KEBAIKAN TUAM BAYI

Tuam bayi adalah amalan zaman berzaman yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu sehinggalah zaman moden sekarang. Tuam bayi dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan tradisional herba bagi mengelakkan bayi dari terkena sakit-sakit badan dan angin badan.

Bukan sahaja ibu berpantang yang perlu bertungku, tetapi bayi yang baru lahir juga harus bertungku dan tuam. Namun, caranya berbeza atas faktor kesesuaian dan kesihatan bayi.

  • Mengelakkan bayi daripada terkena angin pasang
  • Mengatasi masalah angin badan yang berlebihan
  • Mengatasi masalah kembung perut bayi
  • Mengatasi masalah bengkak dan lebam pada tubuh badan bayi akibat terhantuk atau terjatuh
  • Membuatkan bayi lebih selesa dan mudah tidur lena
  • Melegakan batuk atau selsema bayi
  • Melindungi pusat bayi daripada tersembul keluar
  • Mengelakkan bayi daripada kesejukan yang teramat

Antara tips yang sering diberikan pakar berkaitan hal tuam bayi adalah: 

  • Waktu Terbaik
  1. Selalunya tuaman dilakukan selepas memandikan bayi. Apabila bayi sudah selesa mandi, boleh lakukan tuaman sebelum atau selepas mengurut badannya.
  2. Boleh juga lakukan tuaman sebelum masuk tidur supaya si kecil dapat tidur dengan lebih nyenyak. Selepas tuam, bolehlah bedung bayi kemas-kemas supaya lebih selesa.
  • Cara Guna Tungku Bayi
  1. Tungku bayi perlu dipanaskan suam-suam sebelum digunakan supaya bayi mendapat khasiatnya.
  2. Anda boleh panaskan tungku bayi dengan menggunakan seterika sehingga terasa hangat. Boleh juga  letakkan di atas periuk nasi asalkan tidak terlalu panas untuk kulit bayi.
  3. Cuba dulu di belakang tapak tangan supaya tidak terlalu panas untuk bayi. Kemudian barulah letakkan tuaman ini pada bahagian tubuh bayi.
  • Tempat-tempat Yang Perlu Dituam
  1. Mengikut petua orang dulu-dulu, bayi seeloknya dituam pada bahagian belakangnya. Lebih tepat lagi dari bahu terus ke pinggang.
  2. Tuamkan juga pada bahagian perut, ari-ari, dan bahagian pelipat kaki serta tapak kaki selama beberapa minit. Ia dipercayai dapat mengurangkan kembung pada bayi.
  3. Bagi bayi lelaki, boleh tuamkan pada alat kelaminnya untuk elakkan angin pasang.