Skip to content

FAQ

1. Untuk pakej full day , CL akan balik atau tinggal bersama ibu berpantang?

Untuk pakej full day , CL akan ulang alik sepanjang sesi rawatan bersama ibu berpantang. Waktu kerja CL hanya bermula dari jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang sahaja

2. Kalau saya bayi ketiga , bayi saya masih dapat percuma sesi rawatan seperti dalam template pakej?

Betul puan , untuk bayi pertama yang kita maksudkan di dalam template pakej ialah untuk bayi kembar . Kalau bayi puan ialah kelahiran kedua atau seterusnya masih boleh dapat sesi rawatan percuma untuk bayi

3. Kalau pakej stay in , CL akan balik ke selepas jam 8 malam ?

Untuk pakej stay in, CL akan tinggal dengan puan sepanjang sesi rawatan berpantang sehingga kesemua sesi rawatan telah selesai. Dan waktu bekerja adalah dari 8 pagi hingga 8 malam

4. Untuk pakej daycare , Bahan mentah akan disediakan oleh siapa ya ? Pihak SMB atau pelanggan?

Untuk bahan mentah harus disediakan oleh pihak pelanggan. CL akan memasak makanan pantang berdasarkan bahan yang telah disediakan.

5. Pakej ulang alik, dah termasuk kos pengangkutan ke?

Untuk pakej ulang alik ada kawasan yang kita cover & tak perlu tambahan pengangkutan. Puan boleh semak dahulu dengan admin SMB ya

6. Semua bahan berpantang macam param, pilis, scrub perlu saya sediakan ke ?

Tidak perlu puan, semua set berpantang akan disediakan oleh CL SMB dengan menggunakan product dari SMB sendiri. Puan hanya perlu sediakan bahan mentah sahaja jika memilih pakej yang termasuk masakan pantang

7. Set param pilis tu akan diberi terus pada pelanggan atau macam mana ya?

Untuk set berpantang tu , kami hanya sediakan untuk sepanjang sesi rawatan sahaja.

8. CL akan makan makanan yang dia masak untuk ibu berpantang juga ke?

Untuk pakej Stay in & Daycare , ya, CL akan makan makanan yang dimasak untuk ibu berpantang juga.

9. Jika saya bersalin awal bagaimana?

Jika puan bersalin lebih awal , puan boleh memaklumkan dengan pihak admin dengan kadar segera agar lebih memudahkan penjadualan semula, pihak pelanggan perlu memberikan sedikit masa kepada pihak pengurusan untuk penjadualan semula CL.

10. Bagaimama cara buat tempahan?

Pihak pelanggan perlu menyemak kekosongan slot terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran wang pendahuluan. kekosongan slot terhad untuk tempoh 48 jam sahaja, sekiranya pihak pelanggan tidak membuat pembayaran dalam tempoh tersebut, pihak pelanggan perlu menyemak kembali kekosongan slot.