Skip to content

URI MELEKAT BOLEH MEMBAHAYAKAN RAHIM MOMMIES, BOLEH SAMPAI RAGUT NYAWA!

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak share bahayanya uri melekat pada rahim mommies. Haa uri melekat ni boleh sampai meragut nyawa tau!

Pernah tak mommies dengar tentang kes uri melekat pada rahim selepas melahirkan anak?

Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi, walaupun masalah uri melekat pada rahim selepas bersalin boleh berlaku, ia adalah perkara yang sangat jarang berlaku.

Ia boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu sama ada seluruh uri melekat atau hanya sebahagian daripadanya.

Uri yang melekat pada rahim adalah salah satu punca utama tumpah darah selepas bersalin.

Ini kerana rahim tidak mengecut dan kemudian menyebabkan tumpah darah.

_________________________

Mommies nak tahu tak bagaimana uri melekat pada rahim berlaku?

Biasanya, uri atau plasenta, secara semula jadi keluar dari rahim selepas bayi dilahirkan.

Uri yang melekat berlaku apabila plasenta tidak keluar dengan sendirinya selepas ibu bersalin.

Ia adalah masalah yang jarang berlaku tetapi sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan tumpah darah selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, kes uri melekat ini hanya berlaku kira-kira 2% sahaja  daripada semua kelahiran bayi.

_________________________

Jenis masalah uri melekat pada rahim

1. Placenta adherents

Ia adalah keadaan di mana uri tidak terlepas secara spontan dari rahim dalam masa 30 minit selepas kelahiran bayi.

Ini adalah jenis uri melekat yang paling biasa dalam kebanyakan kes.

2. Trapped placenta

Berlaku apabila uri terpisah dari rahim tetapi tidak keluar dari rahim secara spontan.

3. Placenta accreta

Berlaku apabila uri lebih kuat melekat pada dinding rahim dan tidak boleh dipisahkan secara spontan.

Ini adalah jenis yang paling berbahaya bagi ibu yang telah melahirkan anak, kerana banyak darah boleh tumpah.

_________________________

Apakah tanda sekiranya mommies ada masalah uri melekat pada rahim?

Tanda yang paling jelas sekiranya mommies mempunyai masalah uri melekat adalah jika ada sisa atau cebisan uri yang masih melekat pada rahim sejam selepas kelahiran.

Jika uri masih melekat pada rahim, beberapa gejala akan muncul selepas hari kelahiran.

Perkara yang boleh berlaku termasuk:

  • Demam
  • Keluar cecair berbau busuk yang mengandungi cebican besar tisu badan
  • Pendarahan berterusan
  • Kesakitan yang teruk yang juga berlaku berterusan.

_________________________

Golongan yang berisiko mengalami masalah uri melekat pada rahim

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mommies mengalami masalah uri melekat, iaitu:

  • Wanita hamil lebih 30 tahun
  • Bersalin sebelum kandungan 34 minggu atau kelahiran pramatang
  • Mengalami tahap satu dan dua bersalin lebih lama
  • Melahirkan janin mati

_________________________

Bagaimana masalah ini boleh dikesan?

Selepas mommies bersalin, doktor biasanya menunggu 30 minit untuk uri tersebut keluar.

Jika ia tidak keluar, doktor akan mengeluarkannya dengan prosedur yang betul.

Jika uri keluar, doktor akan memeriksa uri terlebih dahulu untuk memastikan tiada cebisan uri yang melekat pada rahim.

Doktor mungkin tidak perasan jika ada cebisan uri yang tertinggal di dalam uterus.

Anda mungkin mengalami simptom di atas jika masih terdapat uri tertinggal di dalam rahim.

Jika ada uri tertinggal, doktor akan melakukan rawatan tambahan untuk mengelakkan komplikasi.

_________________________

Apakah rawatan yang ada untuk masalah uri melekat?

Satu-satunya rawatan yang ada ialah membuang sisa uri yang masih melekat pada rahim apabila ia berlaku.

Kaedah yang doktor akan gunakan untuk membuang uri termasuklah:

  • Doktor akan mengeluarkannya secara manual iaitu menggunakan tangan.
  • Terdapat juga penggunaan ubat-ubatan untuk melegakan atau mewujudkan kontraksi Ia membantu badan menyingkirkan uri tersebut daripada rahim.
  • Dalam sesetengah kes, penyusuan susu ibu juga boleh membantu, kerana ia menyebabkan badan mengeluarkan hormon yang mencetuskan kontraksi berlaku dalam rahim.

Jika kaedah ini tidak berkesan, doktor akan melakukan pembedahan kecemasan untuk membuang uri tersebut.

Pembedahan hanyalah pilihan terakhir kerana ia boleh menyebabkan komplikasi lain.

_________________________

Apakah kesan lain yang berlaku sekiranya uri terus melekat pada rahim?

Pengeluaran uri daripada rahim membantu uterus terus berkontraksi dan menghentikan pendarahan.

Jika uri tidak dikeluarkan, saluran darah yang masih bersambung dengan uri terus mengeluarkan darah.

Ini kemudian membawa kepada pertumpahan darah selepas bersalin. Apabila berlaku pertumpahan darah, ia boleh mengancam nyawa mommies yang terlibat tau!

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/penjagaan-lain/masalah-uri-melekat-pada-rahim/

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *