Skip to content

KAWAL ANAK MUMMIES KETIKA MENGGUNAKAN GADJET!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Sempena hari Sabtu ni, kita rileks lah kan sebab waktu cuti ni kan? Takkan kita nak fikir hal kerja kan?

Sambil- sambil scroll TikTok, IG, dan Facebook tu kan ada terfikir tak anak- anak kecil kita ni kecanduan gadjet tak?

Bukan apa…

Masuk abad ke 21 ni, teknologi sangat pantas berkembang dan menjadi suatu wadah yang penting dalam kehidupan manusian pada masa kini.

Jadi kita tidak boleh pertikai jika anak kecil zaman kini lebih ‘advance’ dalam menggunakan teknologi dari kita dulu.

Mummies rasa macam mana? Haaa, jadi kongsian kita kalini adalah tentang cara kawal anak kecil dari ketagih gadjet dari kongsian Hello Doktor!

Selamat membaca Mummies!

_____________________________

Mummies nak tahu tak?

Penyelidikan daripada pakar pendidikan kanak-kanak di Michael Cohen Group mendedahkan bahawa skrin sentuhan telah mengambil alih semua bentuk kegembiraan lain untuk kanak-kanak.

60 peratus (%) ibu bapa dengan anak yang berusia 12 tahun ke bawah melaporkan bahawa anak mereka sering menggunakan skrin mudah alih, sementara 30% sangat kerap menggunakannya. Ini merupakan antara bukti penggunaan gadget yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak.

Dan, sangat menarik untuk diperhatikan bahawa 36% daripada kanak-kanak ini mempunyai telefon pintar mereka sendiri.

 Jadi Mummies perlu kawal anak kecil dari ketagihan bermain gadjet.

_____________________________

1: TETAPKAN MASA

Gajet mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah ia boleh merangsang kreativiti anak-anak melalui video dan gambar yang bergerak.

Terdapat juga banyak permainan video yang berbentuk pendidikan.

Di samping kebaikan yang ada, had masa hendaklah ditetapkan agar mereka tidak menjadi ketagih.

Jika anak-anak sudah terbiasa bermain telefon pintar atau iPad, mereka akan sentiasa meminta peranti tersebut dari semasa ke semasa.

Setiap kali anda ingin berikan kepada anak-anak anda, hadkan masa kurang daripada 15 minit pada satu-satu masa.

Sebaiknya, pantau penggunaan gajet supaya ia tidak melebihi 30 minit sehari untuk elakkan penggunaan gadget yang berlebihan.

2: PANTAU PENGGUNAAN GADJET YANG BERLEBIHAN

Kanak-kanak sangat mudah terdedah kepada pelbagai jenis kandungan tidak sihat di dalam gajet,

khususnya pornografi yang semakin menular dan mudah didapati di dalam internet.

Hal ini sangat berbahaya dan mampu mengubah perwatakan anak kecil tatkala besar nanti.

Bukan saja itu, ia juga mampu menganggu fokus anak dalam pembelajaran.

Jadi Mummies perlu memantau anak anda semasa menggunakan gajet.

Lakukan interaksi bersamanya semasa melihat skrin telefon dan tanyakan mereka soalan seperti “apa nama binatang ni?”, “warna apa ni?” atau “macam mana bunyi kucing?”

Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa, tanyakan soalan-soalan yang lebih mencabar seperti “macam mana burung boleh terbang?” atau “kenapa kita perlu makan sayur?”

Dengan interaksi yang berlaku, hubungan antara ibu bapa dan anak akan lebih erat.

Dalam masa yang sama, minda anak-anak juga akan berkembang.

Anda juga boleh letakkan telefon kepada mod parenting control untuk mengelakkan mereka membuka laman-laman yang tidak sepatutnya seperti Youtube for Kids.

3: JANGAN MANJAKAN ANAK DENGAN GADJET

Sebahagian ibu bapa menjadikan telefon sebagai “ubat penenang” apabila anak-anak mereka menangis atau mengamuk.

Membuka video di YouTube adalah langkah yang sangat mudah untuk memujuk kanak-kanak yang menangis.

Namun, video tersebut hanyalah solusi sementara dan tidak akan menyelesaikan punca sebenar. Ia juga akan menyebabkan penggunaan gadget yang berlebihan.

Anda seharusnya mencari sebab sebenar anak anda menangis.

Yang penting jangan bergantung kepada gadjet semata. Bukan saja anak akan ketagih gadjet malah hubungan antara ibubapa dan anak boleh menjadi renggang.

Anak tidak reti nak luahkan masalahnya, ibubapa tak reti nak ‘approach’ anak, kesudahannya kedua- duanya menjadi pemendam.

Contohnya, jika seorang anak anda menangis kerana mainannya diambil oleh adiknya, anda perlu meminta si adik memulangkan semula kepada si abang kerana itu adalah haknya.

Jika anak-anak terlalu dimanjakan dengan gajet, mereka akan lebih mudah mengamuk dan sentiasa meminta-minta.

4: ELAKKAN GADJET DI KERAMAIAN

Ini paling penting Mummies!

Tujuan elak menggunakan gadjet di tengah keramaian seperti rumah terbuka hari raya, berkunjungan ke pesta dan sebagainya adalah untuk latih anak bergaul dan beriteraksi dengan baik bersama orang lain.

Contohnya, apabila saudara mara pulang ke kampung, gunakan saat itu untuk membiarkan anak-anak anda bersosial bersama sepupu dan saudaranya.

Jika mereka meminta gajet, elakkan daripada menunaikan permintaannya.

Ia adalah skil yang penting sebelum melangkah ke alam sekolah dan remaja.

5: TIADA GADJET DALAM 2 TAHUN PERTAMA

Terdapat banyak umur yang digariskan oleh pakar yang berbeza berkenaan umur yang sesuai untuk memperkenalkan gajet kepada anak-anak.

Kebanyakan pakar meletakkan umur selepas dua tahun sebelum menggunakan apa-apa gajet.

Umur dua tahun pertama ini adalah waktu yang harus digunakan oleh anak-anak untuk berinteraksi dengan objek-objek fizikal di sekeliling mereka.

Ini adalah penting untuk merangsang deria sentuhan mereka yang gagal didapati melalui gajet.

6: TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK

Jika anda mengharapkan anak-anak anda agar tidak terlalu kerap menghadap skrin telefon atau iPad, anda harus memulakannya terlebih dahulu.

Kanak-kanak sangat mudah terikut dengan tingkah laku orang tuanya.

Mummies boleh dedahkan aktiviti yang menarik kepada anak kecil seperti memasak, bersukan dan bercucuk tanam.

Banyakkan masa bermain dan berborak dengan anak-anak anda.

Jangan memegang gajet semasa waktu keluarga seperti waktu makan atau berkumpul di ruang tamu untuk mengelakkan penggunaan gadget yang berlebihan.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/penggunaan-gajet-buat-anak-anda/ 

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *