KAEDAH MENJAGA LUKA EPISIOTOMI UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN

KAEDAH MENJAGA LUKA EPISIOTOMI UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN

Episiotomi adalah pembedahan guntingan yang dibuat di antara faraj dan dubur (perineum). Ia digunakan untuk membesarkan faraj sebelum bersalin. Selepas bayi dilahirkan, jahitan digunakan untuk menutup insisi dan juga memperbaiki semua koyakan.

Merawat jahitan episiotomi semasa pemulihan selepas bersalin akan mengurangkan risiko jangkitan dan dapat membantu mengurangkan kesakitan. Menurut Dr Ivan Lee Kick Kit, KPJ Seremban Specialist Hospital, bagi menjalankan episiotomi, suntikan bius lokal akan diberikan. Hanya ketika kecemasan episiotomi, bius lokal tidak akan akan diberi. Proses menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan luka episiotomi adalah tidak terlalu rumit.

Beberapa langkah di bawah boleh dilakukan oleh para ibu:

  • Tuala wanita harus ditukar setiap 2 hingga 4 jam
  • Kawasan perineum hendaklah dicuci sehingga benar-benar bersih setiap kali selepas membuang air
  • Kawasan episiotomi perlu sentiasa kering dan bersih
  • Larutan antiseptik yang dibekalkan hendaklah disapu pada tempat jahitan 2 hingga 3 kali sehari
  • Amalan pemakanan seimbang dan berkhasiat boleh menggalakkan proses penyembuhan luka

Info tambahan:

Sitz bath boleh dilakukan oleh para ibu dengan merendam bahagian faraj ke dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam bagi membantu proses penyembuhan luka. Ia dapat mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan pada luka jahitan. Selain itu, ia juga dapat membantu menggalakkan proses penyembuhan dan membersihkan kawasan perineum.

Kredit gambar: Laman web mice-group.com

TEKNIK MENERAN YANG BETUL

Ramai mempunyai pendapat mereka sendiri apabila berbincang tentang teknik meneran yang betul. Setiap ibu yang pernah melahirkan pasti mempunyai pengalaman mereka sendiri terutamanya pengalaman meneran bayi mereka.

Yang pasti, meneran merupakan kemahiran yang ibu perlu dan wajib ketahui sebelum mereka bersalin. Ini kerana meneran dengan betul merupakan salah satu faktor penting dalam memudahkan proses kelahiran bayi mereka. Ianya juga dapat mengelakkan komplikasi daripada berlaku kepada ibu dan juga bayi mereka.

Namun tidak dinafikan bahawa ramai ibu sering tertanya tanya tentang teknik meneran yang betul terutamanya bagi mereka yang bersalin buat pertama kali. Selain daripada tidak mempunyai pengalaman dengan meneran mereka juga pasti keliru tentang teknik meneran yang betul disebabkan pendapat yang berlainan daripada orang lain. Para ibu seharusnya mendapatkan teknik meneran yang betul daripada pakar.

Menurut pakar, teknik meneran yang  betul adalah seperti di bawah:

  1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
  2. Mata memandang ke arah perut.
  3. Tangan pegang pergelangan kaki.
  4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  5. Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.
  6. Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
  7. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
  8. Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).
  9. Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
  10. Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
  11. Dengar arahan jururawat dan doktor
  12. Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.


Postur badan perlu dipastikan sesuai supaya memudahkan ibu untuk meneran. Caranya ialah dengan;

  • Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
  • Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
  • Bahagian belakang akan ditinggikan bahagian sedikit.

Cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan

PRO DAN KONTRA BERSALIN SECARA NORMAL DAN C-SECTION

PRO

Sesetengah kelebihan untuk ibu yang bersalin secara normal ialah ibu akan mempunyai hubungan lebih awal dengan bayi yang baru lahir daripada seorang ibu yang bersalin secara pembedahan, dan dia dapat memulakan penyusuan bayi lebih cepat. ibu yang bersalin secara normal lebih pendek waktu pemulihan berbanding c-section.

Semasa bersalin secara normal, otot-otot yang terlibat dalam proses ini lebih cenderung untuk memerah cecair yang terdapat pada paru-paru bayi, ini sangat bermanfaat, kerana jika tidak, bayi lebih cenderung mengalami masalah pernafasan semasa kelahiran. Bayi yang dilahirkan secara normal juga menerima dos awal bakteria yang baik ketika mereka melalui saluran kelahiran ibu mereka, ia boleh meningkatkan sistem imun mereka dan melindungi saluran usus mereka.

Jika bayi itu besar semasa bersalin secara normal, salah satu risiko adalah bayi itu mungkin cedera semasa proses kelahiran itu sendiri, mengakibatkan kulit kepala lebam atau tulang selangka patah.

KONTRA

Semasa bersalin, terdapat risiko bahawa kulit dan tisu di sekeliling vagina dapat meregangkan dan mengoyakkan, sementara janin bergerak melalui saluran kelahiran. Jika regangan dan luka parah teruk, seorang ibu mungkin memerlukan jahitan atau ini boleh menyebabkan kelemahan atau kecederaan pada otot punggul yang mengawal air kencing dan fungsi ususnya.

Sesetengah kajian mendapati bahawa wanita yang bersalin secara normal lebih cenderung mempunyai masalah dengan usus atau inkontinensia kencing daripada ibu yang bersalin secara pembedahan. Mereka juga mungkin lebih cenderung untuk membuang air kencing apabila mereka batuk, bersin atau ketawa.

Selepas bersalin, seorang ibu juga mungkin mengalami kesakitan yang berlarutan di perineum, kawasan antara vagina dan dubur.

BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

C-SECTION adalah prosedur pembedahan di mana hirisan dibuat di bahagian bawah abdomen dan rahim untuk menarik bayi keluar.

C-sec hampir selalu dianggap sebagai prosedur kecemasan untuk kelahiran vagina yang rumit atau pada pesakit dengan kontraindikasi kelahiran vagina seperti pelvis kecil, bayi besar, pembedahan perut sebelumnya, komplikasi perubatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain; Kini konsep Caesarean elektif semakin popular. Ini adalah keadaan di mana ibu bapa yang mengandung memilih untuk menjalani pembedahan pada mulanya.

PRO

Ibu bersalin secara pembedahan biasannya kurang tekanan berbanding ibu bersalin melalui vagina, masa pembedahan juga adalah singkat. bayi yang lahir secara pembedahan tiada risiko kecederaan dikepala dan juga tiada risiko anoxia.

BERSALIN NORMAL

KONTRA

Ibu yang bersalin secara pembedahan mempunyai risiko kehilangan darah yang banyak dan perlu tinggal di hospital dalam tempoh yang panjang, tempoh pemulihan juga agak lama berbanding ibu bersalin secara Normal. untuk kehamilan seterusnya, biasannya ibu akan melalui proses yang sama iaitu bersalin secara pembedahan. bayi yang lahir secara pembedahan lazimnya mengalami masalah kesukaran bernafas.

BERSALIN C-SECTION