Tanda bayi lapar

Memahami tanda-tanda si kecil lapar dan ingin menyusu adalah antara teknik penyusuan susu ibu yang penting untuk diketahui.

Berikut adalah 6 tanda yang boleh dikenal pasti jika bayi anda ingin menyusu:

1.MENJILAT BIBIR ATAU MENJELIRKAN LIDAH

Bayi akan kerap memegang bibir, air liur akan mengalir lebih banyak serta menjulurkan lidah.

2.MENGGERAKAN RAHANG, MULUT ATAU KEPALA MENCARI PAYUDARA

Apabila si manja mahu menyusu mereka akan mula mencari payudara anda. Bagaimana?

Bayi akan memusing ke arah payudara semasa didukung.

3.MEMASUKKAN TANGAN KE DALAM MULUT

Jika anda melihat si manja meletakkan jari ke mulut, itu tanda mereka lapar ingin menyusu.

4.MEMBUKA MULUT

Pasti anda pernah melihat dokumentari mengenai anak burung yang menunggu burung induk di sarang, membuka mulut dan berbunyi, bukan?

Begitu juga keadaan si manja apabila mereka mahukan penyusuan ibu.

5.MERENGEK

Apabila bayi mula membuat bermacam ekspresi muka serta mula untuk berbunyi bersama tangan yang dikepal – ia adalah tanda mereka sudah lapar dan tidak sabar!

6.MENGHISAP BARANG

Bayi akan menunjukkan perlakuan seperti menghisap, walaupun tanpa puting kosong.

Bahkan selain daripada memasukkan jari ke dalam mulut,si manja juga mungkin akan menghisap tangan mahupun pakaian mereka.

CC:hellodoktor