Skip to content

KEBAIKAN BARUT BAYI

KEBAIKAN BARUT BAYI

Barut adalah antara aksesori yang wajib dipakaikan pada bayi yang baru lahir kerana menurut petua orang tua, ia mampu mengelakkan perut kembung. Selain itu, ada banyak lagi kepercayaan lain tentang penggunaan barut.

Ramai ibu bapa yang tahu bahawa amalan memakaikan barut adalah untuk mengelakkan bayi daripada terkena kembung perut atau perut dipenuhi dengan angin. Namun, ada beberapa kelebihan lain yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.

  • Bertujuan untuk memelihara perut bayi (bahagian dada dan kebawah) yang masih lembut.
  • Untuk mengelakkan tali pusat bayi yang masih belum tertanggal dari dimakan serangga atau terkena jangkitan kuman.
  • Mengelakkan bayi terkena kembung perut.
  • Bayi akan  merasa lebih selesa apabila perut terasa kedap ditutupi kain barut.
  • Ia juga akan percepatkan tali pusat bayi kering dan tertanggal, dan mengelakkan tali pusat yang telah tertanggal jatuh merata.
  • Elak bayi dari terdedah kepada perubahan suhu mendadak.

Cara pemakaian barut bayi menurut pakar pula adalah seperti berikut:

  • keringkan tali pusat bayi terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang pakaian kepada bayi.
  • sapukan minyak telon (campuran minyak adas, kayu putih dan kelapa).
  • buat urutan lembut sebelum dipakaikan barut/bedung
  • setelah itu baru dipakaikan barut & bedung

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment