Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Kita sering mendengar mengenai aspek penjagaan wanita yang melahirkan anak secara normal, tetapi bagaimana pula bagi penjagaan ibu bersalin c-section?
Tapi bersalin c- section atau secara bpembedahan ke bersalin normal ke kedua- duanya perlukan rawatan susulan dan rehat yang cukup selepas bersalin.
Tubuh badan akan melalui pelbagai perubahan dari aspek fizikal dan emosi.
Haaa jadi Mummies , suami, mahupun keluarga mestilah ambil tahu kan cara penjagaan bagi ibu bersalin.
Bukan apa supaya Mummies berpantang dengan tenang aje nanti.
Jom baca kongsian dibawah.
Selamat membaca Mummies!
__________________________
TIPS PENJAGAAN IBU BERSALIN C- SECTION
1: Mengendalikan Kesakitan
- Ikut cadangan doktor dalam pengambilan ubat tahan sakit
- Simpan rekod pengambilan ubat dan jenisnya
- Gunakan pek ais untuk kesakitan bahagian pembedahan – selama 20-30 minit untuk 1 sesi
- Gunakan tuala suam untuk atasi kekejangan
2: Perlu Jaga Luka Bersalin c- Section
- Jangan membalut luka dan biarkan luka mendapat pengudaraan melainkan atas arahan doktor
- Pastikan luka bersih dan kering, terutamanya selepas mencucinya semasa mandi
- Sesetengah luka pembedahan dilitupi kulit perut dan lemak. Jika ini keadaan Mummies, berbaring secara menelentang dan angkat lipatan kulit untuk memastikan pengudaraan pada luka
- Sentiasa periksa luka pembedahan atau meminta bantuan keluarga untuk memeriksanya jika terdapat pendarahan, peningkatan lebam atau kemerahan
- Mummies mungkin dibenarkan pulang dengan staple pada luka pembedahan. Jika ini situasi anda, jangan cuba mencabutnya
3: Pendarahan Faraj
- Dalam penjagaan ibu bersalin secara pembedahan, pendarahan faraj tetap akan berlaku untuk tempoh seminggu
- 2-4 hari selepas bersalin, pendarahan menjadi lebih ringan, berair dan berwarna merah jambu
- Dalam 10 hari selepas bersalin, pendarahan lebih kepada berair dengan sedikit berwarna merah jambu
- Hanya guna tuala wanita dan elakkan penggunaan tampon
4: Senaman
- Selepas 6 minggu, Mummies boleh tingkatkan intensiti senaman secara perlahan-lahan
- Pada 6-8 minggu, Mummies mungkin boleh meneruskan aktiviti biasa seperti sebelum czer
- Segera berhenti jika mengalami kesakitan atau pendarahan semasa bersenam
5: Pemakanan
- Ambil hidangan kecil yang sihat dengan kerap
- Amalkan makanan tinggi serat untuk memudahkan pergerakan usus
- Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan perut berangin
- Banyakkan minum air
6: Kesejahteraan emosi dan mental
- Emosi naik turun adalah perkara biasa dan tidak teratur semasa tempoh pemulihan selepas bersalin
- Mummies murung selepas bersalin dan baby blues cenderung untuk terjadi
- Wanita yang menjalani czer kecemasan mungkin akan lebih sensitiv emosinya kerana rasa bersalah tidak dapat beranak secara normal
- Jaga diri, dengarkan muzik, luangkan masa berjalan-jalan di luar seketika
___________________________
PERKARA YANG PERLU DAN DIELAKKAN SELEPAS C- SECTION
- Jangan bersetubuh atau memasukkan sesuatu ke dalam faraj, seperti tampon atau meruang sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin
*kepada suami di luar sana sabar dulu ya, Mummies pun sedang bersabar menunggu masa habis pantang supaya dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
- Semak suhu jika badan menggigil atau berasa ingin demam
- Jangan berendam dalam tab mandian kerana ia meningkatkan risiko jangkitan
- Jangan malu untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada pasangan atau ahli keluarga lain jika memerlukan
- Tidur semasa bayi tidur atau sekurang-kurangnya berehat
- Jangan melakukan sesuatu aktiviti untuk tempoh yang terlalu panjang. Diri anda memerlukan banyak tenaga untuk sembuh
- Pastikan Mummies mengambil pelembut najis (julap) dan makan ubat tahan sakit yang ditetapkan
___________________________
WAJIB DAPATKAN PEMERIKSAAN DOKTOR
- Jika Mummies mengalami peningkatan pendarahan faraj atau gumpalan darah
- Jika ada lelehan keluar dari faraj mahupunbau yang busuk, ia mungkin berlaku jangkitan
- Seandainya berlaku pendarahan atau bau busuk daripada luka pembedahan mahupun jika luka terbuka kembali
- Sekiranya dalam proses penjagaan ibu bersalin c-zer ini, kesakitan tidak dapat dikurangkan dengan ubat atau anda mengalami demam
- Jika berasa tertekan, terfikir untuk mencederakan diri atau bayi
Artikel diambil daripada,
Cc: hellodoktor.com
@facebooktwitterpinterestinstagram
No comment yet, add your voice below!