Skip to content
TENTANG KAMI

Memberikan Sokongan
dan Penjagaan
untuk Ibu dan Bayi

Selepas melalui proses melahirkan anak yang sepastinya mencabar, ibu memerlukan masa untuk sembuh, pulih sepenuhnya, dan berehat secukupnya. Namun, untuk mendapatkan confinement lady yang mampu menjaga ibu, bayi, memasak, dan membersihkan rumah secara serentak sememangnya sukar.

Kami memahami kebimbangan anda, yang mana Ibu semakin berusia, suami sibuk bekerja, berjauhan dengan keluarga, dan bimbang memilih confinement lady yang salah, terutamanya selepas kelahiran anak sulung.

SEBUAH PERMULAAN UNTUK MENEMBUSI
PASARAN KE LUAR NEGARA

Memberikan para ibu sokongan sejak 2018,
berkembang daripada 6 kepada lebih 200 confinement di seluruh Malaysia dan Singapura

Kami sentiasa ada di sini untuk mengurangkan kerisauan anda.
Bermula pada tahun 2018, Suraya Mothercare ditubuhkan untuk meringankan beban para ibu mengandung dengan berbekalkan hanya 6 confinement lady di sekitar Johor Bahru.

Kami memberi tumpuan kepada penjagaan wanita hamil mengikut arahan Kementerian Kesihatan dan amalan tradisional orang Melayu.

Setelah beberapa tahun berlalu….

Kini, Suraya Mothercare memiliki lebih 200 confinement lady di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kami tidak terhad kepada Malaysia tetapi juga Singapura dan juga luar negara.

Pada tahun 2020, cawangan pejabat Suraya Mothercare dibangunkan di Seri Kembangan, Selangor. Pada tahun 2022, cawangan ketiga telah dibuka di Muar, Johor.

Kami memahami keperluan berbeza para ibu, justeru kami menawarkan pelbagai pakej yang sesuai dengan bajet. Pakej kami termasuk pakej separuh hari (dengan/tanpa memasak), pakej sepenuh hari yang menjaga ibu dari pagi hingga malam, dan pakej tinggal bersama di rumah ibu sepanjang tempoh confinement. Kami turut menawarkan pakej ekonomi dan pakej ala-carte.

KUALITI DAN PENGALAMAN

Confinement Lady yang Terlatih Dapat Memberi Jaminan Perkhidmatan Penjagaan yang Profesional untuk Setiap Ibu

Keistimewaan kami ialah kami menawarkan confinement lady tempatan. Kebanyakkan confinement lady kami terlatih dan mempunyai Sijil Penjagaan Wanita Hamil, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

RAKAN KONGSI KAMI

Kerjasama Syarikat Kami

PERJALANAN KAMI

Memberikan Sokongan Kepada Ibu, Ketika Melalui Tempoh Berpantang Dengan Penjagaan Penuh Kasih Sayang sejak 2018

Tahun 2018
Suraya Mothercare
ditubuhkan pada 2018
Tahun 2020
Cawangan Pejabat di
Seri Kembangan, Selangor
Tahun 2022
Cawangan pejabat yang
ketiga dibuka di Muar, Johor
Tahun 2023
200+ confinement ladies
di seluruh Malaysia
dan Singapura
HARI INI
Sokongan Kami
Melangkaui Sempadan
dengan kepelbagaian
pakej