Pada perkongsian kali ini, Suraya Mothercare akan perkenalkan lima kaedah yang boleh membantu ada melakukan ramalan mengenai jantina bayi dalam kandungan.

1. Melalui tanda-tanda mengandung

Tanda hamil anak lelaki

  • Perut anda akan memboyot ke hadapan dan rendah.
  • Anda kelihatan berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan lebih besar daripada kiri.
  • Anda teringin untuk makan makanan yang lebih protein seperti keju atau daging.
  • Kaki cepat sejuk dan kulit kering.
  • Rambut jadi lebih cepat berkilat semasa hamil.
  • Tidur selalu menghadap ke sebelah kiri.
  • Anak sulung anda (jika ada dan perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
  • Hidung kelihatan besar dan kembang.

Tanda hamil bayi perempuan

  • Degupan bayi anda lebih cepat daripada 140 kali seminit.
  • Perut berbentuk bulat dan tinggi.
  • Muka hilang seri dan anda sangat “moody”.
  • Mabuk hamil semasa 12 minggu kehamilan.
  • Payudara kiri kelihatan lebih besar daripada kanan.
  • Anak mata tidak mengembang jika lihat cermin dalam masa seminit.
  • Teringin untuk memakan benda manis.
  • Kulit kelihatan lembut.
  • Suami lebih agresif semasa hubungan seks.
  • Rambut nipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Tidur mengiring
  •  Air kencing berwarna kuning samar.
  • Punggung melebar ketika hamil.

2. Berdasarkan kadar denyutan jantung bayi

Sekiranya kadar denyutan jantung bayi atas daripada 140 kali, bayi dalam kandungan mungkin adalah perempuan. Manakala jika bawah daripada 140, jantina bayi dikatakan lelaki.

3. Menggunakan jadual jantina

Katanya jadual ini diambil oleh ilmuan dari makam kerajaan di Beijing, RRC. Naskah asli terkubur selama 700 tahun dan kini disimpan oleh Institut Pengetahuan Beijing.

Ia dikira berdasarkan umur ibu mengandung dan juga bulan berapa benih terbentuk atau anda mula mengandung.

Caranya: Bulan last period dicampurkan (+) umur kita masa last period tu (ikut bulan). Jika hasilnya nombor genap, ia mungkin anak perempuan. Jika hasil ganjil, anak lelaki.

4. Mengetahui jantina bayi melalui kalkulator kelahiran

Teknik ini adalah yang paling senang. Anda hanya perlu memasukkan tarikh lahir ibu dan tarikh benih mula terbentuk/ mula mengandung atau tarikh jangkaan bersalin.

Kalkulator ini akan mengira dan mengeluarkan hasil sama ada bayi dalam kandungan anda lelaki ataupun perempuan. Kalkulator ini dibangunkan berdasarkan ramalan ke-4 di atas.

5. Kedudukan plasenta (uri)

Lokasi uri turut dikaitkan dengan jantina janin. Anda sebenarnya mampu mengetahui jantina seawal usia kandungan 6 minggu. Kaedah ini dikenali sebagai Ramzi’s Method oleh Dr. Saad Ramzi Ismail.

Seawal 6 minggu kita boleh mengesan jantina anak sama ada lelaki ataupun perempuan. Ini adalah kajian doktor 100 peratus:

  • Jika berada sebelah kanan= bayi lelaki
  • Jika berada sebelah kiri= bayi perempuan

Jika para mommies tidak faham, boleh ambil gambar scan baby. Kemudian cari di mana terletaknya plasenta, tandakan dengan pen sedikit dan letak gambar tersebut pada perut, sama ada kiri ke kanan.

Ini merupakan mitos dan petua orang-orang tua untuk mengetahui jantina bayi semasa dalam kandungan. Selebihnya kita serahkan segalanya kepada Yang Maha Pencipta.

CC: THE ASIAN PARENT

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *