Skip to content

MOMMIES PERLU BERSEDIA HADAPI KONTRAKSI SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BERSALIN!

MOMMIES DAH BERSEDIA KE BELUM NAK MENGHADAPI KONTRAKSI?

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Harini Suraya Mothercare nak share mengenai persediaan mommies hadapi kontraksi sebelum, semasa dan selepas bersalin!

Haa mommies dah tahu kan salah satu tanda kelahiran bayi ialah bakal ibu akan merasai tanda-tanda kontraksi. Tetapi adakah mommies rasa semua kontraksi adalah sama atau adakah ia berbeza jenis?

Ikuti perkongsiaan kali ini!

 

_________________________

 APAKAH KONTRAKSI?

Kontraksi adalah bahagian normal kehamilan dan berlaku apabila otot rahim mengecut dan melentur, sama seperti regangan otot lain.

Akhirnya, pengecutan otot rahim mommies yang membantu mommies semasa proses kelahiran, mendorong bayi mommies melalui saluran kelahiran dan keluar ke dunia.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan wanita hamil, tanda-tanda kontraksi atau aktiviti otot rahim boleh mengelirukan.

Ini benar terutamanya jika perlu membandingkan kontraksi untuk bersalin atau sebaliknya.

 

_________________________

TANDA-TANDA KONTRAKSI BERKAITAN PROSES KELAHIRAN

Secara umumnya, dikatakan terdapat enam jenis kontraksi yang akan mommies alami sebelum, semasa dan selepas bersalin.

1. Braxton Hicks – Kontraksi setiap hari

Dinamakan sempena nama doktor, Braxton Hicks pada asasnya dianggap sebagai kontraksi pemanasan (warm up).

Ini adalah keadaan normal yang biasanya bermula pada trimester kedua. Mommies selalunya akan merasakan otot rahim mengeras atau menegang dengan cepat, terutamanya di bahagian hadapan.

Dehidrasi atau peningkatan pergerakan boleh menyebabkan tanda-tanda kontraksi ini muncul.

Bagi sesetengah ibu selepas bersalin, Braxton Hicks paling ketara pada waktu malam, terutamanya selepas hari yang memenatkan.

Oleh itu, bakal mommies tidak perlu panik jika merasakan kontraksi ini. Ini bukan petanda kelahiran bayi yang memerlukan mommies bergegas ke hospital tau. Tenang!

 

2. Kontraksi fasa awal kelahiran – Sudah tiba masanya untuk membuat persediaan tetapi jangan pergi ke hospital lagi

Kontraksi ini boleh menyebabkan ketidakselesaan. Mommies mungkin akan berasa seperti mengalami kekejangan haid ringan hingga sederhana.

Biasanya, tempoh kontraksi adalah berselang dan berubah-ubah. Dari 7 hingga 10 minit, malah 20 minit atau lebih.

Apabila kekejangan berlaku, mommies boleh tidur atau melakukan aktiviti lain.

Untuk mengetahui sama ada mommies mengalami kontraksi fasa awal kelahiran atau Braxton Hicks ini, mommies perlu memerhatikan atau mengira masa kontraksi dan melihat coraknya.

Jika mommies berada di peringkat awal proses kelahiran bayi, mommies harus kekal berada di rumah selama mungkin.

Dapatkan bantuan pasangan mommies untuk membantu mencipta ruang berehat yang membantu mommies bertenang – mungkin menggunakan pencahayaan rendah dan suasana yang tenang.

Jika itu tidak berjaya, mungkin mommies boleh mengalih perhatian diri dengan melakukan aktiviti lain seperti berjalan kaki, memasak atau menonton rancangan TV atau filem kegemaran.

 

3. Kontraksi fasa kelahiran aktif – Ya! Mommies boleh membawa pasangan ke hospital

Tanda-tanda kontraksi yang berlaku semasa fasa kelahiran aktif ini bermakna segala-galanya semakin meningkat – kekerapan kontraksi semakin hampir – datang dari jarak 4 hingga 5 minit dan berlangsung kira-kira 30 saat hingga 1 minit bagi setiap kontraksi.

Pada ketika ini, doktor akan mencadangkan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk mommies pergi ke tempat bersalin yang mommies pilih. Ini benar terutamanya apabila kontraksi menjadi lebih kuat, lebih kerap dan lebih dekat.

Kebiasaannya, wanita yang mengalami kontraksi ini akan merasakannya sebagai satu perkara yang menyakitkan terutama di bahagian depan dan belakang rahim.

Mommies mungkin memerlukan lebih sokongan emosi tambahan atau bantuan untuk bertenang pada masa ini.

 

4. Kontraksi peralihan – Semakin hampir untuk bersalin!

Tempoh peralihan ini bermakna mommies akan bersalin tidak lama lagi. Di sinilah bukaan serviks meningkat dari 8 kepada 10 cm.

Ini selalunya merupakan bahagian yang paling sukar dalam proses kelahiran bayi dan kebanyakan bakal mommies akan berkata “Saya tidak boleh melakukannya!”.

Tanda kontraksi yang berlaku semasa fasa peralihan ini boleh berlanjutan sehingga 2 minit dan menjadi kuat dengan tempoh rehat yang singkat di antaranya.

Biasanya ini disertai dengan tekanan kuat pada vagina dan rektum.

Pada masa ini, mommies mungkin berasa menggigil, muntah, rasa sejuk dan ingin bercakap.

Biasanya, individu yang berada di peringkat kontraksi ini tidak mahu disentuh atau bercakap dengannya.

Tetapi jika mommies memerlukan sokongan, kata-kata semangat daripada pasangan mommies boleh membuat perbezaan besar antara banyak tekanan kuat di punggung dan sokongan yang diperolehi.

 

5. Kontraksi meneran – Bayi sudah bersedia untuk keluar!

Dalam tempoh meneran ini, mommies sering berasa seperti mommies perlu membuang air besar.

Pada peringkat ini, tanda-tanda kontraksi menjadi lebih kuat dan jarang reda. Sesetengah wanita berasa mudah meneran semasa kontraksi berlaku.

Meneran bayi keluar selalunya memerlukan banyak bantuan. Pasangan mommies boleh membantu dengan memberikan kata semangat seperti “Anda hebat” atau “Anda boleh melakukannya.”

Suami juga mungkin boleh membantu mengelap peluh atau memegang tangan mommies untuk memberikan lebih keselesaan.

 

6. Kontraksi selepas kelahiran bayi – Pengecutan otot rahim juga berlaku selepas bersalin

Bukan sahaja terdapat keperluan untuk kontraksi untuk mengeluarkan plasenta sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi proses pengucupan rahim – yang membantu rahim kembali ke saiz asal sebelum kehamilan (involution) – juga boleh berlaku menyebabkan kontraksi.

Penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan kontraksi selepas melahirkan anak.

Dikenali sebagai sakit selepas bersalin, ia biasanya memuncak antara 2 hingga 3 hari selepas kelahiran. Namun, ini adalah keadaan biasa yang perlu dialami!

Sama seperti mommies menempuh proses kelahiran bayi, ingat bahawa mommies pasti boleh melalui kesakitan ini juga!

Haa mommies dah tahu kan tanda-tanda kontraksi berkaitan proses kelahiran? Semoga bermanfaat!

 

cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/kelahiran-bayi/beranak/tanda-kontraksi-bersalin/

@facebooktwitterpinterestinstagram

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *