Assalamualaikum dan selamat petang semua!
Harini Suraya Mothercare nak share tentang tanda-tanda bentan berlaku semasa dalam pantang!
Adakah tanda-tanda masuk angin selepas bersalin seperti cepat letih, kelesuan, sakit badan, pelupa dan kemurungan terjadi akibat melanggar pantang?
Tanda-tanda badan masuk angin semasa berpantang sering dikaitkan dengan keadaan yang dikenali sebagai bentan.
Ikuti artikel ini dan teruskan membaca untuk mengetahui penjelasan dari perspektif perubatan saintifik.
_________________________
TANDA MASUK ANGIN SELEPAS BERSALIN
Jika ibu selepas bersalin mempunyai tanda-tanda berikut:
- Rasa panas
- Penat
- Rasa lemah otot
- Sembelit
- Terasa menggeletar
- Hilang ingatan
- Rasa bimbang dan resah
- Tidak boleh dalam cuaca sejuk
- Degupan jantung laju
- Kekejangan otot
- Hilang konsentrasi
- Badan rasa lemah
- Pertambahan berat badan
Kebiasaannya, tanda di atas dianggap sebagai tanda badan sedang masuk angin ketika berpantang kan? Oleh itu, mommies selepas bersalin digalakkan untuk berpantang dengan betul. Tetapi adakah ia benar?
Hakikatnya dari sudut perubatan gejala ini, simptomnya adalah disebabkan keradangan kelenjar tiroid atau postpartum thyroiditis (PPT) di bahagian leher.
PPT vs tanda masuk angin selepas bersalin
Postpartum thyroiditis (PPT) atau tiroiditis selepas bersalin adalah keadaan yang agak jarang berlaku. Dianggarkan 5% wanita mungkin mengalami gejala ini selepas bersalin.
Secara umum, tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang terletak di bawah bahagian leher.
- Fungsi tiroid:
1. Menghasilkan hormon membantu badan menggunakan tenaga
2. Kekal panas
3. Memastikan fungsi optimum organ seperti otak, jantung dan otot
Tiroiditis selepas bersalin boleh menyebabkan hipertiroidisme – tahap hormon tiroid yang tinggi dalam darah, dan kadangkala hipotiroidisme – tahap hormon tiroid yang rendah dalam darah.
Biasanya, hipertiroidisme akan berlaku dahulu, diikuti oleh hipotiroidisme.
_________________________
INDIVIDU BERISIKO
Wanita yang menghidap diabetes jenis 1 atau mereka yang mempunyai sejarah disfungsi tiroid berisiko lebih tinggi untuk mengalami tanda masuk angin selepas bersalin PPT.
Individu yang mempunyai ahli keluarga dengan disfungsi tiroid juga berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini.
Kehadiran antibodi mikrosomal – antibodi khusus tiroid – juga menjadikan wanita terdedah kepada disfungsi tiroid, termasuk tiroiditis selepas bersalin.
_________________________
PUNCA TERJADI TANDA-TANDA MASUK ANGIN SELEPAS BERSALIN
Tiroiditis selepas bersalin disebabkan oleh antibodi antitiroid yang menyerang kelenjar tiroid. Serangan ini menyebabkan tiroid meradang.
Walaupun begitu, masih tiada penjelasan yang jelas mengapa antibodi menyerang tiroid.
Walau bagaimanapun, adalah dianggap bahawa wanita dengan PPT mungkin mempunyai penyakit tiroid autoimun tanpa gejala.
_________________________
BADAN MENUNJUKKAN TANDA-TANDA MASUK ANGIN SEMASA BERPANTANG
Tidak syak lagi bahawa simptom tiroiditis adalah serupa dengan tanda bentan selepas berpantang.
Tahap awal tiroiditis selepas bersalin – hipertiroidisme. Kebanyakan wanita mungkin tidak perasan atau sedar sebarang gejala. Peringkat ini biasanya berlaku satu hingga enam bulan selepas bersalin.
Gejala luar biasa peringkat ini termasuk:
- Hilang berat badan
- Rasa gelisah
- Rasa panas
- Rasa cemas
- Dagupan jantung laju
- Rambut gugur yang berlebihan
Apabila memasuki peringkat kedua TTP – hipotiroidisme, kebanyakan wanita mula melihat beberapa gejala.
Peringkat ini biasanya berlaku empat hingga lapan bulan selepas bersalin. Ia mungkin bertahan selama setahun dan kemudian hilang dengan sendirinya.
Dalam sesetengah kes kecil, sesetengah orang mungkin mengalami hipotiroidisme sepanjang hayat.
Antara tanda-tanda masuk angin selepas bersalin hipotiroid:
- Pertambahan berat badan
- Letih
- Kemurungan
- Kulit kering
- Sembelit
- Sakit otot
- Tidak suka cuaca sejuk
Jika mommies mengalami sebarang gejala, dapatkan rawatan perubatan dengan segera!
Haa mommies dah tahu kan apa punca boleh terjadinya bentan? Semoga bermanfaat!
cc: hellodoktor
No comment yet, add your voice below!