Skip to content

KETAHUI 9 JENIS MAKANAN SEMULA JADI UNTUK KECERDASAN MINDA ANAK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Pada perkongsian hari ini, Suraya Mothercare akan berkongsi tentang jenis-jenis makanan yang akan membantu dalam mencerdaskan minda anak-anak.

Setiap ibu bapa seharusnya mahukan anak mereka mempunyai otak yang cerdas dan berbakat. Selain galakan ibu bapa, pemakanan seimbang yang mengandungi nutrien tertentu boleh meningkatkan kecerdasan otak bayi anda sejak kecil. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjauhkan anak-anak mereka daripada makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi bahan kimia yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan mereka malah mengurangkan konsentrasi anak-anak mereka dalam pelajaran.

Di bawah merupakan 9 makanan semulajadi yang dapat merangsang kecerdasan otak bayi dan kanak-kanak serta boleh diamalkan sejak memperkenalkan mereka dengan makanan pepejal.

  • Ikan

Pakar sering mengesyorkan memilih ikan yang mengandungi asid lemak berfaedah, seperti salmon, yang merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3, yang penting untuk fungsi dan pertumbuhan otak kanak-kanak.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa orang yang suka makan ikan yang mengandungi omega-3 lebih tajam dan berprestasi lebih baik dalam ujian keupayaan mental.

  • Telur

Ia sangat mudah, murah dan berkhasiat.

Telur adalah sumber protein, dan kuning telur mengandungi kolin, yang mempunyai kesan positif terhadap perkembangan otak.
Biasakan menawarkan anak anda sarapan pagi atau makan malam yang sihat dengan telur secara berkala.

  • Kacang

Kacang kaya vitamin E dan antioksidan yang dapat melindungi membran sel otak daripada radikal bebas terutama kacang macadamia dan badam. Untuk hasil terbaik, pilihlah kacang yang rendah gula dan natrium.

  • Sayur Berwarna

Tomato, bayam, dan labu adalah makanan yang kaya dengan antioksidan. Makanan ini dipercayai dapat membantu mengekalkan kekuatan dan kesihatan membran sel. Semakin segar dan cerah warna sayuran, semakin tinggi kandungan antioksidannya. Sesetengah sayur-sayuran mempunyai ciri-ciri mencegah kanser.

  • Oat atau Oatmeal

Oat mengandungi karbohidrat yang akan diserap secara berperingkat oleh otak anak selama proses belajar di sekolah. Oat juga sumber yang baik untuk vitamin E dan B serta potasium dan zink yang membantu tubuh dan otak bekerja secara optimum.

  • Buah beri

Buah-buahan seperti strawberi, beri biru, dan beri hitam kaya dengan antioksidan seperti vitamin C. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa buah beri boleh meningkatkan daya ingatan. Beri biru dan strawberi adalah makanan otak yang bagus untuk kanak-kanak. Menurut satu kajian, makanan tinggi flavonoid (strawberi, blueberry, dan jenis beri lain) boleh melambatkan penurunan fungsi kognitif di otak.

  • Kacang Hijau

Makanan ini adalah antara makanan yang paling disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia sangat kaya dengan kandungan nutrisi. Selain kaya dengan protein dan karbohidrat kompleks, kacang ginjal juga mengandungi vitamin C, folat, zat besi, zink, kalium, magnesium, kuprum, mangan, fosforus, dan tiamin, yang semuanya penting untuk perkembangan badan dan otak.

  • Susu dan Yogurt

Makanan ini adalah antara makanan yang paling disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia sangat kaya dengan kandungan nutrisi.

Selain kaya dengan protein dan karbohidrat kompleks, kacang ginjal juga mengandungi vitamin C, folat, zat besi, zink, kalium, magnesium, kuprum, mangan, fosforus, dan tiamin. Semua vitamin yang terkandung aalah penting untuk perkembangan badan dan otak anak-anak.

  • Daging Lembu

Makanan ini adalah sumber zat besi yang membantu kanak-kanak berjaya di sekolah.

Daging lembu tanpa lemak adalah sumber zat besi yang terbaik kerana ia mudah diserap oleh badan. Malah, pengambilan 28 gram daging lembu setiap hari meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Daging lembu juga mengandungi zink, yang membantu mengekalkan ingatan.

CC: HARIAN METRO

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *