Benarkah terdapat tanda-tanda yang mungkin menunjukkan anda sedang hamil jantina bayi lelaki atau perempuan?

Sememangnya ada petunjuk ciri ciri mengandung anak lelaki ataupun perempuan. Cuma ia adalah sekadar untuk ramalan semata-mata.

Berikut antara tanda mengandung anak lelaki yang boleh ibu perhatikan pada diri, mana tahu rezeki dapat baby boy.

1. PENGAMBILAN MAKANAN TINGGI SEWAKTU PERSENYAWAAN

Satu kajian mendapati wanita yang makan makanan tinggi kalori semasa persenyawaan dan sarapan pagi secara berkala meningkatkan kemungkinan untuk hamil anak lelaki. Berdasarkan kepercayaan mengatakan, bayi lelaki memerlukan lebih banyak sumber tenaga seperti kalori berbanding bayi perempuan.

2. MAKAN LEBIH BANYAK SEMASA HAMIL

Bayi lelaki atau perempuan?

Berdasarkan selera, anda boleh menentukannya. Satu kajian berdasarkan diet ibu hamil mendapati wanita mengandungkan anak lelaki akan makan 10% lebih banyak kalori daripada mereka yang hamilkan bayi perempuan. Pengambilan protein, karbohidrat dan lemak harian meningkat sehingga 200 kalori tambahan setiap hari.

Mengapa selera makan yang lebih besar dianggap tanda mengandung anak lelaki?

Penyelidik berpendapat testosteron yang dirembeskan oleh janin lelaki memberikan isyarat kepada ibu untuk makan lebih banyak. Mungkin disebabkan itulah kebanyakan saiz bayi lelaki yang lahir adalah lebih besar berbanding perempuan.

3. MENOLAK MAKANAN KEGEMARAN

Berbeza dengan ciri-ciri mengandung bayi perempuan, wanita yang kononnya hamil bayi lelaki dikatakan menjadi semakin cerewet dalam aspek pemakanan. Keadaan ini mempunyai kaitan dengan cara sistem imun wanita berbadan dua berfungsi ketika berusaha melindungi janin yang sedang membesar.

 4. MENGHIDAP DIABETES KEHAMILAN

Beberapa penyelidikan mendapati, ibu yang mengandung anak lelaki lebih cenderung menghidap diabetes kehamilan atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai diabetes gestasi. Ini berikutan keadaan semasa mengandung yang dicirikan oleh kandungan glukosa lebih tinggi daripada biasa, terutamanya jika dibandingkan dengan wanita hamil dengan bayi perempuan.

Meramal jantina bayi adalah berkaitan 50% untuk ia menjadi kenyataan. Satu-satunya cara untuk ramalan anda menjadi 100% tepat atau tidak adalah dengan kelahiran si kecil itu nanti.

Sebaliknya, jika anda mahukan kepastian tentang ciri ciri mengandung anak lelaki atau perempuan, sudah tentu melakukan pemeriksaan dan ujian adalah jawapan yang pasti!