Skip to content

LAKUKAN PETUA INI SEKIRANYA SI KECIL ADA RUAM!

Kebanyakan ruam di kalangan bayi baru lahir adalah disebabkan oleh penyesuaian fisiologi normal yang berlaku pada kulit bayi baru lahir terhadap persekitaran baharu. Mujurlah, ruam ini biasanya pulih sendiri serta tidak berbahaya dan tidak memerlukan sebarang rawatan khusus. Ruam pada badan si kecil mungkin berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Tetapi adakah terdapat cara lain untuk mengatasi masalah ini selain menggunakan bedak ruam untuk bayi? Pada perkongsian kali ini, Suraya Mothercare akan kongsikan petua untuk melegakan ruam pada si kecil.

Bayi boleh mengalami ruam kulit atas pelbagai sebab. Ini termasuk ruam lampin, tindak balas minyak bayi, ekzema yang disebabkan oleh kulit kering, dan juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus. Ibu bapa perlu peka dan adalah sangat penting untuk memantau ruam anak mereka bagi memastikan ia tidak menjadi lebih teruk.

Petua yang sering digunakan oleh para ibu-ibu adalah dengan menggunakan bedak ruam. Namun selain itu, ibu bapa juga boleh cuba untuk menggunakan petua kami kongsikan bagi membantu meredakan ruam yang dialami si kecil.

  • Mampatan sejuk

Ia boleh membantu untuk melegakan gejala ruam yang menyebabkan ketidakselesaan bayi dan apabila diletakkan mampatan sejuk, ia akan mengurangkan keterukan ruam. Haba sejuk sangat bagus untuk masalah ruam kerana haba yang dihasilkan akan mengurangkan bengkak dan keradangan. Untuk mencuba teknik ini, gunakan kain bersih dan lembut yang direndam dalam air sejuk atau alat pemampat sejuk komersial. Jangan letak ais terus pada kulit bayi anda kerana ia boleh menyebabkan radang dingin dan merosakkan kulit sensitif.

  • Susu Ibu

Susu ibu, bukan hanya untuk mengenyangkan bayi, namun ia turut mempunyai kelebihan lain. Hanya perlu sapukan beberapa titis susu badan ke bahagian yang dijangkiti dapat menyembuhkan ruam sepenuhnya tanpa sebarang tindak balas. Ini kerana susu ibu sarat dengan imunoglobulin yang berperanan dalam memerangi jangkitan.

  • Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah pilihan yang baik untuk menyembuhkan ruam dan memperbaharui kulit bayi selepas itu. Minyak zaitun ini bersifat antiradang yang sangat bagus untuk masalah dermatitis yang merengsakan, ruam lampin dan ruam alahan.

  • Minyak kelapa

Minyak kelapa juga boleh menghidrat dan meredakan ruam bayi. Ia dapat membantu melindungi kulit si manja. Minyak ini mempunyai konsistensi yang tebal seperti kebanyakan produk untuk ruam lampin. Ia melindungi ruam daripada kerengsaan dan pembolehubah luar. Minyak kelapa dara sangat disyorkan kerana ia masih mempunyai sifat antiseptik dan anti-radang minyak kelapa yang tidak diproses.

CC: HELLO DOKTOR

1 Comment


Add a Comment