara rawatan yang boleh dipertimbangkan adalah preskripsi ubat mata, urutan lembut serta penggunaan air garam untuk membersihkannya.

3. MATA JULING (STRABISMUS)

Ini merupakan penyakit mata bayi yang berlaku akibat otot yang mengawal mata masih lagi dalam keadaan yang lemah. Namun begitu, jika bayi anda sudah berusia 4 bulan atau lebih dan masih lagi mengalami kondisi mata juling ini, bawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan mata.

Sehingga kini, masih tidak terdapat rawatan untuk membetulkan kejulingan mata bayi ini. Namun begitu, Mummies boleh mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan mata bagi tujuan kosmetik.

Antara simptom mata juling adalah:

  • Posisi anak mata yang berbeza
  • Penglihatan terjejas
  • Penglihatan berganda
  • Penurunan persepsi kedalaman imej
  • Sering sakit mata
  • Kerap pening kepala

Mummies kene ambil berat ya, ini kerana mata yang juling boleh menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melihat dengan sempurna disebabkan ambliopia (mata malas). Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun), ini boleh mengakibatkan pandangan kabur yang berkekalan.

Oleh itu, Mummies perlu ambil pendekatan yang serius agar tidak memudaratkan kehidupan si kecil kelak.

4. MATA MALAS (AMBLIOPIA)

Ini merupakan penyakit mata bayi yang menyebabkan hanya sebelah mata mempunyai fokus berbanding sebelah lagi. Ia disebabkan oleh apa-apa cahaya terang seperti flash kamera atau spotlight.

Kondisi ini boleh dikesan jika anak mata sebelah mata bayi kerap bergerak-gerak dan sukar untuk menumpukan sesuatu. Rawatan bagi kondisi ini adalah dengan bantuan cermin mata atau kanta sentuh jika ia dapat dikesan pada peringkat awal. Sebaiknya, dapatkan khidmat pakar mata dengan segera untuk merawatnya.

Berikut adalah simptom-simptom mata malas.

  • Satu mata terlihat berbeza
  • Satu mata seakan terapung
  • Penglihatan terjejas
  • Penglihatan berganda
  • Penurunan persepsi kedalaman imej
  • Cenderung terlanggar objek

______________________________________

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT MATA BAYI

Walaupun penyakit penglihatan anak ini sememangnya akan mencetuskan rasa takut dan panik, ibu bapa boleh mengambil langkah-langkah pencegahan mata bayi dengan melatih deria penglihatan mereka untuk menjadi lebih baik.

  • Ubahsuai lampu di bilik tidur bayi agar ia kelihatan agak malap. Kerap ubah kedudukan bayi untuk menggalakkan mereka melihat sekeliling.
  • Hias bilik bayi dengan mainan yang bergantungan pada siling agar bayi boleh melatih fokus mereka.
  • Cuba bercakap dengan bayi pada arah yang mereka tidak nampak agar mereka tahu ada individu berdekatan mereka lalu menolehkan pandangan.
  • Suap bayi daripada kedua-dua belah arah kiri dan kanak. Ini dapat melatih fokus mereka terhadap segenap sudut.
  • Bawa bayi keluar ke tempat seperti taman permainan atau pusat beli belah untuk membiasakan mereka melihat suasana yang agak sibuk.

Semoga kongsian kalini membantu Mummies menimba ilmu tentang kesihatan mata bayi seterusnya memberi manfaat kepada kesihatan bayi sehari-hari. smile

Cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/penyakit-mata-bayi/

 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *