Skip to content

TIPS MENGURANGKAN RASA TAKUT DAN SAKIT BERSALIN!

MOMMIES DAH MULA TAKUT APABILA TARIKH DAH NAK DEKAT? 

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak berkongsi tentang tips mengurangkan rasa takut dan sakit bersalin.

Pengalaman bersalin setiap ibu mengandung adalah berbeza, begitu juga pengalaman bersalin setiap anak sudah tentu juga berbeza.

Ada yang mungkin mengalami kesakitan semasa bersalin dan ada juga yang bernasib baik kerana melahirkan anak tanpa sebarang masalah besar.

Antara punca ibu tidak mengalami kesukaran bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

Persediaan awal sangat penting untuk membantu ibu mengatasi kesakitan bersalin!

_________________________

KENAPA IBU HAMIL AKAN MERASAI SAKIT BERSALIN?

Takut sakit bersalin adalah perkara biasa bagi mana-mana wanita hamil.

Ini kerana otot badan semasa bersalin bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim.

Kontraksi otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda berasa tegang di bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.

Selain itu, bakal ibu juga akan mengalami kesakitan semasa bersalin akibat tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.

TIPS ATASI RASA SAKIT BERSALIN

1. Cipta persekitaran kelahiran yang menenangkan

Apabila anda semakin hampir dengan tarikh bersalin, pasang lagu zikir dan lagu yang membantu menenangkan anda.

Selain itu, alat untuk bersalin juga haruslah sesuatu yang memudahkan anda bersalin seperti tilam yang lembut.

Jika anda bercadang untuk bersalin dalam posisi lain, sediakan peralatan yang diperlukan seperti bola kelahiran atau bangku kecil.

Walau bagaimanapun, pastikan polisi bersalin anda membolehkan anda mencuba posisi berbeza.

2. Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum ia tiba

Anda boleh mendapatkannya daripada buku, majalah, laman web, video, kelas pranatal atau tanya kepada doktor .

Pelbagai maklumat boleh membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.

3. Luahkan ketakutan sakit bersalin kepada orang tersayang

Atasi ketakutan anda dengan menyatakannya kepada seseorang yang rapat dengan anda, seperti suami atau ibu anda.

Doktor juga merupakan tempat terbaik untuk menasihati anda tentang cara mengatasi ketakutan untuk bersalin.

4. Wajib belajar teknik pernafasan!

Mempraktikkan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda.

Untuk mengetahuinya, ikuti kelas pranatal untuk membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk mengawal kontraksi sebelum kelahiran.

Caranya adalah dengan melepaskan tekanan dengan setiap hembusan nafas dan cuba bernafas dengan laju setiap 2 atau 3 saat, iaitu 20 hingga 30 kali seminit.

Jika anda kehilangan rentak, minta tolong pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak dengan pergerakan mata, tangan atau kepala.

5. Alihkan perhatian anda dari bersalin ke perkara lain

Tumpukan perhatian anda pada sesuatu yang menggembirakan anda (seperti wajah pasangan anda, foto inspirasi atau apa sahaja yang anda suka).

Keadaan ini boleh merangsang deria dan melegakan kesakitan.

Selain itu, mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan diri anda dalam persekitaran yang santai juga boleh membantu melegakan kesakitan.

6. Hangatkan tubuh badan dengan mandi air panas

Ini untuk mengurangkan kesakitan akibat kontraksi, merehatkan minda anda malah kadangkala membantu mempercepatkan proses kelahiran.

Cara terbaik ialah duduk di atas bangku dan arahkan pancuran air panas terus ke abdomen atau bahagian belakang badan anda.

7. Banyakkan bergerak sebelum proses bersalin itu tiba

Untuk memudahkan proses bersalin, lebihkan bergerak, terutamanya apabila anda menghampiri proses kelahiran.

Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa bergerak.

Anda boleh berjalan, bersandar, mengayun atau mencangkung mengikut kedudukan selesa anda.

Walau bagaimanapun, sentiasa berhati-hati dengan setiap pergerakan anda!

8. Minta suami sentiasa kekal berada di sisi anda

Sentuhan atau urutan daripada suami anda juga boleh membantu meringankan kesakitan bersalin.

Anda boleh meminta suami memegang tangan, membelai pipi, membelai rambut, dan juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.

cc: hellodoktor

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *