Pastinya para ibu yang sedang hamil tidak sabar akan kelahiran cahaya mata bukan?
Salah satu cara untuk anda mengetahui kondisi si manja dalam kandungan adalah dengan melakukan proses scanning di hospital atau klinik berdaftar. Terdapat pelbagai jenis scan, detail scan bayi anda adalah salah satu yang penting.
Namun, bilakah waktu sesuai untuk melakukan detail scan ini? Adakah ia suatu keperluan untuk melakukan proses detail scanning setiap kali berjumpa dengan doktor? Para mommies usah risau, pada perkongsian kali ini Suraya Mothercare akan kongsikan kelebihan detail scan bayi ini.
Detail scan bayi dapat bantu kesan keabnormalan
Terdapat pelbagai jenis detail scan, mari kita kenali dahulu perbezaan jenis-jenis yang ada.
- Dating Scan 2D (hitam putih)
Bagi pemeriksaan rutin antenatal, ultrasound pertama sewaktu booking (buka buku) adalah penting kerana ia dapat tentukan tarikh tepat bagi anggaran tarikh kelahiran atau estimated due date (EDD).
- Detail scan 2D
Detail scan boleh dilakukan dalam waktu kandungan 20 hingga 25 minggu, kerana ia adalah penting untuk melihat tumbesaran bayi dalam kandungan serta melihat dengan lebih jelas.
Ia berfungsi untuk melihat sebarang ketidaknormalan atau kecacatan pada bayi seperti Down Syndrome dan sumbing. Ini termasuklah untuk mengesan organ-organ penting seperti otak, paru-paru, jantung, tulang, kaki dan tangan serta anggota lain-lain.
Pemeriksaan ini penting bagi para ibu yang berisiko seperti mengandung pada umur melebihi 40 tahun, mengandungi penyakit berisiko seperti darah tinggi atau kencing manis, sejarah kecacatan atau kematian bayi dalam kandungan sebelumnya dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, pemeriksaan ini terbuka kepada semua para ibu hamil.
- Scan 3D 4D atau 5D
Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada 26 hingga 32 minggu kandungan. Sudah tentunya ibu dan ayah akan menjadi lebih teruja untuk melihat imej si kecil yang berwarna dalam bentuk 3D, 4D atau 5D kerana ia jauh lebih cantik dan kita dapat melihat wajah bayi dengan lebih jelas.
Apa yang diperiksa semasa melakukan detail scan?
Menurut Klinik MyFamil by MySonoworld, semasa detail scan antara yang akan diperiksa ialah:
- Bentuk dan struktur kepala bayi. Ini dapat mengesan masalah otak yang serius
- Muka bayi. Ini adalah untuk mengenalpasti bibir sumbing namun bagi sumbing lelangit dalam mulut bayi agak sukar untuk dikesan
- Tulang belakang bayi. Ia adalah untuk memastikan tidak ada tulang belakang yang terkeluar dari kulit
- Dinding abdomen bayi. Untuk memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafagram
- Jantung bayi. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel). Injap hendaklah boleh membuka dan menutup setiap denyutan jantung. Salur darah utama yang membawa darah ke dan dari jantung bayi.
- Buah pinggang bayi. Pastikan terdapat dua buah pinggang dan air kencing mengalir bebas ke dalam pundi kencing
Dengan memeriksa semua parameter secara detail seperti ini, sebarang kecacatan fizikal dapat dikesan dari awal. Namun kecacatan genetik, masalah darah dan hormon tidak dapat dikesan melalui detai scan ini dan harus diingat bahawa jika detail scan adalah normal tidak bererti bayi di dalam kandungan adalah 100% sempurna.
CC: THEASIANPARENT
No comment yet, add your voice below!