Skip to content

SEBAB MENGAPA PERUT MOMMIES MENGERAS SEMASA HAMIL! KENALI PUNCANYA, BERLAINAN SETIAP TRIMESTER!

Assalamualaikum dan selamat petang!

Harini Suraya Mothercare nak share kenapa perut mommies boleh mengeras. Adakah baby ada masalah dalam kandungan? Bawa bertenang mommies, kami akan bantu mommies untuk fahami sebab perut mommies mengeras semasa hamil.

________________________

KENALI PERUBAHAN TUBUH: PERUT MENGERAS KETIKA HAMIL

Tempoh kehamilan adalah pengalaman yang sangat luar biasa. Selain melibatkan perubahan kehidupan, tubuh anda juga turut berubah dari masa ke masa.

Salah satu simptom kehamilan yang tidak dijangka adalah keadaan perut yang mengeras.

Perut ibu akan menjadi keras apabila menghampiri tempoh bersalin apabila memasuki trimester ke-3.

Tetapi anda perlu tahu, keadaan perut mengeras semasa hamil juga boleh berlaku bermula pada trimester pertama.

Jadi apakah sebab ia berlaku? Adakah petanda kandungan bermasalah?

________________________

KENAPA PERUT MENGERAS SEMASA HAMIL

Keadaan perut mengeras ketika mengandung pasti boleh menyebabkan timbulnya rasa risau, kan? Lagi-lagi bagi mommies yang pertama kali berbadan dua.

Adakah ia kekejangan perut atau kontraksi?

Beberapa punca perut mommies akan mengeras ketika hamil mengikut trimester:

1. TRIMESTER PERTAMA

Ada tiga sebab dalam trimester pertama iaitu antara minggu 1 hingga 12 sebab untuk perut mengeras ketika hamil:

  • Regangan
  • Kembung
  • Keguguran (kes jarang berlaku)

Perut berangin atau sembelit

Keadaan perut berangin adalah masalah biasa ketika mengandung dan boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan yang sangat menyakitkan.

Sembelit juga situasi normal untuk terjadi pada awal kehamilan.

Kedua-dua masalah itu didasari oleh perubahan hormon kehamilan yang melambatkan fungsi saluran gastrousus.

Kandungan zat besi dalam vitamin pranatal turut boleh menyebabkan najis mengeras.

Kesakitan tumbesaran bayi

Bayi dalam kandungan akan membesar dan tisu serta ligamen di sekeliling akan mengalami ketegangan dari masa ke masa.

Rasa sesak dan kekejangan akan menyebabkan perut mommies sakit.

Masalah keguguran

Perut mengeras semasa hamil boleh menjadi petunjuk keguguran sebelum minggu ke-20.

Walau bagaimanapun, situasi yang menyedihkan ini paling kerap berlaku sebelum minggu ke-12 kehamilan.

Kehilangan kandungan juga mempunyai gejala lain seperti:

  • Kesakitan teruk atau kekejangan pada bahagian belakang badan
  • Tompokan merah atau coklat pada seluar dalam
  • Keputihan faraj mengandungi darah beku

Adakalanya keguguran boleh berlaku tanpa amaran. Ini kerana biasanya keguguran trimester pertama disebabkan oleh faktor di luar kawalan.

2. TRIMESTER KEDUA

Ligamen yang meregang ketika tumbesaran rahim boleh mengakibatkan wujudnya rasa sakit tajam semasa berbadan dua.

Kesakitan ini biasanya berlaku dengan perubahan kedudukan, seperti duduk hingga berdiri mahupun membongkok.

Bagi sesetengah wanita, mereka mula berasakan kontraksi rahim dan ia boleh berlaku secara berkala pada trimester kedua, antara minggu ke-13 hingga 24.

Ia dikenali sebagai Braxton-Hicks – kontraksi palsu atau kontraksi latihan, yang bertujuan untuk mempersiapkan rahim bagi melahirkan anak.

Braxton-Hicks adalah keadaan normal untuk dialami dan boleh berlangsung sekitar 30 saat hingga 1 minit. Tetapi adakalanya berlanjutan sehingga 2 minit. 

Ia tidak sesakit kontraksi untuk melahirkan, namun masih akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.

Ada beberapa perkara boleh mencetuskan atau memburukkan lagi kontraksi Braxton-Hicks:

  • Aktiviti seks atau rangsangan seksual
  • Dehidrasi
  • Pundi kencing penuh
  • Tendangan tajam bayi

Sekiranya mommies berasa perut mengeras ketika hamil adalah sesuatu yang lebih daripada kontraksi palsu atau kesakitan regangan ligamen, dapatkan pemeriksaan doktor segera tau!

3. TRIMESTER KETIGA

Perut mengeras ketika mengandung yang berkaitan dengan Braxton-Hicks akan menjadi lebih kerap disertai peningkatan rasa sakit pada trimester ini. 

Biasanya akan dialami dalam beberapa minggu terakhir kehamilan, saat rahim bersedia untuk proses kelahiran bayi.

Tetapi bagaimana mommies boleh membezakan antara Braxton-Hicks atau kontraksi sebenar ya?

Braxton-Hicks vs saat melahirkan

Mommies masih keliru antara kedua-dua jenis kontraksi ini?

Biasanya sebarang perubahan kedudukan, minum segelas air atau berjalan dengan perlahan boleh melegakan Braxton-Hicks tau!

Kontraksi palsu

  • Kadar intensiti dan kekerapan tidak teratur
  • Tidak selesa
  • Boleh dihilangkan dengan rawatan rumah seperti berbaring
  • Tiada tanda lain untuk melahirkan anak

Kontraksi sebenar

  • Jarak kontraksi semakin dekat dan bertambah kuat
  • Rasa amat menyakitkan
  • Sebarang rawatan di rumah tidak membantu melegakan
  • Disertai dengan tanda untuk melahirkan lain

Tanda lain mommies bakal bersalin adalah:

  • Sakit bahagian belakang atau kekejangan yang berterusan
  • Air jernih mengalir keluar daripada faraj – petanda air ketuban telah pecah
  • Keputihan disertai darah

________________________

RISAU PERUT MOMMIES MENGERAS SEMASA HAMIL? BERJUMPALAH DENGAN DOKTOR

Sekiranya mommies bimbang dengan keadaan perut mengeras semasa hamil mahupun alami kontraksi, segeralah membuat pemeriksaan dengan doktor.

Mereka pastinya bersedia membantu mommies merungkai segala kerungsingan yang dialami untuk memastikan kandungan dalam keadaan selamat.

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/perut-mengeras-semasa-hamil-trimester/

@facebooktwitterpinterestinstagram

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment