JENIS MAKANAN INI IBU MENYUSUPERLU AMBIL JIKA BAYI ADA JAUNDIS

Situasi bayi baru lahir mengalami masalah jaundis atau demam kuning adalah normal. Tetapi adakah terdapat sebarang makanan ibu untuk bayi kuning yang perlu diamalkan bagi membantu mempercepatkan penyembuhan si kecil?

Jawapannya adalah ya. Kalau ingin tahu, teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui jenis makanan yang disarankan.

Jenis makanan ibu untuk bayi kuning

Umumnya, kita pasti sedia maklum bahawa mengekalkan diet yang sihat boleh mempercepatkan proses penyembuhan badan.

Tetapi apabila berkaitan dengan jaundis pada bayi, untuk ibu yang menyusu badan, diet anda juga boleh membantu dalam memulihkan tubuh si kecil.

Ini kerana apa yang anda makan, memberi kesan langsung pada susu ibu. Jadi disebabkan itu, amat penting untuk ibu memilih makanan berkhasiat dan mengelakkan makanan yang boleh mengakibatkan gangguan gastrousus pada si kecil.

Makanan ibu untuk bayi kuning
Beberapa makanan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan si kecil daripada demam kuning, seperti:

1. Makanan tinggi serat

Makanan serat – terutamanya serat larut – membantu memindahkan hempedu keluar dari hati. Keadaan ini boleh mengurangkan ketoksikan.

Nutrien yang sangat penting ini terdapat dalam pelbagai jenis makanan, termasuk:

Buah-buahan
Sayur-sayuran
Kekacang
Legum
Bijirin penuh
Makanan berserat tinggi termasuk:

Sayuran seperti brokoli
Buah beri
Oat
Badam
Beras perang
Quinoa

2. Buah-buahan & sayuran, antara makanan ibu untuk bayi kuning

Buah-buahan dan sayur-sayuran segar mengandungi antioksidan dan tinggi serat yang boleh membantu mengehadkan kerosakan hati semasa metabolisme dan memudahkan penghadaman.

Kebanyakan buah dan sayuran menawarkan nutrien yang baik untuk hati, tetapi berikut beberapa jenis yang terbaik, antaranya:

Kranberi, beri biru, dan anggur
Buah sitrus terutamanya lemon, limau dan limau gedang
Betik dan tembikai
Labu, ubi keledek dan keladi
Avokado dan buah zaiton
Buah tomato
Lobak merah, ubi bit
Brokoli, kubis bunga
Halia dan bawang putih
Bayam dan sayur kolard

3. Bijirin penuh

Makanan bijirin penuh mengandungi jumlah nutrien mesra hati yang tinggi, termasuk lemak sihat, serat, antioksidan dan mineral.

4. Pengambilan cecair, penting dalam makanan ibu untuk bayi kuning

Kekal terhidrat adalah salah satu cara terbaik untuk membantu hati pulih daripada jaundis.

Air bukan sahaja membantu memudahkan penghadaman, tetapi ia juga membantu hati dan buah pinggang membuang toksin.

Anda boleh menambah satu sudu teh atau lebih jus lemon, limau gedang segar sebagai perasa semula jadi untuk air sebagai dos antioksidan tambahan.

5. Protein tanpa lemak

Protein tanpa lemak, termasuk tauhu, kekacang, dan ikan, mengurangkan tekanan pada hati.

Spesies ikan berminyak seperti salmon dan tenggiri, mengandungi omega-3 dan zink – yang membantu memetabolismekan asid lemak, alkohol, karbohidrat dan protein.

Manakala brokoli dan oat memberikan manfaat kepada anda dan bayi dengan memastikan kalian mendapat nutrien yang diperlukan bagi membolehkan hati berfungsi lebih berkesan.

PETUA TRADISIONAL MERAWAT SELESEMA BAYI

Bayi mengalami demam selsema adalah perkara biasa yang dilalui oleh kebanyakan ibu bapa. Walaupun sering dianggap penyakit yang normal, ibu bapa masih perlu berhati-hati kerana apabila bayi selsema, hidungnya akan mudah tersumbat dan tekaknya akan menghasilkan kahak, ini berisiko menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.

1. SAPUAN DAUN SIREH

Daun sirih terkenal dengan pelbagai khasiat untuk mengubati penyakit. Baru-baru ini, kajian membuktikan daun sireh memiliki minyak yang mengandungi phenol dan dipanggil sebagai chavicol berupaya untuk bertindak sebagai antiseptik.

Cara merawat: Ramas daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung atau rendam dan lenyekkan daun sireh dalam minyak biji sawi lalu sapukan pada dada.

2. MINYAK BAWANG PUTIH

Petua bawang putih tidak dapat dipisahkan dengan budaya kita. Sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan pelepah hidung bayi selsema. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada bayi bawah 2 tahun yang selsema selepas sapuan minyak bawang putih.

Cara buat minyak bawang putih dengan mudah :

Bakar bawang putih tanpa minyak di atas api dapur sehingga melepuh.
Ketuk manja bawang putih sehingga terbelah sedikit.
Campurkan bawang putih tersebut dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
Lenyek dan gaulkan bawang putih bersama minyak tersebut.
Sapu di dada, belakang dan tapak kaki bayi selsema.

3. TIDUR MENINGGIKAN BAHAGIAN KEPALA

Bayi selsema mengalami sukar tidur. Tinggikan kepala bayi selsema semasa tidur untuk bantu bayi bawah 2 tahun yang selsema bernafas dengan lebih lancar dan selesa.

4. KERAPKAN PENYUSUAN/AIR YANG BANYAK

Susukan bayi selsema dengan lebih kerap kerana khasiat susu ibu terbukti dapat pulihkan selsema bayi bawah 2tahun dengan cepat. Bagi anak yang sudah besar, beri anak air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

5. AIR KUNYIT

Kunyit ialah antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selsema. Gosokkan kunyit hidup di permukaan kasar untuk dapatkan airnya. Sapu air kunyit ke batang hidung bayi bawah 2 tahun.

Cara ini boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat dan melegakan pernafasan. Anda boleh juga menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi.

6. MANDIAN LEMON

Mandian lemon dipercayai dapat mengurangkan masalah selsema bayi anda. Caranya mudah sahaja, letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda yang airnya suam-suam kuku, tak terlalu panas untuk pastikan wap lemon terbentuk. Bau dan wapnya membantu mengeringkan hingus bayi. Mandiakan bayi selama beberapa minit dan hidu wap selama 10 minit semasa dalam proses mandi.

CC:   tasneemnaturel
        mamz

CARA ATASI KEMBUNG PERUT BAYI

Perut kembung pada bayi bisa menjadi salah satu penyebab bayi gelisah dan menjadi rewel. Oleh karena itu, penting bagi setiap orang tua untuk mengenali tanda bayi mengalami perut kembung dan cara mengatasinya.Perut kembung pada bayi kerap membuat bayi tidak nyaman, sehingga ia menjadi rewel dan sering menangis tanpa alasan. Sebenarnya,perut kembung pada bayi hingga usia 3 bulan termasuk hal yang wajar, karena memang saluran pencernaannya belum berfungsi sempurna.

Cara Mengatasi Perut Kembung pada Bayi

Jika Si Kecil mengalami gejala perut kembung, ada beberapa cara yang dapat Bunda lakukan untuk mengatasinya, yaitu:

1. Menggerakkan kakinya seperti sedang bersepeda

Letakkan bayi di kasur dengan posisi tidur telentang. Angkat kedua kakinya dan gerakkan seperti sedang mengendarai sepeda. Gerakan ini dapat mengeluarkan gas dari perut bayi.

2. Memijat perut bayi

Letakan bayi dalam posisi tidur telantang, kemudian pijat bagian perut bayi. Anda bisa menggunakan minyak pijat khusus untuk bayi atau minyak telon dengan gerakan memijat searah jarum jam.

Sensasi hangat yang dihasilkan dari minyak telon dapat meredakan perut kembung yang dialami bayi, membuatnya lebih tenang, dan bisa tidur dengan lelap.

3. Mengusap punggung bayi

Letakkan bayi di atas kedua paha dengan posisi perut menghadap ke bawah atau telungkup. Selanjutnya, usap punggungnya secara perlahan.

4. Menyusui dengan posisi yang benar

Susui bayi dengan posisi sedikit tegak agar susu dapat masuk ke dalam perut secara perlahan, sehingga tidak menimbulkan masalah perut.

5. Berikan ASI atau MPASI sebelum bayi lapar

Usahakan untuk menyusui atau memberikan MPASI sebulum bayi merasa lapar. Saat bayi sudah menangis kelaparan, ia akan menelan angin lebih banyak bersamaan dengan makanannya sehingga rentan mengalami perut kembung.

Perut kembung pada bayi bukan hal yang perlu dikhawatirkan. Namun, jangan pula Anda mengabaikan kondisi ini, karena bisa menjadi tanda adanya masalah pencernaan yang serius.

Oleh karena itu, coba periksakan Si Kecil ke dokter bila perut kembung yang dialaminya disertai dengan gejala sulit buang air besar, muntah, atau demam. Dengan begitu, dokter dapat memberikan penanganan yang tepat dan sesuai dengan kondisi Si Kecil.

CC:alodokter

5 TIPS MENGURUT BAYI BARU LAHIR

Aktiviti mengurut bayi sudah menjadi tradisi turun temurun kerana kelebihannya terhadap tahap kesihatan bayi serta cara untuk membina hubungan antara ibu bapa dan si manja. Mengurut bayi terbukti dapat menenangkannya supaya mudah tidur dan melancarkan sistem penghadaman.

Bilakah Bayi Boleh Diurut?

Asalkan anak sudah cukup bulan dan sihat, tiada masalah untuk anda mulakan urutan pada bayi. Bayi pramatang tidak digalakkan untuk diurut sehingga keadaan bayi sudah benar-benar stabil.

Mulakan dengan anggota badan yang kurang sensitif seperti tapak kaki sebelum beralih ke bahagian peha, perut, dan lain-lain.

5 Tips Mengurut Bayi

1. Pilih Minyak Yang Sesuai

Minyak semulajadi seperti minyak zaitun mampu membekalkan nutrisi terbaik pada kulit halus bayi. Sesudu minyak sudah mencukupi untuk urutan seluruh badan bayi. Elakkan minyak beraroma sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya tiga bulan.

Aroma yang ada pada minyak dikhuatiri mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kulit lembut bayi. Losyen bayi juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada minyak untuk tujuan mengurut.

2. Guna Urutan Lembut

Walaupun mengurut bayi ada teknik dan caranya yang tersendiri, namun memadai untuk para ibu bapa mengurut dengan perlahan dan lembut. Urutan tiga kali pada tempat yang sama sehingga merangkumi semua bahagian bayi sudah mencukupi.

Bahagian kaki merupakan tempat paling kurang sensitif untuk bayi. Tapi, sesetengah pakar berpendapat refleksologi kaki saja boleh memacu kesihatan pada tubuh bayi seluruhnya. Oleh itu, kawasan tersebut adalah yang paling sesuai untuk memulakan urutan jika ibu masih teragak-agak dan ‘takut’ mengurut bahagian badan bayi yang masih ‘fragile’.

3. Tetapkan Waktu Rutin

Bayi lebih mudah menerima urutan sekiranya dilakukan pada waktu yang sama setiap hari. Rutin harian ini juga dapat membantu bayi mengagak dan mengatur waktu tidur mereka dengan lebih baik.

2 waktu yang paling sesuai untuk mengurut bayi adalah:

  • Sebelum tidur malam (sebelum menyusu) untuk melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan bayi tenang untuk tidur.
  • Selepas mandi kerana ketika itu bayi berada pada keadaan paling selesa.

4. Berhenti Mengurut Jika Bayi Mula Memberi ‘Isyarat’

Agak sukar untuk mengagak bila kita sudah cukup memberi urutan padanya. Apabila sudah biasa kita sudah boleh membaca gerak gerinya.

Bayi memberi isyarat apabila dia mula hilang tumpuan, nampak kurang selesa, dan mula membengkokkan badan. Ia mungkin petanda bayi menerima rangsangan lebih dari perlu (overstimule), bosan, letih, atau ada keperluan lain. Hentikan sesi mengurut dan cuba lagi pada sesi seterusnya.

5. Bedung Juga Membantu

Kaedah membedung baik untuk bayi kerana dapat mewujudkan suasana selamat dan mengekalkan kehangatan pada tubuh bayi.

Bayi juga dapat dihindarkan daripada terkejut akibat terlebih rangsangan dari persekitarannya. Dengan cara ini, sesi mengurut dapat dilakukan dengan lebih lancar dan bayi lebih mudah menerimanya.

CC: Pantang Plus

JENIS BUAH YANG BOLEH MENAIKKAN BERAT BADAN BAYI

Sebagai orangtua, ibu pasti khawatir jika bayi anda terlalu kurus. Kalau sudah seperti ini, bahagian makanan perlu ditambah agar berat badan anak menjadi ideal. Selain itu, perhatikan kandungan serat dan karbohidrat di dalamnya yang boleh menambah berat badan anak. Makanan bayi yang baik bukan sahaja sihat tetapi juga mampu meningkatkan berat badannya.

1. PISANG SEBAGAI SUMBER KARBOHIDRAT DAN TENAGA

Pisang adalah salah satu buah yang boleh menjadi sumber karbohidrat dan tenaga untuk diberikan kepada bayi sebagai salah satu makanan yang menarik. Ibu boleh memberi anak pisang manis dan masak, supaya bayi dapat menikmatinya semasa makan. Menghidangkan pisang kepada bayi boleh dipotong menjadi kepingan kecil, diproses menjadi puri, dibuat menjadi milkshake dengan penambahan susu ibu, atau hanya dihancurkan menggunakan sudu. Untuk menjadi lebih optimum, ibu boleh memberi 1 atau 1/2 buah setiap hari.

2. PEAR KAYA DENGAN SERAT DAN BESI

Pear adalah salah satu makanan pepejal yang boleh diberikan oleh ibu kepada bayi untuk dapat meningkatkan berat badan mereka. Pear sangat kaya dengan serat, besi, vitamin B6, dan juga vitamin C. Ibu boleh memberikan buah ini dalam puri yang diproses yang juga boleh dicampur dengan kayu manis dan epal di dalamnya. Di samping itu, satu lagi cara untuk memberi pear kepada anak ibu adalah dengan membuatnya dalam bentuk pancake.

3. MANGGA DIBERIKAN KEPADA BAYI BERUSIA LEBIH DARI 12 BULAN

Buah ini sangat disukai oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi orang dewasa, buah mangga yang tidak terlalu masak sering digunakan untuk membuat rojak yang diproses. Tetapi untuk makanan bayi, pilih mangga masak dan manis. Cara ia diproses, ibu boleh menjadikannya seperti puri. Buah mangga boleh diberikan kepada bayi berumur lebih dari 12 bulan. Mangga juga boleh menyediakan pengambilan pemakanan yang diperlukan oleh bayi supaya ia dapat membantu meningkatkan berat badan ideal mereka.

4. BETIK MENGANDUNGI 46 KALORI SETIAP 100 GRAM

 Betik adalah buah yang mudah didapati di kawasan tropika, kandungan kalori dalam betik agak banyak. Betik juga mempunyai kandungan gula semula jadi. Ibu boleh memberi buah ini sebagai salah satu sahabat makanan utamanya. Betik boleh membantu meningkatkan berat badan mereka kerana ia mempunyai 46 kalori setiap 100 gram. Pilih betik yang dimasak kerana teksturnya akan sangat lembut, jadi ia mudah dicerna oleh bayi.

5. KURMA MENGANDUNGI GULA YANG BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN BAYI

Satu lagi jenis buah yang boleh membantu menjadi peningkatan berat badan adalah kurma. Gula dan kalori yang terkandung di dalamnya dipercayai dapat membantu meningkatkan berat badan dengan baik. Ibu boleh memberi kurma kepada bayi berumur 12 bulan ke atas. Jangan lupa untuk memisahkan biji kurma pada buahnya agar tidak dimakan oleh anak. Anda harus memilih kurma yang baik dan boleh dipercayai, jangan pilih tarikh yang telah luput atau tarikh tiruan.

6. ANGGUR DISYORKAN UNTUK BAYI BERUMUR LEBIH DARI 7 BULAN

Buah ini yang berbentuk kecil dan mempunyai warna ungu atau hijau juga boleh menjadi salah satu pilihan buah yang boleh meningkatkan berat badan bayi. Ibu boleh memberi anggur kepada kanak-kanak dalam bentuk jus. Ibu juga boleh memberikannya secara langsung, tetapi jangan lupa untuk memisahkan benih kecil di dalamnya. Anggur tidak disyorkan untuk dimakan pada bayi di bawah umur tujuh bulan.

7. EPAL MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN SEMULAJADI

Epal adalah buah yang agak popular, ia mempunyai kandungan antioksidan semulajadi yang sangat berguna untuk badan bayi. Di samping itu, buah ini juga mempunyai kandungan kalori yang agak tinggi, jadi sangat baik untuk digunakan sebagai pelengkap kepada makanan anak kecil anda supaya mereka dapat menambah berat badan. Ibu boleh mencampurkan epal dan pear bersama-sama dan kemudian memprosesnya seperti puri. Berikan sekali setiap dua hari kepada bayi sebagai iringan kepada makanan utamanya.

MAKANAN TERBAIK UNTUK MENGELAKKKAN BAYI SEMBELIT

Setiap ibu terutamanya akan merasai keperitan anak-anak mereka menahan kesakitan sembelit yang biasa dizahirkan melalui tangisan. Hati ibu bapa mana yang tidak luluh mendengar suara anak-anak mereka menangis kan?, Iya lah anak- anak masih bayi, belum mampu bertutur dan hanya tahu memberi tanda inginkan sesuatu melalui suara tangisan.

Oleh itu, mari kita menambah serba sedikit info mengenai bayi sembelit.

  • PENGAMBILAN SUSU

Kadang-kadang bayi mengalami sembelit atau kesukaran membuang air besar adalah disebabkan pengambilan susu terutama susu formula. Jarang kita dengar bayi yang meminum susu badan iaitu susu ibu mengalami masalah sembelit berbanding bayi yang meminum susu formula. Susu badan adalah susu yang paling baik untuk bayi dan bagus dalam membantu tumbesaran. Namun begitu, jika hanya mempunyai pilihan susu formula, kita boleh mencuba untuk mengurangkan 1 skop susu dalam bancuhan. Jika masih tidak sesuai, boleh merujuk kepada doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan saranan.

  • MAKANAN TINGGI SERAT

Antara cadangan yang banyak membantu bayi mengatasi masalah sembelit adalah dengan memberikan makanan mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk anak-anak yang melebihi 6 bulan ke atas sudah boleh mula mengambil makanan yang sebegini untuk memudahkan najis menjadi lembut dan senang dikeluarkan.Ibu bapa disyorkan untuk menyediakan makanan yang berbentuk puri iaitu makanan yang diproses menjadi lembut seperti cecair, bagi memudahkan bayi menelan dan hadam.

Antara cadangan makanan yang tinggi serat:

1. Brokoli dan sayuran hijau

Sayur brokoli atau sayuran hijau mengandungi tinggi mineral, serat, folat, kalsium dan vitamin C. Pada bayi berusia antara 6-9 bulan, mereka sangat memerlukan komponen gizi seperti berikut. Ibu bapa boleh menyediakan puri brokoli. Untuk bayi 8 bulan ke atas, ibu-ibu boleh melenyekkan brokoli setelah dikukus atas direbus lalu dimasukkan ke dalam bubur. Selain itu, ibu-ibu juga boleh berikan anak makan seperti bentuk “pokok”. Kebiasaannya, najis bayi anda akan menjadi lebih lembut selepas makan brokoli.

2. Ubi keledek / Labu

Ubi keledek antara sayuran yang mengandungi beta karotin dan vitamin C. Gizi ini mampu menguatkan sistem imunisasi anak serta kandungan serat yang tinggi di dalamnya membantu sistem pencernaan. Ubi keledek yang direbus bersifat lembut dan mudah dilenyekkan untuk membentuk puri bagi memudahkan anak menelan.

3. Kacang Pis

Kacang pis mempunyai tinggi protein dan serat untuk membina sistem penghadaman yang sihat.Ibu-ibu jangan lupa untuk lenyekkan kacang pis terlebih dahulu sebelum berikan anak makan. Puri kacang pis ini sesuai untuk bayi seusia 7 bulan ke atas.

4. Puri buah-buahan

Antara buah-buahan yang sesuai untuk bayi sembelit seperti epal, prun, pear, pisang, betik dan sebagainya. Buah-buah mempunyai tinggi kandungan serat yang mampu menyihatkan sistem penghadaman usus bayi dan mengatasi masalah sembelit. Ibu-ibu boleh memotong buah menjadi potongan kiub kemudian dikisar bersama sedikit air sehingga berubah tekstur menjadi lembut dan mudah untuk bayi menelan.

  • AIR YANG MENCUKUPI

Jika bayi mengalami sembelit, antara penyebabnya adalah kerana bayi mengalami kekurangan pelawas dalam usus. Oleh sebab itu, pentingnya merawat bayi sembelit dengan berikan mereka minum air seperti susu atau air minuman biasa. Air yang mencukupi akan memudahkan makanan untuk dihadamkan dan mampu bergerak dalam usus dengan lancar. Air dan susu merupakan cecair yang paling sesuai untuk membantu bayi yang mengalami masalah sembelit.

Disamping itu, ibu bapa boleh mengamalkan kaedah rawatan seperti:

  • Membaringkan bayi dengan kaki berada di atas dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal. Kelebihan melakukan seperti ini adalah ia dapat merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Setiap kali selepas memandikan bayi anda, sapukan minyak telon di perut, betis, belakang badan dan tapak kaki bayi. Kelebihan melakukan adalah dapat mengelakkan bayi kembung perut, sembelit dan cirit- birit.

TANDA-TANDA JANGKITAN TALI PUSAT PADA BAYI BARU LAHIR

Jangkitan tali pusat terjadi di pusat dan kulit di sekelilingnya pada bayi yang baru lahir. Jangkitan ini disebabkan oleh kuman-kuman disekeliling tali pusat dan boleh berlaku sebelum atau selepas tali pusat tertanggal. Ibu bapa perlu mengetahui tanda-tanda jangkitan tali pusat kerana jangkitan ini boleh memasuki salur darah bayi dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seperti jangkitan kuman dalam darah (sepsis).

1. TANDA- TANDA

  • Kulit sekeliling pusat menjadi merah. 
  • Pusat berbau busuk. 
  • Pusat bernanah. 

2. TINDAKAN IBU BAPA

  • Basuh pusat dengan air bersih dan keringkan dengan menggunakan kapas atau kain bersih. 
  • Sapukan swab alkohol (boleh dibeli daripada farmasi) dua kali sehari untuk mengeringkan pusat. 
  • Pastikan lampin anak tidak terkena atas pusat.

3. RUJUKAN KEPADA DOKTOR PERLU APABILA

  • Bayi demam. 
  • Kulit sekeliling pusat bayi merah. 
  • Bayi enggan menyusu, kelihatan tidak bermaya, dan muntah-muntah. 

4. RAWATAN

Ubat antibiotik mungkin perlu diberi jika kawasan kulit di sekeliling pusat kelihatan merah.

CARA PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI BARU LAHIR

Tali pusat bayi memainkan peranan yang sangat penting sewaktu bayi di dalam kandungan. Tali pusat mula terbentuk pada usia janin lebih kurang 5 minggu. Tali pusat ini bersambung dengan ‘placenta’ atau uri dan menyalurkan darah yang kaya dengan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh janin untuk terus hidup dan berkembang di dalam rahim si ibu.

Darah yang telah ternyah-oksigen daripada bayi juga ‘dikembalikan’ kepada uri melalui tali pusat. Jadi tali pusat bolehlah dianggap seperti ‘talian hayat’ bagi bayi.

Setelah bayi dilahirkan, tali pusat yang bersambung dengan uri akan disepit menggunakan ‘cord clamp’ bagi mengelakkan darah daripada uri terus disalurkan kepada bayi.

Jika tidak, ada kemungkinan terlalu banyak darah akan tersalur ke dalam sistem peredaran darah bayi yang boleh membawa pelbagai komplikasi. Tali pusat kemudiannya digunting supaya terpisah daripada uri. Bayi tidak merasa sakit sewaktu tali pusat ini digunting kerana tiada sistem saraf atau deria rasa pada tali pusat.

1. SENTIASA BERSIH

Bersihkan bahagian pusat setiap kali selepas mandi atau menukar lampin. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses tali pusat luruh.

2. KAPAS BERSIH

Sentiasa menggunakan kapas yang bersih dan dibasahkan sedikit dengan air bersih atau cecair dibekalkan hospital/klinik apabila hendak membersihkan kawasan sekeliling pusat bayi.

3. PASTIKAN KERING

Selepas membersihkan pusat, ambil sebiji lagi kapas dan sapu kering di bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.

4. JANGAN TUTUP

Elakkan memakai lampin sehingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkan pusat menjadi lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Kawasan tersebut perlu sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.

5. JANGAN RENDAM DALAM AIR

Oleh kerana tali pusat mengambil masa seminggu lebih untuk luruh maka sepanjang tempoh tersebut, anda mesti mengelakkan daripada memandikan bayi dengan cara merendam keseluruhan badannya di dalam air. Gunakan kaedah mengelap atau mengalirkan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian pusat bayi.

6. PASTIKAN PAMPERS DITUKAR SEGERA 

Pastikan pampers ditukar segera apabila lembab atau anak membuang air. Dikhuatiri najis akan terkena tali pusat dan mencemarkannya. Jangan tarik tali pusat bila tali pusat tu hampir tertanggal, boleh menyebabkan pendarahan pada tali pusat. Biarkan tali pusat jatuh sendiri. Jangan sapu minyak gamat atau apa jenis minyak sapu selain dibekalkan hospital. Jangan sapu bedak atau losyen di kawasan tali pusat. Bedak tidak membantu mengeringkan tali pusat.

7. TANDA JANGKITAN

Perhatikan tanda jangkitan pada tali pusat bayi seperti:

– Bayi demam tinggi
– Kemerahan
– Nanah keluar dari tali pusat
– Bengkak luar biasa sekitar tali pusat.
– Bau yang kurang enak pada tali pusat dan sekitar pusat.

Jangkitan pada tali pusat boleh membahayakan nyawa bayi jika lewat dirawat kerana kuman dikhuatiri akan menjangkit ke organ sekitar dan merebak hingga ke dalam salur darah. Segera ke klinik kesihatan terdekat jika terdapat tanda seperti tersebut bukannya upload dalam mana-mana group untuk bertanya-tanya.

TIPS SENDAWAKAN BAYI

Selalu kalau selepas menyusukan si manja, ibu ada cuba sendawakan bayi tak? Jika tidak, ini cara mudah sendawakan bayi yang boleh dicuba. Percayalah, pasti mereka takkan meragam.

Bahagian penting dalam sesi penyusuan adalah untuk membuatkan bayi sendawa. Ini kerana ia bantu menyingkirkan sebahagian udara yang cenderung tertelan oleh bayi semasa menyusu. Bayi yang tidak disendawakan dan menelan udara terlalu banyak sering kali akan terjeluak atau memuntahkan kembali susu. Mereka juga sering meragam disebabkan ketidakselesaan yang dialami kesan kembung perut dan berangin. Sebab itulah penting untuk ibu ayah mengetahui cara mudah sendawakan bayi.

Sendawa adalah penting untuk dilakukan kepada bayi tidak kira pada siang atau malam hari. Adakalanya si manja mungkin terlelap ketika penyusuan, namun itu bukan bermakna anda tidak perlu sendawakan mereka. Bayi yang sudah dibantu untuk bersendawa dikatakan akan mendapat tidur dengan lebih lena. Tidak dinafikan, apabila si kecil tertidur semasa menyusu, ibu akan berasa serba salah. Risau seandainya pergerakan ketika cuba menyendawakan bayi akan membuatkan mereka terjaga, betul tak?

Walau apa pun, ibu masih perlu mencuba cara sendawakan bayi selepas menyusu selama beberapa minit sebelum meletakkan mereka kembali ke tempat pembaringan. Jika tidak, akan ada kemungkinan untuk mereka terjaga kerana rasa sakit disebabkan gas yang terperangkap. Sememangnya ada bayi yang tidak bersendawa, tidak kira sama ada dengan sendiri atau melalui bantuan anda. Seandainya, si manja berada dalam kelompok yang perlu disendawakan, ada pelbagai cara mudah sendawakan bayi yang boleh anda cuba walaupun ketika mereka sedang tidur.

CARA MUDAH SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU

  • Lindungi pakaian anda dengan meletakkan kain sebagai pelapik antara pakaian dan mulut bayi
  • Pastikan anda sentiasa menyediakan bekalan untuk pakaian, napkin bayi dan bib sekiranya si manja terjeluak
  • Kebanyakan bayi dapat disendawakan melalui tepukan atau gosokan lembut. Namun ada juga si manja yang mungkin memerlukan sentuhan yang lebih kuat sedikit untuk bersendawa
  • Fokuskan pada bahagian kiri belakang badan, yang merupakan posisi perut si kecil

POSISI TERBAIK

1. DI BAHU

Sandarkan bayi pada bahu anda. Letakkan sebelah tangan pada bahagian punggung si kecil sebagai sokongan untuk tubuh mereka. Kemudian, lakukan tepukan atau gosok secara perlahan di bahagian belakang tubuh mereka dengan tapak tangan sebelah lagi.

2. BARINGKAN BAYI PADA PEHA

Baringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha anda – perut si manja berada di sebelah kaki, manakala bahagian kepalanya di bahagian kaki lain. Angkat sikit bahagian dada dan letakkan sebelah tangan anda untuk menyokong dan memegangnya dengan selamat. Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.

3. POSISI DUDUK

Pegang bayi seperti dalam kedudukan duduk di atas pangkuan paha anda. Bongkokkan tubuh bayi sedikit ke hadapan. Berikan sokongan pada kepada dan dada mereka menggunakan sebelah tangan anda. Sebelah tangan lain pula, berikan tepukan atau gosok secara perlahan belakang badan si manja.

 4. SAMBIL BERJALAN

Posisi ini hanya disarankan untuk dilakukan kepada bayi yang sudah mampu mengawal kepala mereka sendiri. Anda boleh mendukung bayi pada bahagian dada dan biarkan muka si manja menghadap ke luar. Pastikan sebelah tangan anda memberikan sokongan pada bahagian bawah badan mereka. Letakkan sebelah tangan lain pada bahagian bawah perutnya untuk memberikan tekanan ringan.

CARA MUDAH SENDAWAKAN BAYI TIDUR

 1. DISANDARKAN DI ATAS BAHU

Merupakan kedudukan yang paling mudah jika ingin membantu bayi mengeluarkan gas ketika tidur tanpa membangunkan mereka. Letakkan mereka di bahu dan pegang bahagian bawah badan dengan selesa semasa anda menepuk atau menggosok belakang badan si manja.

2. SANDARKAN PADA DADA

Sama seperti kedudukan di atas, cuma bezanya bayi berada pada bahagian dada anda. Posisi ini mungkin lebih selesa jika anda sedang duduk di atas sofa. Bayi akan membengkokkan kakinya seakan posisi katak – ia sekali gus membantu mengeluarkan lebih banyak gas. Jika perlu, gosokan secara perlahan bahagian belakang si manja.

3. DI PANGKUAN ANDA

Dengan perlahan-lahan, letakkan bayi seperti posisi berbaring di pangkuan anda untuk membuatnya bersendawa. Tetapi anda harus ketahui, dalam posisi ini, si manja mungkin akan lebih cenderung mengalami muntah susu.

4. PADA LENGAN

Cara ini mungkin janggal, khususnya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa. Tetapi cara sendawakan bayi selepas menyusu ini adalah teknik terbaik untuk bayi baru lahir atau si manja yang bersaiz kecil kerana tubuh mereka dapat muat dengan sebaiknya pada lengan anda. Pastikan kepala bayi berada pada bahagian sudut siku. Tepuk atau gosok perlahan belakang badan si manja sehingga mereka mengeluarkan gas.

5 PUNCA MENGAPA ANAK MENGALAMI DEMAM

Menurut Seattle Children’s Hospital, ada beberapa sebab mengapa anak mengalami demam. Sebab utama jangkitan ialah :

  • Jangkitan yang sedang menular

Jangkitan yang sedang menular seperti demam panas atau selesema. Anak yang duduk di daycare adalah 7 kali lebih mudah dijangkiti jangkitan ini.

  • Jangkitan bakteria

Jangkitan bakteria sering terjadi pada bayi perempuan.

  • Demam selepas diberi vaksin

Dalam masa 12 jam pertama selepas dicucuk vaksin, biasanya bayi akan demam dan ia adalah perkara normal.

  • Terlampau panas
  • Bakteria sinus