
 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Kita sering mendengar mengenai aspek penjagaan wanita yang melahirkan anak secara normal, tetapi bagaimana pula bagi penjagaan ibu bersalin c-section?
Tapi bersalin c- section atau secara bpembedahan ke bersalin normal ke kedua- duanya perlukan rawatan susulan dan rehat yang cukup selepas bersalin.
Tubuh badan akan melalui pelbagai perubahan dari aspek fizikal dan emosi.
Haaa jadi Mummies , suami, mahupun keluarga mestilah ambil tahu kan cara penjagaan bagi ibu bersalin.
Bukan apa supaya Mummies berpantang dengan tenang aje nanti.
Jom baca kongsian dibawah.
Selamat membaca Mummies!
__________________________
TIPS PENJAGAAN IBU BERSALIN C- SECTION
1: Mengendalikan Kesakitan
- Ikut cadangan doktor dalam pengambilan ubat tahan sakit
- Simpan rekod pengambilan ubat dan jenisnya
- Gunakan pek ais untuk kesakitan bahagian pembedahan – selama 20-30 minit untuk 1 sesi
- Gunakan tuala suam untuk atasi kekejangan
2: Perlu Jaga Luka Bersalin c- Section
- Jangan membalut luka dan biarkan luka mendapat pengudaraan melainkan atas arahan doktor
- Pastikan luka bersih dan kering, terutamanya selepas mencucinya semasa mandi
- Sesetengah luka pembedahan dilitupi kulit perut dan lemak. Jika ini keadaan Mummies, berbaring secara menelentang dan angkat lipatan kulit untuk memastikan pengudaraan pada luka
- Sentiasa periksa luka pembedahan atau meminta bantuan keluarga untuk memeriksanya jika terdapat pendarahan, peningkatan lebam atau kemerahan
- Mummies mungkin dibenarkan pulang dengan staple pada luka pembedahan. Jika ini situasi anda, jangan cuba mencabutnya
3: Pendarahan Faraj
- Dalam penjagaan ibu bersalin secara pembedahan, pendarahan faraj tetap akan berlaku untuk tempoh seminggu
- 2-4 hari selepas bersalin, pendarahan menjadi lebih ringan, berair dan berwarna merah jambu
- Dalam 10 hari selepas bersalin, pendarahan lebih kepada berair dengan sedikit berwarna merah jambu
- Hanya guna tuala wanita dan elakkan penggunaan tampon
4: Senaman
- Selepas 6 minggu, Mummies boleh tingkatkan intensiti senaman secara perlahan-lahan
- Pada 6-8 minggu, Mummies mungkin boleh meneruskan aktiviti biasa seperti sebelum czer
- Segera berhenti jika mengalami kesakitan atau pendarahan semasa bersenam
5: Pemakanan
- Ambil hidangan kecil yang sihat dengan kerap
- Amalkan makanan tinggi serat untuk memudahkan pergerakan usus
- Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan perut berangin
- Banyakkan minum air
6: Kesejahteraan emosi dan mental
- Emosi naik turun adalah perkara biasa dan tidak teratur semasa tempoh pemulihan selepas bersalin
- Mummies murung selepas bersalin dan baby blues cenderung untuk terjadi
- Wanita yang menjalani czer kecemasan mungkin akan lebih sensitiv emosinya kerana rasa bersalah tidak dapat beranak secara normal
- Jaga diri, dengarkan muzik, luangkan masa berjalan-jalan di luar seketika
___________________________
PERKARA YANG PERLU DAN DIELAKKAN SELEPAS C- SECTION
- Jangan bersetubuh atau memasukkan sesuatu ke dalam faraj, seperti tampon atau meruang sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin
*kepada suami di luar sana sabar dulu ya, Mummies pun sedang bersabar menunggu masa habis pantang supaya dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
- Semak suhu jika badan menggigil atau berasa ingin demam
- Jangan berendam dalam tab mandian kerana ia meningkatkan risiko jangkitan
- Jangan malu untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada pasangan atau ahli keluarga lain jika memerlukan
- Tidur semasa bayi tidur atau sekurang-kurangnya berehat
- Jangan melakukan sesuatu aktiviti untuk tempoh yang terlalu panjang. Diri anda memerlukan banyak tenaga untuk sembuh
- Pastikan Mummies mengambil pelembut najis (julap) dan makan ubat tahan sakit yang ditetapkan
___________________________
WAJIB DAPATKAN PEMERIKSAAN DOKTOR
- Jika Mummies mengalami peningkatan pendarahan faraj atau gumpalan darah
- Jika ada lelehan keluar dari faraj mahupunbau yang busuk, ia mungkin berlaku jangkitan
- Seandainya berlaku pendarahan atau bau busuk daripada luka pembedahan mahupun jika luka terbuka kembali
- Sekiranya dalam proses penjagaan ibu bersalin c-zer ini, kesakitan tidak dapat dikurangkan dengan ubat atau anda mengalami demam
- Jika berasa tertekan, terfikir untuk mencederakan diri atau bayi
Artikel diambil daripada,
Cc: hellodoktor.com

Written by Suraya Mothercare & Beauty
More From This Category
IBU BAPA PERLU BERSEDIA DENGAN RISIKO KESIHATAN YANG MUNGKIN DIALAMI BAYI PRAMATANG!
KETAHUI RISIKO KESIHATAN BAYI PRAMATANG!Assalamualaikum dan selamat petang semua! Harini Suraya Mothercare nak share tentang risiko kesihatan yang mungkin dialami oleh bayi pramatang! Bayi pramatang boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang hayat mereka....
IBU BAPA PERLU BERSEDIA DENGAN RISIKO KESIHATAN YANG MUNGKIN DIALAMI BAYI PRAMATANG!
KETAHUI RISIKO KESIHATAN BAYI PRAMATANG!Assalamualaikum dan selamat petang semua! Harini Suraya Mothercare nak share tentang risiko kesihatan yang mungkin dialami oleh bayi pramatang! Bayi pramatang boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang hayat mereka....
IBU BAPA PERLU BERSEDIA DENGAN RISIKO KESIHATAN YANG MUNGKIN DIALAMI BAYI PRAMATANG!
KETAHUI RISIKO KESIHATAN BAYI PRAMATANG!Assalamualaikum dan selamat petang semua! Harini Suraya Mothercare nak share tentang risiko kesihatan yang mungkin dialami oleh bayi pramatang! Bayi pramatang boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan sepanjang hayat mereka....
0 Comments