Selepas bersalin, badan letih dan rasa layu. Bahasa orang kita, badan rasa lemau. Maka, ramai mencadangkan agar ibu-ibu yang baru lepas bersalin, supaya mendapatkan urut selepas bersalin untuk mengembalikan semula kesegaran badan. Kelebihan urut selepas bersalin ini bukanlah dongengan semata-mata. Berikut ialah antara kelebihan urut pada ibu selepas melahirkan anak:

1. Melancarkan perjalanan darah dalam badan antara kelebihan urut selepas bersalin

Urut selepas bersalin ini dapat meningkatkan lagi pengaliran darah. Maka, ini akan membolehkan ibu mendapat lebih banyak oksigen yang disalurkan pada tubuh badan.

2. Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya

Perlu ambil maklum, bahawa urut selepas bersalin ini bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah tegang urat. Cuma ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan.

3. Meredakan tekanan

Bila stress, bukankah dengan berurut itu dapat melegakan kita?

4. Membanyakkan susu badan

Minta tukang urut untuk urut sekali di bahagian payu dara. Perlu diingat, ia bukan menjamin susu jadi banyak. Cuma jika urut payu dara dimasukkan sekali dalam sesi urutan selepas bersalin, ia akan merangsang sel-sel payudara supaya lancar.

5. Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak

Semua ibu yang pernah melahirkan anak, pasti bersetuju bahawa melahirkan anak itu menggunakan banyak tenaga, mental dan fizikal. Maka, untuk pulih dengan cepat, ia perlukan sokongan setiap ahli keluarga.

6. Mengeluarkan angin dalam badan

7. Mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung

8. Menaikkan rahim

9. Mengecutkan rahim

10. Memecahkan lemak

11. Mengetatkan dan membentuk kembali tubuh

12. Menyegarkan badan

CC: PantangPlus