Selepas melahirkan anak, ibu-ibu akan melalui fasa berpantang yang ada kalanya mudah dan sukar. Antara salah satu masalah ramai ibu hadapi adalah berkaitan penyusuan sehingga mencuba pelbagai cara banyak kan susu badan.

Tidak dinafikan bahawa tidak semua direzekikan dengan susu ibu yang lancar dan cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Walau bagaimanapun jangan berputus asa, sebenarnya pemikiran yang positif dan mood ibu yang baik dapat membantu penghasilan susu.

1.Banyak kan susu badan secara semula jadi, ibu kena tahu pentingnya hormon oksitosin

Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menjelaskan sebenarnya susu badan boleh jadi tiba-tiba banyak disebabkan oleh beberapa perkara yang ramai ibu terlepas pandang.

Mungkin ada yang bertanggapan bahawa banyak atau sikit susu ibu adalah bergantung kepada demand dan supply?

Sebelum menjawab soalan di atas, ibu-ibu perasan tak?

  1. Bila anda makan makanan sedap: SUSU BANYAK
  2. Bila suami beri hadiah: SUSU BANYAK
  3. Bila ibu keluar window shopping sambil pam susu (scroll shopee): SUSU BANYAK
  4. Dan ada juga ibu-ibu bila dia tengok video atau gambar anak: SUSU BANYAK

Kerana dalam susu ibu ada dua hormon penyusuan yang sangat penting. Salah satunya ialah hormon oksitosin yang membantu refleks ejeksi susu.

2.Cara banyakkan susu badan tanpa ubat

Apabila anda berasa gembira dan kurang tekanan, maka rembesan hormon oksitosin meningkat dan dalam ibu tidak sedar, badan menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Namun ada pula ibu yang melalui pengalaman sebaliknya. Bila pam susu di tempat ramai orang seperti tempat kerja, mereka jadi resah gelisah sebab malu. Ini sekaligus membuatkan susu tidak mahu keluar.

Ada juga ibu yang perlu pam dalam keadaan susu dan tenang agar reflek ejeksi susu tidak terganggu.

Ini semua disebabkan oleh hormon oksitosin yang mainkan peranan dalam pengeluaran susu ibu. Bila refleks berlaku, ibu akan rasa denyutan di payudara ketika susu dikeluarkan.

3.Dua jenis hormon yang berkaitan dengan penyusuan susu badan

#1. Hormon oksitosin- fungsi untuk mengeluarkan susu

Kelebihan:

  • Memberi rasa seronok dan ceria
  • Mengurangkan paras hormon stress seperti adrenalin dan menenangkan ibu
  • Memberi perasaan kasih sayang, mengambil berat, berkomunikasi dengan positif dan membekalkan ibu dengan kenangan manis

#2. Hormon prolaktin- fungsi untuk menghasilkan susu

Kelebihan:

  • Ibu lebih peka kepada kehendak bayi
  • Memberi kesan relaksasi dan ketenangan kepada bayi

Jadi, secara tidak langsung kedua-dua hormon penyusuan ini dapat membantu ibu mengatasi tekanan seharian yang dilalui.

Walaupun ada mungkin berasa penat dan letih, akan tetapi kehadiran dua hormon ini secara tidak langsung membantu menurunkan aras stress ibu.

4.Makanan banyakkan susu badan

Selain kekal positif dan sentiasa gembira, ibu juga boleh mengambil beberapa jenis makanan untuk tambah susu badan dalam menu seharian.

Ramai ibu bersetuju bahawa pemakanan seharian yang tinggi nutrisi membantu menghasilkan tenaga dan merangsang badan mengeluarkan banyak susu.

Antara makanan untuk tambahkan susu badan ialah:

  • Buah kurma. Ia menjadi salah satu cara tambahkan susu badan yang berkesan kerana mengandungi zat besi, kalsium dan nutrien tryptophan.
  • Sayuran hijau seperti bayam, sawi dan brokoli. Ia kaya dengan vitamin A, C dan zat besi yang menjadi cara tambah susu badan secara semula jadi. Pengambilan sayuran dalam diet ibu sedang menyusu dapat menambahkan kandungan lemak baik dan mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
  • Oat dan kekacang. Bijiran oat sangat disarankan ambil ketika waktu sarapan pagi untuk membekalkan tenaga mencukupi untuk anda. Selain itu, kacang boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia merupakan sumber protein baik dan bagus untuk kesihatan.

 

 

CC:theasianparent