Skip to content

PENTINGNYA JALAN KAKI UNTUK IBU HAMIL!

Ketika sedang hamil, senaman berat atau terlalu banyak gerakan tidak disyorkan. Namun begitu, aktiviti fizikal amat digalakkan untuk menjaga kesihatan mommies dan janin. Malah, mommies yang sihat akan melahirkan anak yang lebih kuat, sihat, malah lebih pintar. Nah, salah satu cara senaman yang paling selamat dan paling mudah untuk wanita hamil ialah berjalan kaki.

Jadi, pada perkongsian kali ini Suraya Mothercare akan berkongsi mengapa berjalan kaki adalah penting bagi para mommies yang sedang hamil.

Jabatan Kesihatan dan Khidmat Kemanusiaan Amerika Syarikat menyarankan bahawa wanita perlu melakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman setiap hari, seperti berjalan. Malah, mereka yang berada dalam kerjaya aktif, yang banyak memerlukan mereka untuk berjalan boleh mendapat manfaat daripadanya. Dalam kebanyakan manfaat fizikal, aktiviti berjalan boleh membantu untuk mengosongkan fikiran dan melegakan tekanan. Berjalan pantas amat baik untuk jantung dan paru-paru, tanpa menyakitkan lutut dan buku lali.

Apakah manfaat berjalan kaki bagi mommies hamil?

Berjalan semasa hamil memberikan banyak manfaat untuk mommies dan bayi.

Senaman ini dapat membantu untuk mendapatkan kenaikan berat badan yang sepatutnya semasa mengandung. Seperti yang kita tahu, kenaikan berat badan yang berlebihan semasa hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang ataupun bayi yang besar. Jadi, berjalan dapat membantu tubuh untuk mengatasi rasa sakit dan lenguh-lenguh semasa mengandung.

Berat badan yang bersesuaian membantu mommies untuk kurang berasa letih sepanjang ‘membawa perut’. Tambahan pula, mommies dapat menyediakan diri untuk proses kelahiran nanti. Selain itu, senaman juga dapat membantu dalam menghalang komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan, seperti masalah diabetes, yang boleh memberi impak kepada kesihatan mommies dan bayi dalam kandungan. Akhirnya, berjalan juga dapat membantu mengurangkan bengkak; bergerak dapat mengurangkan pembentukan cecair pada kaki dan buku lali mommies.

Mengapa jalan kaki penting untuk mommies hamil?

  • Menurunkan risiko penyakit preeklamsia dan diabetes gestasional

Preeklamsia merupakan komplikasi serius yang ditandai dengan tekanan darah tinggi pada ibu hamil. Komplikasi ini sering terjadi bahkan jika sebelumnya mommies tidak pernah mengalaminya. Manakala diabetes gestasional adalah komplikasi kehamilan yang ditandai dengan tingginya gula darah pada ibu hamil.

  • Meredakan stress

Pelbagai perubahan badan dan masalah yang berlaku semasa hamil boleh menyebabkan tekanan atau stress kepada ibu hamil.

Tahukah mommies bahawa berjalan adalah senaman yang berkesan untuk meningkatkan mood semasa hamil? Bagi sesiapa yang kerap berjalan-jalan, walaupun semasa mengandung, mengalami peningkatan dalam endorfin, hormon gembira, yang membawa kepada mood dan kegembiraan.

Senaman berjalan yang kerap juga dapat memastikan tidur yang lena. Ini sememangnya satu perkara yang baik untuk wanita hamil, yang sering sukar untuk mencari posisi tidur yang selesa dan tidak mendapat tidur yang cukup.

  • Bayi lahir dengan berat badan yang sihat

Berjalan dengan kerap dapat membantu mengawal penambahan berat badan mommies dan janin.

Bayi yang lahir dari mommies yang kerap berjalan semasa mengandung cenderung mempunyai indeks jisim badan yang lebih ideal. Bayi yang dilahirkan pada berat badan ideal secara amnya dianggap sihat dan mempunyai kepekaan insulin yang baik apabila dewasa.

Ia juga dapat meningkatkan sensitiviti insulin boleh melindungi kanak-kanak daripada risiko diabetes pada masa hadapan.

  • Meningkatkan peluang untuk bersalin normal

Berjalan dengan kerap semasa mengandung menguatkan otot-otot paha, betis dan punggung bawah para mommies. Ini sangat membantu dalam mencapai proses persalinan yang lebih cepat dan lebih mudah.

Dengan kaedah ini, mommies tidak perlu menunggu lama untuk kontraksi dan ia tidak begitu sukar untuk dilalui.

CC: HELLO SEHAT

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *