Adakah tarikh jangkaan bersalin anda semakin hampir dan masih tidak dapat melihat sebarang tanda-tanda bayi anda mahu dilahirkan?

Jangan risau, mommies! Pada kali ini, Suraya Mothercare akan kongsikan 8 cara-cara untuk mendorong kelahiran semula jadi bagi membantu bukaan rahim lebih cepat.

Cara semulajadi untuk mendorong kelahiran

Menunggu boleh menjadi sangat menyakitkan. Apatah lagi rasa tidak selesa akibat kontraksi yang para mommies alami. Sebenarnya, jika mommies mencari di internet, anda akan menemui beberapa cara untuk menjadikan rahim anda terbuka lebih cepat. Banyak daripada ini adalah hanya bualan dan tidak mempunyai bukti keberkesanan, tetapi tidak ada salahnya mencubanya selagi ia tidak berbahaya.

Kami sarankan para mommies untuk berunding terlebih dahulu dengan doktor sebelum mencuba mana-mana petua yang disenaraikan di sini.

Antara cara cepatkan bukaan rahim adalah:

  • Bersenam

Melakukan senaman semasa hamil ini boleh menjadi sebarang perbuatan yang dapat menaikkan kadar degupan jantung, seperti berjalan kaki.

Apabila seorang wanita hamil mengamalkan aktiviti berjalan, dia boleh menggunakan graviti dan pergerakan pinggulnya untuk “menarik” bayinya ke dalam pelvisnya.

Memberi tekanan pada pelvis boleh mewujudkan persediaan serviks untuk bersalin, atau mempercepatkan proses kelahiran jika proses bersalin telah bermula. Ia juga merupakan tabiat yang baik untuk mengurangkan tekanan dan mengekalkan kekuatan untuk bersalin nanti.

  • Seks

Secara teorinya banyak sebab mengapa seks dianggap sebagai cara cepatkan bukaan rahim.

Mengalami orgasme ketika aktiviti seksual dapat melepaskan oksitosin – hormon yang membantu melancarkan kontraksi rahim.

Malah hormon prostaglandin dalam air mani berfungsi mematangkan serviks.

Tiada salahnya melakukan seks pada minggu-minggu akhir kehamilan. Tetapi elakkan seks sekiranya air ketuban telah pecah. Ini kerana perbuatan tersebut meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan.

  • Rangsangan puting

Merangsang puting juga dianggap antara kaedah bersalin semula jadi kerana ia menyebabkan rahim mengecut dan boleh mempercepatkan proses melahirkan anak.

Rangsangan itu akan mengeluarkan oksitosin – hormon penyebab rahim mengalami kontraksi dan payudara menghasilkan susu.

Payudara yang menerima rangsangan juga merupakan kaedah berkesan untuk mencetus dan mempercepatkan proses kelahiran, mengelakkan penggunaan ubatan dan mengurangkan kadar pendarahan selepas bersalin.

  • Akupunktur

Walaupun tidak diketahui secara jelas bagaimana teknik ini dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran, tetapi ia dikatakan boleh merangsang perubahan hormon atau sistem saraf.

Selain itu, akupunktur ini dapat meningkatkan kematangan serviks.

  • Akutekanan

Sesetengah pengamal perubatan percaya acupressure merupakan cara cepatkan bukaan rahim.

Namun sebelum mencuba melakukannya sendiri atau dengan bantuan pasangan, pastikan kalian mendapat latihan daripada profesional akutekanan terlatih.

  • Urutan

Salah satu cara untuk mendorong kelahiran secara semula jadi adalah dengan meningkatkan tahap oksitosin dalam badan anda.

Jika anda ingin mencuba urutan pranatal, dapatkan kebenaran doktor anda terlebih dahulu. Ini adalah untuk melihat sama ada keadaan anda sesuai untuk diurut.

Tidak berminat untuk diurut?

Anda boleh bermeditasi atau berpelukan dengan pasangan, kedua-duanya dapat menenangkan diri si ibu- mungkin juga boleh meningkatkan tahap oksitosin.

  • Makan kurma

Siapa kata makan tidak dapat membantu mempercepatkan kelahiran bayi?

Memakan kurma pada minggu-minggu akhir kehamilan dipercayai dapat meningkatkan kematangan dan pelebaran serviks pada fasa awal kelahiran.

Ia juga dikatakan dapat mengurangkan keperluan penggunaan pitocin semasa bersalin. Pitocin adalah versi sintetik hormon oksitosin yang dihasilkan secara semula jadi.

  • Teh daun raspberi merah

Minuman herba kaya dengan zat besi, kalsium dan vitamin tidak akan menyebabkan kelahiran bayi berlaku lebih cepat. Tetapi ia berpotensi untuk memberikan manfaat semasa proses bersalin itu nanti.

Minuman teh ini membantu proses kelahiran secara spontan di samping menjadikan proses tersebut lebih mudah untuk bakal ibu.

Bakal ibu disyorkan untuk mengamalkan minuman ini – 1 atau 2 cawan sehari – bermula pada minggu ke-32.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meminumnya jika:

  • Pernah menjalani pembedahan caesarean dalam tempoh 2 tahun
  • Akan menjalani pembedahan czer disebabkan masalah perubatan atau kehamilan
  • Mempunyai tekanan darah tinggi atau preeklampsia
  • Merupakan kehamilan pramatang atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • Proses kelahiran cepat pada kehamilan terdahulu (kurang 3 jam)
  • Merupakan kehamilan kembar
  • Kedudukan bayi songsang
  • Mengalami masalah perubatan seperti epilepsi, masalah jantung, barah, gangguan pembekuan darah atau endometriosis
  • Mengambil ubat antidepresan

Patutkah semua wanita hamil mencuba bersalin secara induksi?

Pilihan untuk membantu rahim anda terbuka lebih cepat adalah selamat untuk dicuba, tetapi tidak semuanya berkesan.

Malah boleh menyebabkan anda berisiko.

Kami sarankan para mommies berunding dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana petua.

Harap maklum bahawa adalah lebih baik untuk berehat dan menunggu proses bersalin bermula secara semula jadi.

CC: HELLO DOKTOR

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *