Skip to content

TIPS PENJAGAAN BERSALIN CZER!

SANGAT PENTING JIKA TAK NAK MEROYAN!

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Harini Suraya Mothercare ingin berkongsi tentang tips penjagaan bersalin czer!

Kita sering mendengar tentang penjagaan wanita yang bersalin secara normal, tetapi bagaimana pula dengan penjagaan ibu yang bersalin secara caesarean?

Apabila bayi dilahirkan secara normal atau melalui caesarean, tubuh lazimnya mengalami pelbagai perubahan fizikal dan emosi.

Banyak perubahan berlaku semasa enam minggu pertama selepas bersalin. Tempoh ini biasanya lebih lama jika bersalin anak kembar.

Ketahui lebih lanjut tentang proses penjagaan selepas bersalin czer ini.

_________________________

TIPS PENJAGAAN IBU BERSALIN CZER

1. Mengendalikan kesakitan

  • Ikut cadangan doktor apabila mengambil ubat penahan sakit.
  • Rekod pengambilan ubat dan jenisnya.
  • Gunakan pek ais untuk sakit bahagian pembedahan selama 20 hingga 30 minit setiap sesi.
  • Gunakan tuala suam untuk mengatasi kekejangan.

2. Menjaga luka

  • Jangan biarkan luka dibalut atau diventilasi melainkan diarahkan oleh doktor.
  • Pastikan luka bersih dan kering, terutamanya selepas mencucinya di bilik mandi.
  • Sesetengah luka pembedahan dilitupi dengan kulit perut dan lemak. Jika ini berlaku, berbaring telentang dan angkat lipatan kulit untuk membenarkan pengudaraan luka.
  • Sentiasa periksa luka pembedahan atau minta ahli keluarga memeriksanya, jika ada pendarahan, peningkatan lebam atau kemerahan.
  • Anda mungkin boleh pulang dengan staple pada luka pembedahan. Jika ini berkaitan dengan anda, sila jangan cabutkannya.

3. Pendarahan faraj

  • Dalam penjagaan ibu bersalin caesar, pendarahan faraj pasti akan berlaku selama seminggu, dua hingga empat hari selepas bersalin, pendarahan akan menjadi lebih ringan, berair, dan berwarna merah jambu.
  • Sepuluh hari selepas bersalin, pendarahan lebih menjadi berair dan warna akan menjadi merah jambu sedikit.
  • Gunakan hanya tuala wanita yang bersih dan elakkan menggunakan tampon.

4. Merawat perineum

Beberapa prosedur C-Sec dilakukan secara berjadual. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita melalui prosedur kelahiran faraj selama berjam-jam dan menghadapi proses meneran sebelum bersalin.

Dalam kes ini, dua bahagian yang menyakitkan perlu dirawat: potongan pada perineum dan perut.

Selain pembedahan C-sec, sesetengah wanita mengalami koyakan faraj dan jahitan.

  • Gunakan pelembut najis/julap. Meneran boleh menyebabkan rasa sakit pada perut dan trauma perineum.
  • Gantikan pad setiap 1 hingga 2 jam.
  • Jika mengalami sakit di bahagian perineum, gunakan pek ais selama 20 hingga 30 minit untuk melegakan.
  • Jika terdapat jahitan, ia mungkin gugur secara sendiri. Jangan terkejut jika terlihat benang hitam nipis pada tuala wanita atau seluar dalam.
  • Sentiasa lap bahagian intim dari faraj ke dubur untuk mengelakkan jangkitan.
  • Mandi duduk selama 20 hingga 30 minit boleh membantu mempercepatkan penyembuhan dan melegakan kesakitan.

5. Senaman

  • Selepas 6 minggu, anda boleh tingkatkan intensiti senaman secara perlahan-lahan.
  • Selepas 6 hingga 8 minggu, anda mungkin boleh meneruskan aktiviti biasa seperti sebelum bersalin ini.
  • Jika mengalami kesakitan atau pendarahan semasa senaman, hentikan serta-merta.

6. Pemakanan

  • Ambil hidangan kecil yang sihat dengan kerap.
  • Makan makanan yang kaya dengan serat makanan untuk memudahkan pergerakan usus.
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan perut berangin.
  • Minum banyak air.

7. Kesejahteraan emosi & mental

Naik turunnya emosi adalah normal dan tidak teratur semasa tempoh pemulihan selepas bersalin.

Kemurungan selepas bersalin dan baby blues cenderung akan terjadi.

Wanita yang mengalami kebimbangan mungkin lebih sensitif dari segi emosi kerana mereka berasa bersalah kerana tidak dapat bersalin secara normal.

Jaga diri, dengarkan muzik, luangkan masa berjalan-jalan di luar seketika.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN DAN ELAKKAN SELEPAS CZER

Elakkan melakukan hubungan seks atau memasukkan apa-apa ke dalam faraj sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin seperti tampon atau meruang.

Jika menggigil atau berasa seperti demam, periksa suhu anda.

Jangan berendam dalam tab mandian kerana ini meningkatkan risiko jangkitan.

Jangan malu untuk meminta bantuan dan sokongan pasangan atau ahli keluarga lain jika memerlukannya.

Tidur siang semasa bayi tidur, atau sekurang-kurangnya berehat.

Jangan melakukan apa-apa aktiviti untuk masa yang lama. Penyembuhan memerlukan banyak tenaga untuk sembuh.

Pastikan anda mengambil pelembut najis (julap) dan makan ubat penahan sakit yang ditetapkan.

PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK IBU BERSALIN CZER

Adalah disyorkan agar anda mendapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami mana-mana simptom berikut:

  • Peningkatan pendarahan faraj atau gumpalan darah.
  • Keputihan berbau busuk atau lelehan berwarna dari faraj, ia mungkin berlaku jangkitan.
  • Jika terdapat pendarahan atau bau busuk dari luka pembedahan, atau jika luka telah terbuka semula.
  • Semasa dalam proses penjagaan ibu yang telah melahirkan C-Zer, jika kesakitan tidak dapat dikurangkan dengan ubat atau jika anda demam.
  • Jika rasa tertekan, terfikir untuk mencederakan diri sendiri atau bayi.

Anda semestinya tahu diri anda dengan baik berbanding individu di sekeliling. Jika anda mempunyai sebarang masalah fizikal atau emosi, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Semoga bermanfaat!

cc: hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *