Berpantang merupakan peringkat dimana ianya akan menjadi sukar untuk para isteri terutamanya jika ianya dilakukan tanpa sokongan suami.

Bagi suami bekerja, mereka boleh membantu isteri dengan bangun lebih awal dimana mereka boleh menyediakan air mandian herba atau sarapan untuk isteri mereka. Dengan ini ianya boleh meringankan beban serba sedikit walaupun suami mereka berkerja. Selain itu ianya mampu mengelakkan isteri daripada kelam kabut di pagi hari dimana mereka perlu menyiapkan diri mereka dan juga bayi. Oleh sebab itulah para suami sering digalakkan untuk belajar bagaimana cara memandikan bayi mereka.

Sebelum mereka pergi ke kerja, mereka boleh membantua isteri mereka dengan menyiapkan persiapan isteri dan juga bayi mereka antaranya seperti pakaian, minyak angin atau keperluan yang lain. Bagi suami yang mengambil cuti untuk menjaga isteri mereka pula, mereka mempunyai peluang yang lebih banyak untuk membantu isteri mereka. Ini kerana mereka dapat membantu isteri mereka dari segi menjaga bayi, menidurkan bayi, menyediakan makanan dan keperluan isteri yang lain. Dengan ini isteri mereka mempunyai masa lebih masa untuk berehat. Seperti sedia maklum proses melahirkan merupakan proses dimana ianya menyebabkan tubuh badan isteri kehilangan banyak tenaga jadi mereka amat memerlukan rehat yang mencukupi bagi mendapatkan tenaga mereka kembali.

Selain itu para suami juga digalakkan untuk sering berada di samping isteri mereka. Walaupun ianya kelihatan remeh namun ianya memberikan makna yang besar terhadap isteri. Ini kerana ianya bermaksud bahawa suami memberikan sokongan besar terhadap isteri mereka dan juga mereka mengambil berat terhadap isteri mereka. Persekitaran isteri juga harus sering dijaga. Ini penting bagi mengelakkan perkara seperti kemurungan ataupun lebih dikenali sebagai meroyan. Elakkan lah daripada mengeluh keletihan kerana isteri yang baru melahirkan sudah pasti lebih lelah setelah bertarung nyawa demi melahirkan zuriat suami. Kebersihan dan juga kekemasan juga harus sentiasa dijaga bagi menjaga emosi isteri.

Peranan suami amat penting dan besar dalam tempoh berpantang. Hargai isteri anda yang telah bertarung nyawa demi melahirkan zuriat anda.