Skip to content

TAMBAH BERAT BAYI DALAM KANDUNGAN, IBU PERLU AMBIL MAKANAN INI!

Menjaga bayi dalam kandungan dari awal hingga akhir kehamilan bukanlah satu tugas yang mudah. Para ibu tidak tahu bagaimana cara untuk meningkatkan berat bayi dalam kandungan atau risau jika melahirkan bayi yang kekurangan berat. Antara ciri utama untuk menilai kehamilan yang sihat adalah dengan melakukan ukuran berat badan janin. Setiap kali melakukan imbasan ultrasound, perkembangan berat janin diukur dan direkodkan untuk rujukan.

Jika para ibu diberitahu bahawa berat janin kurang daripada apa yang sepatutnya semasa trimester terakhir kehamilan, berikut merupakan beberapa makanan penting yang mungkin boleh membantu para ibu untuk meningkatkan berat badan janin dalam kandungan. Ini juga akan mengekalkan berat bayi pada tahap yang sihat dan kuat sepanjang kehamilan.

9 Makanan Untuk Tambah Berat Bayi Dalam Kandungan:

  • Sayur Hijau

Pengambilan sayur hijau seperti bayam, kangkung, brokoli dan asparagus merupakan sumber khasiat yang cukup baik untuk ibu yang sedang hamil. Berdasarkan jurnal Physiology of Folic Acid in Health and Disease, asid folic yang terdapat dalam sayuran ini dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin para ibu.

  • Salmon

Makan salmon dalam diet harian ibu hamil boleh menjadi sumber yang kaya dengan omega-3 dan juga boleh membawa kepada perkembangan bayi dalam kandungan dengan baik.

Kandungan lemak yang terdapat dalam salmon memastikan perkembangan janin yang sihat, termasuk mata dan otak.

  • Keju

Makan banyak keju adalah cara lain untuk menjadikan perkembangan bayi lebih sihat. Walau bagaimanapun, pastikan para ibu makan keju jenis rendah lemak untuk memastikan zat besi yang diserap mencukupi.

Para ibu boleh menambah kandungan keju ini pada makanan seperti pasta, roti dan salad. Walau bagaimanapun, jika ibu mengandung mempunyai tekanan darah tinggi, keju seharusnya dielakkan.

  • Ayam

Sumber protein yang tinggi dari daging ayam dapat menjadikan berat badan janin dalam kandungan para ibu menjadi sihat. Menurut Journal of Health, Population, and Nutrition, daging ayam dapat membekalkan sumber protein yang secukupnya supaya janin dapat menghubungkan sel-sel yang diperlukan supaya dapat berat badan yang ideal.

  • Susu

Sudah pasti selain keju, susu adalah bahan tenusu dan sumber nutrisi yang baik untuk ibu yang sedang hamil dan untuk janin dalam kandungan. Wanita hamil perlu minum antara 200 dan 500 ml susu setiap hari untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk janin mencapai berat idealnya.

  • Ubi Keledek

Ubi keledek atau sweet potato merupakan pembekal serat, vitamin c dan antioksidan yang penting untuk ibu hamil serta bayi dalam kandungan.

Bukan sahaja meningkatkan kandungan zat besi dalam badan, malah ubi keledek ini sangat enak dimakan apabila dikukus dan dipanggang.

  • Yogurt

Ibu hamil memerlukan sehingga 1000mg kalsium setiap hari untuk mengekalkan kesihatan bayi dalam kandungan.

Jadi, jika para ibu bosan atau berasa ragu untuk mengambil suplemen, yogurt juga boleh dimakan kerana kadar kalsium, vitamin B, dan protein yang tinggi dapat memberikan nutrisi kepada janin.

  • Telur

Jika ibu sedang mencari makanan yang mudah sebagai langkah untuk menaikkan berat badan janin dalam kandungan, telur dapat menjadi solusinya.

Ini kerana telur memiliki sumber protein serta vitamin A & D dan zat besi yang tinggi. Selain merupakan cara cepat untuk menaikkan berat badan janin, telur juga dapat menjaga selaput ketuban supaya menjadi lebih kuat.

  • Kacang

Tidak kira apa jua jenis, kekacang merupakan antara makanan yang mudah untuk menambah berat badan janin. Ia diperkaya dengan protein dan zat besi, pengambilan kacang juga dapat menjadikan kulit bayi menjadi sihat.

Bukan itu sahaja, dengan mengambil kacang dalam diet seharian ibu hamil dapat mengelakkan juga kelahiran pra-matang.

Semua makanan yang disebutkan di atas memang sedap, namun para ibu perlu berhati-hati untuk tidak makan terlalu banyak kerana ini boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan akan mendapat berat badan yang berlebihan dalam kandungan dan dapat menyukarkan proses bersalin kelak.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *