Skip to content

SUSU IBU ADALAH SUCI & TIDAK BOLEH DIBUANG MERATA, INI HUKUM SUSU BADAN KENA TAHU!

Pasti ramai ibu menyusu di luar sana yang ingin mengetahui hukum buang susu badan. Adakah ia dibolehkan untuk kita membuang susu badan begitu saja atau diolah menjadi sabun untuk bayi mandi?

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini? 

  • Hukum buang susu badan dalam Islam 
  • Cara buang susu badan dengan betul dan lebih selamat

Jika difikir logik akal, apabila dibuat sabun, ia akan dibuang juga akhirnya. Jadi adakah dibolehkan?

Hukum buang susu badan dalam Islam

Menurut perkongsian nyusoo.official, susu badan tidak boleh dibuat sabun mandian bayi. Ikuti perkongsiannya:

“Susu badan tidak boleh dibuat sabun mandian bayi.Susah payah ibu mengepam, tapi bila dah rosak dan tidak elok terpaksa juga dibuang.

Susu ibu suci, perlu treat macam air zam-zam. Tidak boleh dibuat mandian, siram pokok, beri kucing minum atau dibuang terus dalam tong sampah.”

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah, hukum asal menggunakan susu (yang suci) sebagai salah satu bahan dalam sabun adalah harus seperti susu kambing atau lembu.

Namun menjadikan susu badan sebagai salah satu bahan di dalam pembuatan sabun, kami (Pejabat Mufti Wilayah) cenderung untuk mengatakan bahawa perkara tersebut adalah dilarang dan tidak dibenarkan.

Hal ini kerana kedudukan manusia itu tinggi di sisi Allah SWT berbanding makhluk yang lain, jadi semua anggota atau apa sahaja yang berasal daripada tubuh manusia perlu dihormati dan dimuliakan, serta tidak boleh dimanfaatkan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai bahan mencuci (sabun).

Perkara ini bertepatan dengan kaedah Sadd al-Zarai’ iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada penyalahgunaan bahan yang berasal daripada manusia seperti susu ibu serta merendah-rendahkan kemuliaan seorang manusia.

Lebih-lebih lagi, sabun adalah termasuk dalam perkara tahsiniyyat (menambah baik) dan bukannya hajiyat (keperluan) atau darurat (keperluan mendesak).

Sudah memadai apa yang telah Allah SWT sediakan buat manusia mengambil manfaat daripadanya seperti haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan kepada beberapa perkara iaitu:

  1. Cenderung kepada pendapat yang melarang susu badan atau susu ibu dijadikan sebagai sabun. Ini kerana kedudukan manusia itu sendiri yang mulia dan tinggi di sisi Allah SWT.Justeru, semua anggota atau apa sahaja yang berasal daripada tubuh manusia perlu dihormati dan dimuliakan, serta tidak boleh dimanfaatkan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai bahan mencuci (sabun).
  2. Larangan ini juga adalah selaras keputusan mesyuarat panel pakar syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke-86 yang tidak membenarkan penggunaan susu ibu sebagai bahan kosmetik termasuk dalam penyediaan sabun.
  3. Dalam Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia juga menyatakan bahawa semua bahan-bahan yang tersenarai di dalam Annex II tidak boleh digunakan bagi menghasilkan produk kosmetik. (Lihat Guidelines for Control of Cosmetic Product in Malaysia, Bhg. Cosmetic Ingredients, halaman 10). Antara bahan-bahan terlarang yang telah disenaraikan di dalam Jadual Annexe II Part I ialah sel, tisu atau sebarang bahan yang berasal daripada manusia. Oleh itu, susu ibu adalah termasuk di dalam larangan tersebut dan sabun adalah merupakan salah satu daripada produk kosmetik.

Cara buang susu badan dengan betul dan lebih selamat

Satu-satunya cara untuk membuang susu badan adalah dengan mengalirkannya di bawah air yang mengalir seperti air paip.

Jadi ibu-ibu, ambil perhatian ya, jangan sewenang-wenangnya membuang susu badan atau menjadikannya sebagai sabun mandian.  Semoga bermanfaat!

CC:theasianparent

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment