Assalamualaikum dan selamat pagiMummies! 

Haa, bila hamil ni memang akan ada perubahan ketara pada bentuk badan, emosi, pemakanan dan tak lupa juga penggunaan skincare tau Mummies!

Kalau sebelum ini Mummies dah ada senarai skincare yang Mummies mungkin dah bertahun amalkan, bila hamil kemungkinan besar perlu rombak semula senarai skincare tu.

Sebab apa?

Ini kerana terdapat skincare yang mengandungi bahan tidak sesuai untuk digunakan ketika hamil kerana mampu memudaratkan bayi. surprised

Tetapi, jangan risau! Kebanyakan produk yang dibeli di farmasi secara over-the-counter adalah selamat.

Oleh sebab itu, tidak mustahil untuk anda cari produk yang berkesan namun pada masa yang sama tetap selamat untuk anda dan si manja dalam kandungan.

Dibawah disertakan maklumat tentang skincare yang baik dan tidak baik untuk Mummies yang hamil.

Selamat membaca Mummies!

_______________________________

1: TINGGALKAN KRIM RETINOID ATAU RETINOL

Pasti ada Mummies yang familiar dengan skincare di atas kan?

Bila dah hamil, perlu tukar tau skincare yang mengandungi retinoid atau retinol.

Krim retinoid mengandungi vitamin A yang penting untuk kesihatan kulit. Setelah diserap oleh kulit, badan akan menukar retinoid kepada retinol.

Banyak produk antipenuaan menggunakan retinoid sebagai bahan utama kerana keberkesanannya untuk mengurangkan jerawat dan kedutan pada wajah.

Walau bagaimanapun, derivatif vitamin A boleh menyebabkan kecacatan pada bayi sewaktu lahir.

Walaupun vitamin A amat penting untuk tumbesaran bayi, sebarang derivatifnya perlulah dielakkan. Oleh sebab itu, elakkan penggunaan krim antipenuaan yang mengandungi retinoid atau sebarang derivatifnya.

2: ASID SALISILIK BERDOS TINGGI

Asid salisilik merupakan salah satu ‘holy grail’ dalam produk kecantikan wajah. Ia dapat mengurangkan jerawat disebabkan sifat antiradangnya yang hampir serupa dengan aspirin.

Walau bagaimanapun, sebuah kajian pada tahun 2013 menunjukkan produk yang mengandungi asid salisilik yang tinggi perlulah dielakkan ketika kehamilan.

Walau bagaimanapun, skincare yang dijual secara over-the-counter mempunyai kandungan asid salisilik yang rendah.

Ia juga dilaporkan selamat oleh American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG).

3: IBU HAMIL PERLU ELAKKAN HYDROQUINONE

 

Hydroquinone merupakan sejenis ubat preskripsi yang digunakan untuk mencerahkan kulit atau mengurangkan pigmentasi.

FDA menyenaraikan hydroquinone di bawah kategori C kerana ia mempunyai kadar serapan yang lebih tinggi berbanding bahan kimia topikal yang lain.

Oleh sebab itu, hydroquinone akan diserap dalam kuantiti yang lebih banyak dan mungkin akan mempengaruhi tumbesaran bayi.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan hydroquinone boleh menyebabkan masalah kongenital pada bayi dalam kandungan.

Namun, disebabkan kadar serapannya adalah sekitar 25 hingga 35%, ibu hamil digalakkan untuk mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone.

4: FORMALDEHYDE

Formaldehyde jarang sekali digunakan sebagai bahan di dalam produk kecantikan. Ia merupakan sejenis karsinogen dan boleh meningkatkan risiko kemandulan dan keguguran.

Skincare boleh tinggikan risiko keguguran? Betul tu Mummies! cry

Walaupun begitu, ada beberapa bahan kimia dengan kesan yang serupa. Bahan ini juga boleh melepaskan formaldehyde ke dalam badan. Ini termasuklah:

  • Bronopol
  • DMDM hydantoin
  • Diazolidinyl urea
  • Hydroxymethylglycinate
  • Imidazolidinyl urea
  • Quaternium-15
  • 5-bromo-5-nitro-1,3-dioxane

Mummies bila nak beli skincare sesuai ketika hamil, pastikan tengok ingredient belakang produk atau boleh terus aja tanya beauty consultant.

Kalau terus tanya lagi senang, yelah pening kan nak cari satu-satu mana yang sesuai.

5: PELINDUNG MATAHARI/ SUNSCREEN KIMIA

Haa ini paling penting. Kalau Mummies sebelum ini main pakai aja segala jenis sunscreen, bila hamil wajib check balik sunscreen tu.

Adakah ianya selamat digunakan semasa hamil.

Oxybenzone merupakan salah satu bahan kimia yang sering digunakan dalam sunscreen.

Ia sangat efektif untuk melindungi kulit daripada sinaran UV, namun oxybenzone boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan.

Oxybenzone juga merupakan bahan yang boleh mengganggu penghasilan hormon dan mendatangkan bahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

SKINCARE YANG SELAMAT DIGUNAKAN UNTUK IBU HAMIL

1: PRODUK DENGAN ASID GLIKOLIK

Asid glikolik mempunyai keberkesanan yang sama seperti krim retinoid. Namun, ia tidak akan mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan, kecuali jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Asid glikolik dalam kuantiti yang dibenarkan boleh didapati di dalam produk yang dijual di farmasi. Ia dapat mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit wajah dan mengelakkan pigmentasi pada kulit.

2: PENGGUNAAN ANTIOKSIDAN SEPERTI SERUM VITAMIN C

Serum vitamin C sudah lama terbukti dapat mencerahkan kulit wajah dan melindunginya daripada sebarang kerosakan. Malah, ia juga dapat meningkatkan keanjalan kulit dengan cara mengekalkan penghasilan kolagen.

Selain vitamin C, ada beberapa lagi antioksidan yang sesuai digunakan sebagai skincare untuk ibu hamil. Antaranya ialah:

  • Vitamin E
  • Vitamin K
  • Vitamin B3
  • Teh hijau

3: ASID HIALURONIK

Ketika hamil, kulit wajah akan menjadi sangat kering. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah kulit.

Selain minum air dengan banyak, pemakaian pelembap yang mengandungi minyak kelapa, lemak koko dan asid hialuronik juga dapat membantu.

Malah, ibu hamil juga boleh menyapukan krim yang mengandungi asid hialuronik pada perut untuk mengelakkan stretch mark!

4: SUNSCREEN ZINK OKSIDA 

Ibu hamil masih perlu melindungi kulit wajah daripada selaran matahari.

Zink oksida dan titanium oksida merupakan contoh mineral yang tidak berbahaya sebagai skincare untuk ibu hamil.

Jadi, bertukarlah kepada pelindung matahari yang mengandungi bahan-bahan ini supaya bayi dalam kandungan terpelihara.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/skincare-untuk-ibu-hamil/ 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *