CARA MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN

Memberi bayi anda dengan susu badan merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu. Namun tidak dinafikan, bukan semua individu dapat menyusukan bayi dengan sepenuhnya tanpa memberikan susu formula. Jadi apakah cara banyakkan susu badan?

Terdapat sesetengah individu, yang tidak perlu untuk melakukan apa-apa untuk memperbanyakkan kuantiti susu dan memperolehi susu dalam jumlah yang melimpah ruah. Kita boleh anggap ia sebagai rezeki bayi tersebut untuk menyusu sehingga cukup usia 2 tahun.

Namun, tidak dinafikan terdapat sesetengah individu yang mengalami kesukaran untuk memperolehi susu badan. Ia sama ada susu yang keluar hanya dalam jumlah yang sedikit atau mungkin tidak ada susu yang keluar langsung. Sudah tentu perkara sebegini mendatangkan tekanan kepada individu yang bergelar ibu, bukan?

Jangan risau, berikut dikongsikan beberapa petua dan cara banyakkan susu badan yang boleh anda amalkan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang anda hadapi sekarang. Selamat mencuba!

9 CARA BANYAKKAN SUSU BADAN

1. KERAP MENYUSU

Antara cara banyakkan susu badan yang kerap didengar adalah dengan memastikan anda menyusukan bayi dengan lebih kerap. Jumlah kekerapan yang disarankan adalah dalam lingkungan 10 hingga 12 kali sehari (iaitu dalam tempoh 24 jam).

Ini kerana perbuatan ini dipercayai dapat merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu.

2. BERTENANG

Tekanan yang anda alami apabila berdepan kesukaran untuk menyusukan bayi boleh dianggap sebagai punca penghasilan susu terganggu dan berkurangan. Sebaiknya, apabila hendak menyusukan bayi atau sedang menyusukan bayi, pastikan anda dalam keadaan yang bertenang dan sentiasa berfikiran positif.

 

3. POSISI DAN KEDUDUKAN

Memastikan anda berada dalam posisi dan kedudukan yang betul sepanjang tempoh menyusukan bayi anda juga boleh dianggap sebagai cara banyakkan susu badan. Tentukan posisi anda dan bayi adalah dalam keadaan yang betul dan selesa.

 

4. PERBANYAKAN MINUM AIR

Ini merupakan petua dan cara banyakkan susu badan yang paling penting dan wajib untuk dilakukan. Anda perlu memperbanyakkan minum air, jika tidak sudah tentu susah untuk penghasilan susu yang banyak. Air kosong, okay? Bukan air manis atau air berkarbonat.

 

5. SUPPLY DAN DEMAND

Anda perlu tahu apakah maksud supply dan demand dalam konteks penyusuan ini, iaitu semakin banyak susu yang dikeluarkan, bermakna semakin banyak susu akan dihasilkan. Jadi kesimpulan yang mudah, susukan bayi anda sekerap yang mungkin apabila dia mahukan susu.

 

 

6. ADA JADUAL KE ?

Sebenarnya tidak wujud jadual untuk menyusukan bayi, cuma yang ada hanyalah jadual untuk mengepam susu. Jadi susukan bayi anda pada bila-bila masa yang diingininya. Tidak usah mengikut jadual.

 

7. PAM SUSU BADAN

Rajinkan diri anda untuk mula mengepam susu badan seawal ketika masih dalam pantang. Ini untuk membantu memastikan bahawa stok susu akan sentiasa anda.Pastikan susu perahan disimpan dalam peti ais bahagian sejuk beku atau freezer box (jika anda mempunyai kemampuan untuk membelinya). Jangan lupa untuk labelkan dengan tarikh.Kerajinan anda mengepam susu badan juga dapat membantu mengosongkan payudara. Ini dapat menghindari daripada berlakunya masalah susu bengkak, yang cenderung mengakibatkan ibu mengalami demam atau masalah kesihatan lain.

 

8. PEMAKANAN

Sememangnya susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan pastinya dapat membuatkan bayi menjadi lebih kenyang.Untuk cara banyakkan susu badan ini, anda boleh mengamalkan pemakanan yang berfungsi sebagai penggalak susu atau milk booster dalam diet pemakanan seharian anda.Walaupun makanan berikut tidak diuji secara saintifik, tetapi tidak salah untuk mencuba. Antara makanan yang boleh anda ambil sebagai penggalak susu adalah seperti kurma dan madu, sayuran berdaun hijau, biji halba, lobak putih dan lobak merahSetiap hormon dalam badan individu adalah berbeza. Jadi mungkin terdapat makanan yang berfungsi penggalak susu bagi individu tertentu, tetapi tidak berkesan kepada anda.Apa yang penting adalah anda harus mencuba dan melihat dahulu keberkesanan serta kesesuaiannya.

 

9. MENGURUT

Cara banyakkan susu badan ini mungkin tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Tetapi tidak salah untuk mencuba, bukan? Cara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurut perlahan kawasan payudara dan belakang badan anda.Ia dipercayai berkesan untuk penghasilan susu badan yang lebih baik.Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada suami atau ahli keluarga seperti ibu anda untuk membantu mengurut anda jika anda mendapati sukar untuk mengurut sendiri.Jika berkemampuan, anda boleh dapatkan khidmat bidan (midwife) yang tahu dan boleh mengurut.

BERSABAR

Ada masanya tidak dinafikan, setelah mencuba dan melakukan pelbagai cara dan petua, kita akan berasa putus asa dan tertekan. Bersabarlah dan jangan pernah putus asa.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, bukan? Jika petua dan cara banyakkan susu badan yang dikongsikan masih tidak dapat membantu anda, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar yang bertauliah. Teruskan mencuba!

CC:hellodoktor

CARA UNTUK ATASI RUAM EKZEMA

Ekzema adalah keradangan kronik yang dicetuskan oleh ketidakupayaan badan untuk menghasilkan sel lemak yang cukup dikenali sebagai ceramides.

Punca ekzema masih belum dapat dipastikan tetapi yang pastinya ruam atau bintik yang menyebabkan pipi si manja menjadi kemerahan, bersisik dan gatal ini bukanlah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.

CARA MERAWAT MASALAH EKZEMA PADA BAYI

Antara gejala ekzema biasa pada bayi adalah kulit kering dengan ruam merah, bersisik dan gatal.

Ibu boleh membantu melegakan simptom pada bayi dengan cara berikut:

1. Sapu ubat ekzema selepas mandi bantu atasi ruam susu pada bayi

Semasa mandi, cuba rendam seluruh badan bayi terutama yang terkena ekzema untuk mendapatkan kelembapan sepenuhnya. Bilas dengan air bersih.

Kemudian sapukan krim berubat atau salap ekzema dalam masa tiga minit selepas keluar dari tab mandi untuk memastikan kulit sentiasa lembap.

2. Pilih sabun bayi yang selamat

Bagi mengelakkan kerengsaan kulit menjadi lebih teruk akibat ekzema susu, idea yang baik adalah untuk memilih sabun mengandungi bahan hipoalergenik, tidak berwarna mahupun ditambah pewangi.

Biasanya sabun wangi dan berwarna mengandungi bahan kimia yang boleh memburukkan lagi masalah ekzema.

3. Gunakan pelembap kulit yang selamat

Pilihlah pelembap hipoalergenik yang lembut, pH seimbang dan mengandungi bahan organik. Seelok-eloknya, pelembap pilihan anda juga harus mengandungi ceramida – berfungsi untuk membaiki tisu kulit sensitif bayi.

Baca dan perhatikan bahan-bahan dalam pelembap pada produk bayi. Sapukan pelembap sekurang-kurangnya 3-5 minit selepas memandikan bayi.

Elakkan juga memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan yang sering mencetuskan kegatalan atau kerengsaan seperti kain bulu atau sintetik.

Semoga masalah ruam kemerahan pada pipi si kecil akan bertambah baik. Pun begitu, jika masalah ruam susu pada bayi tidak pulih atau bertambah teruk, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian dan penyelesaian yang berkesan.

CC:hellodoktor

CARA MEMERAH SUSU BADAN DENGAN TANGAN

Belajar memerah susu menggunakan tangan adalah satu kemahiran yang sangat berharga bagi semua ibu yang menyusukan anaknya tidak kira apa kerjaya mereka. Teknik marmet ini adalah kaedah memerah menggunakan tangan yang menggabungkan teknik memerah susu dan urutan bagi merangsang MER

LANGKAH-LANGKAH TEKNIK MARMIT

Sebelum anda memulakan teknik marmet, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu. Selepas tu, lakukan urutan bagi memastikan proses perahan berjalan dengan lancar.

MENGURUT

Tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah2 seperti berikut :

Massage

Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke areola. tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan.

Stroke

Dengan menggunakan kelima2 jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh “mengikat” payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke areola

Shake

Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susuibu.

MEMERAH

Langkah 1.0

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakal jari telunjuk dan jari tengah diketakkan bawah aerola (kedua2 jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam.

Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6

marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi.

3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semua dengan melakukan pergerakan picit – lepas, picit – lepas.

4) ualng langkah 1 -2 sehingga aliran susu berkurangan.

marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5, 4,3,2 dan 1. Lakukan gerakkan memerah sama seperti langkah 1 -4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

7) beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

Langkah 2.0

Melancarkan Aliran Susu

1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima2 jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebeum beralih ke tempat lain.

2) Usap payudara bermual daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenagkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.

CC:mamaqaireen
mamasfirstchoise

KELEBIHAN BERSENAM SELEPAS BERSALIN

Setiap ibu yang baru tamat tempoh berpantang akan tertanya-tanya, “Bilakah saya boleh mula bersenam selepas bersalin untuk kurangkan berat badan ini?”

Jawapan kepada soalan ini berbeza dalam setiap kes individu. Ibu yang telah melahirkan anak secara Caesarean akan memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding mereka yang melahirkan anak secara semula jadi.

Sebelum memulakan rutin bersenam, pastikan badan anda sudah bersedia dan dapatkan pengesahan ini daripada doktor.

Kelebihan bersenam selepas bersalin

Mengembalikan bentuk badan sebelum hamil bukan satu perkara mudah bagi ibu selepas bersalin. Tempoh kehamilan banyak memberi perubahan dari segi fizikal dan mental kepada ibu.

Berikut adalah 5 kelebihan senaman selepas bersalin yang ibu perlu tahu:

1. MENGURANGKAN BERAT BADAN
Pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan ketika berpantang. Selain meningkatkan tahap kecergasan bersenam dapat membantu mengurangkan masalah berat badan.

2.MENGUATKAN OTOT
Senaman otot selepas bersalin membantu menguatkan otot dan mengembalikan kemantapan otot abdomen dan faraj. Senaman sangat penting untuk pemulihan otot selepas bersalin.

3.MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Kajian mendapati bersenam mampu membantu perjalanan darah daripada jantung ke seluruh badan. Selain itu dapat mengurangkan tekanan dan menguatkan otot jantung.

4.KEMBALIKAN TIDUR BERKUALITI
Senaman terbukti dapat menghasilkan hormon yang baik untuk kesihatan. Hormon endorphin adalah hormon semula jadi yang dihasilkan oleh badan boleh mengelakkan masalah kemurungan.

5.BERSENAM BAIK UNTUK OTAK
Bersenam juga baik untuk otak. Ia mampu melancarkan perjalanan darah dan membawa oksigen ke otak. Dapat mengurangkan keradangan dan meransang hormon untuk pertumbuhan sel otak. Senaman mampu meningkatkan daya pemikiran dan membantu mengurangkan risiko penyakit nyanyuk pada hari tua.

TIPS MELAKUKAN PERJALANAN JAUH UNTUK IBU HAMIL

Semasa mengandung, ada kalanya anda perlu menempuh perjalanan jauh seperti balik kampung, urusan kerja ke luar bandar atau menemani suami ‘outstation’ yang mungkin mengambil masa lebih daripada lima jam.

Tidak seperti perjalanan biasa, perjalanan jarak jauh semasa mengandung memerlukan persiapan khusus untuk perkembangan janin dalam rahim tetap selamat. Jom kita semak 8 tips penting buat ibu mengandung sebelum menempuh perjalanan jauh.

1. MEMILIH WAKTU TERBAIK

Waktu terbaik untuk ibu hamil merancang perjalanan jauh adalah pada fasa kedua kehamilan antara 14-28 minggu, hal ini kerana risiko keguguran dan kelahiran pra-matang adalah lebih rendah. Sekiranya ibu dan bayi dalam kandungan sihat maka anda dibenarkan sehingga 36 minggu untuk menempuh perjalanan jauh. Kebanyakan masalah kandungan berlaku pada fasa pertama dan fasa ketiga kehamilan.

2. RANCANG PERJALANAN

Sila bertemu dengan doktor dan berbincang mengenai rancangan perjalanan jauh anda sebelum memulakan perjalanan.Pastikan ibu tidak memandu seorang diri, sebaiknya ajaklah sekurang-kurangnya seorang teman seperti suami, sahabat atau ahli keluarga sendiri yang menemani sepanjang perjalanan.

 

3. SEDIAKAN MAKANAN

Hindari perjalanan jauh dengan perut yang kosong, apa lagi jika ibu kerap mengalami morning sickness dan anemia, sediakan makanan ringan seperti biskut atau roti dan juga air putih secukupnya untuk mencegah rasa mual.Sediakan juga beg plastik jika ibu ingin muntah, hal ini biasa terjadi semasa berada di trimester pertama.

 

4. SEDIAKAN DOKUMEN PENTING

Pastikan buku pink/merah klinik kerajaan atau kad rawatan susulan kehamilan swasta dikemaskini dan dibawa kemana-mana anda berada, hatta nak membeli belah pun WAJIB bawa buku tersebut ibarat sepertimembawa kad pengenalan anda. Ini amat penting sekiranya berlaku kes kecemasan.

 

5. SEDIAKAN UBAT UBATAN

Siapkan ubat-ubatan, vitamin kehamilan dan kit kecemasan di dalam beg anda sebagai persiapan sepanjang tempoh perjalanan.Sediakan kelengkapan yang membuat ibu merasa selesa contohnya seperti jaket dan bantal.

6. UTAMAKAN KESELAMATAN PERJALANAN

Perjalanan yang paling selamat adalah wajar diutamakan. Sebagai contoh perjalanan menggunakan lebuhraya adalah lebih selamat berbanding jalan biasa walaupun ianya lebih jauh sedikit berbanding jalan biasa.

7. DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURANS

Para ibu hamil boleh meminta klinik kesihatan yang menjaga anda untuk memaklumkan kepada klinik kesihatan di kampong/destinasi yang dituju berkenaan kepulangan/ketibaan anda kesana serta dapatkan perlindungan takaful/insurans(jika ada) buat ibu hamil sekiranya berlaku kes kecemasan di sepanjang percutian.

8. SEDIAKAN KELENGKAPAN BERSALIN

Jika umur kandungan 28 minggu dan ke atas. Siapkan juga satu beg kecil perkakas ibu dan bayi selepas bersalin. Ini bagi menangani risiko kelahiran bayi samada cukup bulan atau pra matang sekiranya berlaku selepas menempuh perjalanan jauh.

 

 

 

CC:mamapride

KEBAIKAN RENDAM KAKI DALAM BANCUHAN GARAM

Terbukti merendamkan kaki dalam air panas dicampurkan dengan sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi lebih tenang. Merendam kaki juga dapat membuat kaki kita menjadi lebih ringan.

Ianya juga sememangnya dipercayai dapat menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas. Disebabkan oleh campuran garam dan air panas tersebut, ternyata ianya akan memberikan kesan yang berbeza kerana khasiat daripada garam tersebut.

Garam bukit memang sesuai digunakan untuk perubatan dan kesihatan. Kalau ada yang berminat nak jadikan aktiviti ini rutin mingguan boleh baca kebaikannya bukan setakat untuk kaki sahaja.Begitu juga bagi wanita hamil dan yang sedang berpantang bagi menjaga kesihatan diri.

Kebaikan Rendam Kaki Dalam Bancuhan Air Garam

1.UNTUK MENGHILANGKAN BAU PADA KAKI

Selepas kita membuka kasut, kadangkala ada bau yang tidak sedap bebas ke udara. Ternyata bau tersebut adalah daripada kaki kita. Keadaan ini sangat mengganggu kehidupan kita, apatah lagi ketika berada di tempat-tempat awam.

Orang yang berdekatan dengan kita boleh terganggu dengan bau tersebut. Jika mengalami masalah ini, cubalah untuk merendam kaki denagan air panas dan garam. Ini kerana air garam boleh menghilangkan bakteria yang ada pada kaki.

2. DAPAT MENGATASI MASALAH KULIT KAKI PECAH-PECAH DAN KASAR

Merendam kaki di dalam air panas dicampurkan dengan garam dapat menanggalkan kulit mati dan dapat merawatnya. Untuk kaki pecah-pecah dan kasar, atasilah maslah untuk dengan rendama kaki ini.

3. DAPAT MENGATASI SELSEMA, DEMAM, DAN BATUK

Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki di dalam air panas bercampur garam. ini kerana proses rendaman kaki tersebut membuat tubuh kita menjadilebih segar dan sakit akan berkurangan.

4. MELEGEKAN SAKIT KEPALA

Selain selsema, rendaman kaki dengan air panas dan garam juga bermanfaat untuk rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang kadang kala berlaku kerana perubahan cuaca secara mendadak memang menyekat aktiviti seharian anda, jadi boleh cuba aktiviti ini untuk mengurangkan tekanan pada pembuluh darah disebabkan perubahan cuaca.

5. UNTUK MENENAGKAN JIWA

Proses rendaman air panas dan garam juga dapat menenangkan jiwa dan memberikan kesegaran pada tubuh kita. Apabila pengaliran darah di kaki menjadi lebih baik, ianya mengurangkan stress pada badan dan minda kita.

6. PERJALANAN DARAH MENJADI LANCAR

Air Panas yang telah dicampurkan dengan garam juga amat bermanfaat untuk memperlancarkan perjalanan darah. Tidak hanya air panas bergaram, tetapi juga air panas biasa.

7. DAPAT MENGHILANGKAN KUMAN DAN BAKTERIA YANG BERSARANG DI KAKI

Segala kuman dan bakteria penyebab kaki berbau, kaki menjadi kasar akan dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki menggunakan air panas yang dicampurkan dengan garam.

Haa itulah antara 7 kebaikan merendam kaki di dalam air panas dan garam, tetapi haruslah diingat ianya juga bergantung kepda kesesuaian diri kita juga, jika mengalami masalah alahan terhadap air rendaman, silalah hentikannya dengan segera dan dapatkan nasihat dari doktor.

CC:petuaibu

KEPENTINGAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

1.PERUBATAN
 
Dari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.
Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
 
 
2.PEMAKANAN
 
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah ‘gatal’ seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.
Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan ‘disalurkan’ melalui susu ibu kepada bayi.
Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
 
 
3.PERUBAHAN MENTAL

 

Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.
Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.
Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.
Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.
 
 
 
CC:darlinghanie

AMALAN BERPANTANG SECARA TRADISIONAL

Ramai wanita zaman moden masa kin yang bekerjaya sepenuh masa sering mengabaikan kepentingan berpantang selepas bersalin secara tradisional. Amalan berpantang selepas beralin secara tradisional semakin mudah dilupakan dan dianggap leceh serta memerlukan ketelitian dalam segala aspek.

Terdapat beberapa amalan tradisional yang boleh  dilakukan sewaktu berpantang untuk ibu melalui tempoh pemulihan daripada baru bersalin.

1.Bertangas

Perubatan secara tradisional masih mendapat perhatian ramai dinegara ini kerana ia terbukti bermanfaat. Salah satu amalan baik untuk ibu yang baru bersalin ialah ‘bertangas’.
Tujuan utama bertangas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah daun senduduk dan sabut kelapa. Asap daripada bahan tersebut diasapkan pada selurnh anggota badan ibu. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa pantang dapat memberi kesegaran kepada tubuh ibu tersebut. Kulit ibu akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas itu.

2.Bertungku

Satu lagi amalan tradisi yang perlu dilakukan oleh ibu dalam pantang ialah bertungku. Ia dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri.
Bahan yang dijadikan tungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu ini perlu dipanaskan terlebih dahulu. Setelah panas, batu tungku tadi hendaklah dibalut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan wanita berkenaan terutama bahagian perut.
Bertungku dikatakan boleh menghindarkan kulit perut serta anggota tubuh lain daripada menjadi berkedut-kedut. Bertungku dan bertangas ketika dalam pantang memang mendatangkan manfaat. Bagaimanapun dalam amalan tradisional, wanita yang menggunakan tungku panas boleh mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Kesakitan dapat dikurangkan dengan meletakkan tungku.

3.Berbengkung

Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita melayu selepas mereka bersalin. Amalan berbengkung biasanya dilakukan dalam masa pantang selama kira-kira 44 hari. Berbekung dapat memberi sokongan kepada otot-otot perut dan mengendurkan otot-otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak.
Wanita yang berbengkung memerlukan kain kira-kira 10 meter panjang dan 45 cm lebar. Kain ini dijahit supaya kelihatan kemas ketika dipakai. Untuk memakai bengkung, wanita berkenaan memerlukan seorang pembantu bagi melilit kain bengkung di sekeliling anggota paha, punggung dan perutnya.
Sebelum bengkung dipakai, minyak ubat atau kapur bercampur asam limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk mengecutkan anggota perut seperti sediakala dan supaya perut tidak dimasuki angin.

4.Berurut

Berurut selepas bersalin masih diamalkan oleh kebanyakan wanita Melayu. Walaupun urut adalah perbuatan yang pasif, namun ia memberi keselesaan kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa proses kehamilan. Berurutjuga dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan.
Biasanya urut dilakukan setelah disapu dengan minyak ubat. Ini bertujuan untuk melicinkan pergerakan semasa proses mengurut dan badan juga tidak terasa sakit.

5.Makan Ubat/Jamu

Selepas bersalin kebanyakan wanita Melayu akan memakan jamu atau majun. Jamu boleh dibeli atau diramu sendiri daripada akar kayu dan rempah ratus. Ramai wanita makan jamu selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan mereka. Kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak.
Oleh itu mereka memakan jamu bagi memanaskan badan dan memberi keselesaan kepada badan. Tetapi bagi ibu yang menyusukan anak mereka, memakan jamu atau majun dikatakan akan mengganggu penyusuan. Ini boleh menyebabkan bayi mendapat cirit-birit.

CC:  tinispa
       sihatitunimkat

CARA ATASI DAN MENCEGAH WAJAH KUSAM KETIKA HAMIL

Salah satu masalah yang sering membuat wanita gelisah, cemas dan sedih adalah apabila wajah muka mula terlihat kusam semasa kehamilan. Biasanya semasa tempoh kehamilan, muka, leher dan ketiak akan kelihatan lebih gelap tanpa sebab. Walaupun anda tinggal di dalam rumah sepanjang hari, kulit anda masih akan kelihatan kusam.

Sebenarnya, syarat-syarat ini sangat munasabah, wanita! Puncanya adalah perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ketidakseimbangan hormon akan menjejaskan badan. Ia menjadikan anda menjadi tidak selesa dan mual.

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi kekusaman wajah.

1.Mengamalkan pemakaian topeng semulajadi

Cara paling selamat untuk menangani wajah kusam semasa kehamilan sudah tentu menggunakan bahan semula jadi. Penggunaan bahan semulajadi tidak akan menjejaskan kesihatan janin. Sebaliknya, ia sebenarnya menjadikan kulit muka menjadi lebih segar.Seperti topeng pisang, madu, oren, betik, dan aloe vera

2.Memperbanyakkan pengambilan buah buahan 

Apabila hamil, anda perlu meningkatkan penggunaan buah-buahan. Buah adalah makanan sihat yang kaya dengan vitamin dan mineral. Dengan memakan buah secara teratur, bukan sahaja badan dan janin menjadi sihat. Tetapi keindahan kulit anda juga akan dikekalkan! Pengambilan buah boleh menghalang muka yang kusam dan berkedut. Jadi, jangan lupa untuk menyediakan buah-buahan sebagai menu harian anda!

3. Sayur-sayuran

Menu seterusnya yang mesti anda berikan adalah sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang, bayam, Moringa dan sebagainya. Sayur-sayuran juga tinggi vitamin, mineral dan juga serat. Makan sayur-sayuran dengan kerap setiap hari boleh menjadikan tekstur kulit lebih lembut. Sayur-sayuran juga membantu mengatasi muka yang kusam dan kulit anda dijamin kelihatan muda.

4.Gunakan Minyak Zaitun

Adalah penting untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan kepada sinaran UV, walaupun anda hanya berada di dalam rumah. Kerana kesan sinaran UV sangat buruk untuk kulit. Bukan sahaja ia mencetuskan pigmentasi, tetapi ia juga menyebabkan muka menjadi merah, berkedut, kering dan cenderung merangsang pembentukan bintik gelap. Nah, maka sangat wajib bagi wanita untuk memakai pelindung matahari. Tetapi jika semasa kehamilan anda berasa bimbang tentang menggunakan pelindung matahari atau sunblock, anda boleh menggantikannya dengan minyak zaitun. Minyak zaitun mengandungi bahan antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada bahaya radikal bebas.

5.Banyakkankan Rehat di Rumah

Sebaik-baiknya, seorang wanita hamil memang perlu meningkatkan masa untuk berehat di rumah. Walaupun ini kelihatan membosankan, sebenarnya ada faedah! Apabila tidur, biasanya kulit dikawal dengan lebih optimum, dengan kata lain tidur boleh membantu mengatasi masalah kulit anda yang kusam dan menjadikannya lebih cerah. Di samping itu, melakukan aktiviti di rumah juga memastikan kulit anda dilindungi daripada pendedahan cahaya matahari. Dengan cara itu, kesan buruk sinaran UV dapat dikurangkan.

6.Banyakkan minum air masak

Petua terakhir untuk mengatasi muka kusam semasa hami adalah untuk meningkatkan penggunaan air. Jangan malas untuk merebut segelas air minuman di antara aktiviti anda. Air kosong mempunyai epranan penting untuk badan. Selain membantu membuang toksin, air kosong juga menjadikan muka kelihatan lebih cerah, lembut dan bebas kedutan.

CC:caramemutihkanwajah

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

Selain ketidakselesaan biasa semasa mengandung seperti mudah letih, lenguh-lenguh badan dan muntah-muntah, ibu hamil juga mudah terkena sakit gigi. Ia berpunca daripada perubahan hormon dan boleh bertambah buruk akibat simptom kehamilan yang mempengaruhi kesihatan mulut seperti morning sickness. Sakit gigi ketika hamil sering berlaku apabila kandungan mencapai usia trimester kedua.

6 CARA MENGATASI SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

Ibu mengandung akan cenderung mengalami masalah gusi seperti gusi bengkak dan berdarah serta gigi berlubang. Ketahui beberapa petua untuk mengatasi masalah sakit gigi ketika hamil.

1. BERSIHKAN MULUT SEKERAP MUNGKIN

Muntah-muntah bukan sahaja memeritkan, malah memberi kesan buruk pada kesihatan gigi. Muntah mengandungi asid yang mampu menghakis permukaan enamel pada gigi jika dibiarkan dalam mulut.

Permukaan enamel yang terdedah menyebabkan gigi sensitif. Selepas muntah-muntah, pastikan bersihkan mulut lebih baik jika berus gigi dengan sempurna untuk keselesaan mulut dan kesihatan gigi.

2. ELAKKAN MAKANAN TERLALU PANAS ATAU SEJUK

Gigi akan terasa lebih sensitif sewaktu kehamilan kerana hormon yang berubah dalam badan. Elakkan makanan yang boleh menjadi punca kepada gigi sensitif seperti makanan dan minuman yang terlalu panas atau sejuk.

Sakit gigi ketika hamil adalah bersifat sementara. Jadi, jangan terlalu sedih dan risau. Selepas melahirkan anak nanti bolehlah sambung menikmati aiskrim dan teh panas kegemaran anda!

3. KURANGKAN GULA / MAKANAN MANIS

Jangan gunakan alasan makan untuk dua oranguntuk anda makan banyak terutamanya makanan manis dan tidak berkhasiat. Elakkan makanan bergula untuk kesihatan badan dan gigi.

Tukarkan gula buatan dalam makanan dan minuman kepada gula semulajadi pada buah-buahan. Pengambilan gula bukan sahaja tidak baik untuk badan, malah memberi kesan pada gigi dengan pembentukan asid pada permukaan gigi dan seterusnya membuatkan gigi berlubang.

4. AMBIL KALSIUM MENCUKUPI

Pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting untuk kesihatan ibu mengandung dan anak. Kekurangan kalsium membuatkan gigi mudah berlubang terutamanya sewaktu kehamilan.

Oleh itu, tingkatkan kalsium pada diet harian. Pil supplemen kehamilan hanya merangkumi 10% kalsium harian. Tambahkan kalsium pada makanan seperti yogurt, susu soya dan tauhu untuk kesihatan optimum bayi dan anak.

5. PETUA BAWANG PUTIH

Bawang putih adalah petua tadisional yang sering digunakan untuk mengubati sakit gigi. Hal ini kerana bawang putih mengandungi allicin yang bersifat anti radang mampu bertindak mengurangkan kesakitan pada gigi.

Caranya ialah dengan menghancurkan dua ulas bawang putih dan garam sehingga lumat. Kemudian, lumurkan pada bahagian yang sakit selama 30 minit. Ulangi dalam 4 kali sehari jika perlu.

6. TEKANKAN PENJAGAAN GUSI

Selain sakit gigi ketika hamil, ibu juga amat cenderung untuk terkena penyakit gusi. Hal ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang membuatkan badan kurang bertindak melawan bakteria pada gusi. Jika tidak dirawat, kesihatan gusi akan menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan gingivitis. Lebih 50% ibu mengandung tidak terkecuali terkena penyakit ini.

Kesihatan gusi perlu diambil berat ketika mengandung dengan flos gigi sehari sekali dan gunakan berus lembut ketika memberus gigi untuk mengurangkan kesakitan gusi. Amalkan juga kumur dengan air garam suam sehari sekali untuk elakkan gusi bengkak.

JANGAN TAKUT BERJUMPA DOKTOR GIGI

Tanggapan bahawa pemeriksaan gigi ketika mengandung boleh menjejaskan kandungan adalahtidak benar sama sekali. Malah, ibu mengandung perlu memberi perhatian lebih pada kesihatan oral akibat perubahan hormon yang berlaku padanya. Menurut pakar, kesihatan oral ibu mengandung akan bertambah baik selepas melahirkan anak.

Akan tetapi, jika kesakitan masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor gigi secepat mungkin untuk rawatan terbaik. Sungguhpun umumnya mengambil ubat tahan sakit adalah selamat, namun, pemeriksaan dengan doktor gigi adalah lebih penting supaya masalah dapat ditangani dari akar umbinya.

CC: thezuriat