Mummies wajib tahu!

Assalamualaikum Mummies dan good morning Mummies!

Haih time-time macam ni kalau bayi dah meragam memang nak mengamuk ek Mummies sealed

Tapi kadang-kadang terfikir tak mungkin bayi meragam mungkin  sebab sembelit?

Ha bayi boleh sembelit ke? Ya boleh.

Berikut adalah punca-punca bayi sembelit.

Selamat membaca Mummies! wink

________________________________________________

PUNCA-PUNCA BAYI SEMBELIT

Selalunya, bayi yang diberikan penyusuan eksklusif sangat jarang mengalami sembelit. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab bayi menyusu badan sembelit:

1. KEKURANGAN SERAT DALAM MAKANAN

Masalah sembelit biasanya akan berlaku kepada bayi menyusu adalah apabila si manja mula diberikan makanan pejal seperti bijirin, lobak merah, gandum atau kekacang tanpa kandungan serat.

Keadaan tersebut mungkin akan menyebabkan najis menjadi sukar untuk melalui usus.

2. DEHIDRASI

Antara masalah kesihatan yang boleh dialami bayi adalah seperti selesema, batuk, jangkitan tekak atau masalah gigi.

Jika ia berlaku, kandungan air dalam badan si manja akan berkurang dan mengakibatkan dehidrasi. Sekali gus boleh menjadi punca bayi sembelit.

3. PENYUSUAN SUSU FORMULA

Walaupun menyusu badan, ada sesetengah ibu yang turut memberikan susu formula kepada bayi mereka. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada masalah sembelit.

Umumnya, susu formula lebih sukar dicerna oleh bayi berbanding susu ibu, oleh sebab itu najis mungkin menjadi lebih keras dan berketul.

Untuk bayi yang mempunyai masalah alahan protein susu juga akan mengalami sembelit apabila diberikan susu formula.

4. KEADAAN CUACA

Perubahan cuaca yang panas dan lembap boleh menyebabkan bayi berpeluh dengan banyak dan mendorong kepada dehidrasi.

Kandungan air dalam badan bayi yang kurang boleh mengakibatkan sembelit.

5. TABIAT DAN DIET PEMAKANAN IBU

Pergerakan usus bayi adakalanya turut bergantung kepada tabiat pemakanan ibunya. Ini bermakna apa yang dimakan ibu menentukan tahap kesihatan bayi.

Kalau diet ibu kekurangan serat dan mengandungi zat besi berlebihan, ia boleh menjadi punca bayi sembelit.

Oleh itu, sangat mustahak untuk ibu menyusu badan menjaga pemakanan dan lebih mengambil makanan yang rendah kandungan zat besi.

6. KEADAAN KESIHATAN

Kadang-kadang, masalah melibatkan perubatan seperti kelainan pada saluran pencernaan, bukaan rektum yang kecil boleh menyukarkan bayi membuang najis.

Walaupun ia jarang untuk berlaku, namun sudah tentu ia boleh menyebabkan sembelit.

Secara amnya, cara untuk mengatasi bayi sembelit melibatkan kesihatan ini memerlukan campur tangan perubatan. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar pediatrik.

______________________________________________

LANGKAH ATASI BAYI SEMBELIT

Untuk bayi:

  • Dehidrasi boleh jadi punca sembelit yang serius pada bayi. Oleh itu, pastikan si manja mendapat cecair yang mencukupi menerusi susu ibu atau air
  • Jika bayi anda sudah mula mengambil makanan pejal, pastikan anda memberikannya makanan berserat, seperti buah-buahan atau sayuran
  • Untuk mengatasi bayi sembelit, anda boleh membantu dengan melakukan senaman bagi merangsang pergerakan usus bayi. Cuba baringkan bayi dalam keadaan terlentang dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal
  • Melakukan urutan lembut pada perut bayi boleh mengurangkan dan meredakan masalah sembelit
  • Jika doktor membenarkan, selitkan jus prun ke dalam diet pemakanan bayi anda untuk melembutkan najisnya

Untuk ibu:

  • Jika bayi anda mempunyai intoleransi protein susu lembu, elakkan pengambilan makanan seperti krim, yogurt, mentega atau keju dalam diet anda. Pastikan anda menyemak senarai ramuan sebelum membeli sebarang makanan
  • Anda gemarkan minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman berkarbonat? Mungkin tiba masanya anda hadkan pengambilannya
  • Elakkan sebarang makanan yang boleh menyebabkan kembung atau gas
  • Masukkan lebih banyak makanan kaya serat seperti buah dan sayuran, kekacang serta bijirin dalam diet anda. Pastikan anda mengambil air dengan mencukupi, okay?
  • 4 P – Prun, pic, plum dan pir, perlu dijadikan rutin dalam diet pemakanan harian anda

_________________________________________________

MUMMIES KENA ALERT!

Sembelit boleh menjadi keadaan serius dan menyakitkan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius.

Namun, anda perlu faham, pergerakan usus tidak teratur pada bayi bukan punca bayi sembelit.

Jika si manja benar-benar mengalami kesukaran untuk membuang najis, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.

Selamat berilmu dan beramal Mummies!

 

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/punca-bayi-sembelit/

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *