Ramai mempunyai pendapat mereka sendiri apabila berbincang tentang teknik meneran yang betul. Setiap ibu yang pernah melahirkan pasti mempunyai pengalaman mereka sendiri terutamanya pengalaman meneran bayi mereka.

Yang pasti, meneran merupakan kemahiran yang ibu perlu dan wajib ketahui sebelum mereka bersalin. Ini kerana meneran dengan betul merupakan salah satu faktor penting dalam memudahkan proses kelahiran bayi mereka. Ianya juga dapat mengelakkan komplikasi daripada berlaku kepada ibu dan juga bayi mereka.

Namun tidak dinafikan bahawa ramai ibu sering tertanya tanya tentang teknik meneran yang betul terutamanya bagi mereka yang bersalin buat pertama kali. Selain daripada tidak mempunyai pengalaman dengan meneran mereka juga pasti keliru tentang teknik meneran yang betul disebabkan pendapat yang berlainan daripada orang lain. Para ibu seharusnya mendapatkan teknik meneran yang betul daripada pakar.

Menurut pakar, teknik meneran yang  betul adalah seperti di bawah:

  1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
  2. Mata memandang ke arah perut.
  3. Tangan pegang pergelangan kaki.
  4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  5. Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.
  6. Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
  7. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
  8. Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).
  9. Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
  10. Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
  11. Dengar arahan jururawat dan doktor
  12. Elakkan menjerit â€“ jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.


Postur badan perlu dipastikan sesuai supaya memudahkan ibu untuk meneran. Caranya ialah dengan;

  • Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
  • Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
  • Bahagian belakang akan ditinggikan bahagian sedikit.

Cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan