Skip to content

PUNCA SI MANJA MOGOK UNTUK MENYUSU, IBU SILA PERIKSA!

Bayi tidak mahu menyusu badan kerana mogok?

Apa yang dimaksudkan nursing strike atau mogok menyusu ini sebenarnya?

Keadaan ini merujuk kepada tempoh masa bayi yang menyusu badan, secara mendadak menolak untuk menyusu.

Tingkah laku ini biasanya bermula apabila si kecil melangkah ke usia 3 bulan dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.

Biasanya bayi yang mogok ini akan menolak apabila diberikan payudara tetapi tampak tidak tenang, meragam serta merengek kerana tidak diberikan susu.

Ada kalanya mogok menyusu ini disalah ertikan sebagai tanda si manja sudah bersedia untuk bercerai susu.

Ibu harus faham bahawa bayi jarang untuk weaning off sebelum berusia 2 tahun.

Bahkan sekiranya si manja sedang melalui fasa bercerai susu ini, ia seharusnya berlaku secara perlahan-lahan dengan pengurangan kekerapan sesi penyusuan dan bukannya secara mendadak.

Punca bayi mogok menyusu

Masalah bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor.

Sering kali tindak balas ini adalah sementara yang melibatkan faktor luaran. Pun begitu, dalam sesetengah kes, puncanya tidak dapat dikenal pasti.

Berikut antara beberapa pencetus mogok menyusu yang paling biasa terjadi:

  • Anda menukar jenis deodoran, sabun, minyak wangi, losen atau perkara-perkara lain yang mengakibatkan wujud ‘bau’ berbeza daripada kebiasaannya kepada si kecil
  • Anda berdepan tekanan sama ada melibatkan kerja atau kehidupan harian seperti sudah kembali bekerja atau masalah kewangan keluarga
  • Si kecil mengalami penyakit atau kecederaan yang membuatkan penyusuan menjadi tidak menyelesakan. Contohnya jangkitan telinga, hidung tersumbat serta jangkitan fungus atau luka pada mulut
  • Bayi mengalami sakit gusi kerana sedang melalui fasa pertumbuhan gigi
  • Anda mengubah corak penyusuan disebabkan beberapa faktor seperti memulakan pekerjaan baharu, mula menghantar bayi kepada pengasuh atau kerap menangguhkan penyusuan badan kerana sibuk
  • Anda memberikan tindak balas mengejut yang kuat apabila si kecil secara tidak sengaja menggigit puting. Bayi tidak mahu menyusu badan mungkin kerana ketakutan
  • Anda kembali hamil dan bekalan susu semakin berkurangan
  • Anda dalam fasa ovulasi dan bekalan susu mungkin berkurangan buat sementara waktu
  • Anda kurang mengepam susu apabila berjauhan dengan bayi
  • Berada dalam keadaan tidak sihat atau mengambil sebarang ubat termasuk beberapa kaedah kawalan kelahiran, yang boleh memberikan kesan negatif kepada bekalan susu

Satu lagi perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai faktor menyebabkan bayi mogok menyusu adalah aliran susu terlalu kuat.

Keadaan itu di mana susu masuk dengan banyak ke dalam mulut si manja sehingga menyukarkan mereka mengawalnya, sekali gus terus menolak payudara.

CC:hellodoktor

1 Comment

  1. I like this web blog very much, Its a really nice position to read and find information.Leadership


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *