Terdapat beberapa pilihan sayur untuk ibu berpantang yang sangat bagus untuk membekalkan nutrisi penting kepada tubuh.

Walaubagaimanapun, pemilihan sayur bagi ibu-ibu berpantang sebenarnya agak rumit kerana risau sekiranya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada tubuh, tetapi jangan risau, mommies! Sayur-sayuran yang bakal Suraya Mothercare cadangkan pada kali ini sangat bagus dan mempunyai banyak khasiat.

Umum mengetahui, sepanjang tempoh pantang, ibu berpantang digalakkan mengambil makanan yang seimbang terutamanya sayur dan buah-buahan. Bagi pilihan sayur untuk ibu berpantang pula, sebenarnya terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang mampu membantu Mommy pulih dan kekal sihat selepas bersalin.

Melalui perkongsian ini, Suraya Mothercare akan senaraikan beberapa jenis sayuran beserta khasiatnya untuk rujukan mommies.

  • Lobak putih

Bila menyebut lobak, automatik mesti terbayang lobak merah, betul tak? Tetapi lobak putih juga sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Selain meningkatkan sistem imun, melegakan sakit perut dan sembelit, lobak putih amat digalakkan untuk diambil semasa tempoh berpantang kerana ia menggalakkan penghasilan susu badan.

Kebaikan lain lobak putih ini adalah dapat mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak lawas.

  • Bawang putih

Makanan ini boleh membantu mommies untuk mengawal berat badan selepas bersalin. Ia juga mempunyai sifat antibakteria bagi menghindarkan jangkitan pada luka selepas bersalin.

  • Peria

Peria amat bagus diambil oleh wanita selepas bersalin kerana membantu memudahkan proses pengerakan usus – buang air besar – sekali gus mengurangkan risiko untuk mengalami sembelit. Sayur ini juga berfungsi membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

Peria juga dipercayai menyebabkan rahim mengecut lebih banyak dan ini baik untuk mengeluarkan lochia – darah nifas.

  • Petola

Sifat anti-radang dan antibiotik pada petola seolah-olah berkaitan dengan sayur-sayuran tertentu. Petola mempunyai kaedah semulajadi yang sangat baik untuk menghapuskan sebatian toksik pada badan.

Ia juga mengukuhkan sistem imun. Mekanisme pertahanan yang kuat bermakna badan akan lebih mampu untuk bertahan dalam jangkitan bakteria dan mengekal kesihatan.

Petola dikatakan mempunyai sumber mekanisme pertahanan untuk memerangi jangkitan dan juga virus.

  • Halia

Haruman dan rasa unik halia adalah berasal daripada minyak semula jadinya – perkara paling penting buat halia.

Halia dapat engurangkan angin dan memperbaiki sistem penghadaman. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan masalah angin tetapi ia juga berfungsi untuk memanaskan badan. Ini kerana kita sedia maklum, ibu berpantang akan kerap mengalami kesejukan badan.

Wujudnya snek sayur Vegilicious yang berasaskan jenis sayur di atas boleh membantu para mommies yang berpantang agar tidak bosan ketika makan dan dapat menambahkan lagi selera serta dapat mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin. Snek sayur Vegilicious oleh Suraya Mothercare ini boleh didapati di aplikasi dalam talian.

Jangan lupa untuk mencuba tau, mommies!

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *