Skip to content

PUNCA RAHIM KEMBANG PADA WANITA, IBU HAMIL DAN BERPANTANG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Pada hari ini, Suraya Mothercare ingin berkongsi tentang cara untuk mengenal pasti punca berlakunya rahim kembang pada golongan wanita, ibu hamil dan sedang berpantang.

Apa itu Rahim Kembang?

Rahim kembang merupakan antara masalah yang boleh dan sering berlaku pada wanita yang baru sahaja melahirkan anak atau wanita yang masih belum melahirkan. Namun, selepas sahaja wanita selesai bersalin, masalah untuk mengalami rahim kembang ini lebih berisiko tinggi untuk berlaku kerana rahim telah menegang dan membesar untuk menempatkan bayi pada tempoh yang lama iaitu sepanjang 9 bulan.

Selepas bayi dilahirkan, rahim akan menjadi lebih kecil dan lebih ketat untuk menolak keluar semua bahan yang membantu dalam proses penghasilan bayi. Ini juga menjadikan saluran darah lebih kecil supaya tidak berlaku terlalu banyak pendarahan. Jika rahim tidak mengecil dan salur darah tetap besar, boleh berlaku banyak pendarahan dan boleh membahayakan ibu.

Jadi, apakah penyebab sebenar rahim kembang pada wanita?

Antara Punca Rahim Menjadi Kembang:

  • Tempoh melahirkan bayi yang lama. Apabila tempoh melahirkan adalah lama, otot rahim akan menjadi letih sehingga tidak mampu untuk mengecut. Hal ini akan menyebabkan masalah rahim kembang dan meningkatkan risiko pendarahan pada wanita setelah bersalin.
  • Tempoh melahirkan bayi yang terlalu singkat. Tempoh yang terlalu singkat pula akan menyebabkan otot rahim wanita tidak mempunyai masa yang mencukupi atau tidak sempat untuk mengecut.
  • Penggunaan ubat yang menggalakkan kontraksi. Penggunaan ubat seperti Oxytocin boleh digunakan sebagai salah satu rawatan untuk rahim kembang. Namun, ia juga berisiko mengakibatkan rahim kembang. Hal ini disebabkan oleh ubat ini yang berupaya meningkatkan kontraksi rahim sehingga rahim menjadi letih untuk mengecut semula kepada bentuk asal selepas bersalin.

Individu yang lebih berisiko tinggi untuk mengalami rahim kembang adalah mereka yang hamil anak kembar, melahirkan anak yang ramai, melahirkan bayi yang bersaiz lebih besar daripada biasa, menghidap obesiti dan air ketuban berlebihan.

CC: Doctor On Call

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *