Skip to content

RISAU SI KECIL BERAT BERLEBIHAN? IKUTI CARA INI UNTUK ELAK OBESITI!

Obesiti merupakan salah satu faktor risiko kepada pelbagai penyakit dan komplikasi yang lain. Masalah obesiti ini akan semakin teruk jika individu tersebut tidak tahu cara mengatasi obesiti. Apakah cara menangani obesiti yang sesuai mengikut peringkat umur?

Pada perkongsian kali ini, Suraya Mothercare akan kongsikan cara untuk mengatasi obesiti bagi bayi.

Obesiti merupakan sejenis penyakit kompleks yang melibatkan jumlah lemak tubuh yang berlebihan. Ia bukan sahaja menjejaskan fizikal manusia, tetapi juga meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit lain. Ada yang mengalami obesiti disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, tidak aktif dan juga faktor keturunan.

Bagi bayi yang menyusu badan agak sukar untuk mengalami obesiti berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula. Namun, ada beberapa tip atau cara menangani obesiti bagi bayi yang boleh para mommies amalkan:

  • Jangan susukan bayi anda terlalu lama.

Bayi yang menyusu terlalu lama sehingga lebih daripada 45 minit berpotensi untuk mengalami kenaikan berat badan berlebihan.

  • Gantikan susu dengan puting bayi.

Mungkin bayi anda amat gemar untuk menyusu walaupun mereka tidak lapar. Namun, untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang berlebihan, anda boleh menggantikan aktiviti penyusuan dengan memberikan puting bayi.

  • Galakkan bayi dengan aktiviti fizikal.

Berikan bayi anda aktiviti yang menggalakkan pergerakan mereka. Ini termasuklah merangkak dan bermain dengan alat permainan.

CC: HELLO DOKTOR

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *