Menjaga isteri semasa berpantang bukan kerja mudah apatahlagi untuk para suami yang terpaksa bekerja semasa isteri sedang berada dalam temph berpantang.

Antara kaedah yang dapat dilakukan suami bekerja adalah

1) Menyusun jadual kerja dengan efisen. Suami harus pandai menyusun jadual kerja mereka agai tidak menggangu tugas mereka sebagai seorang suami yang harus menjaga kebajikan isteri mereka yang sedang berpantang.

2) Menyediakan keperluan isteri. Suami boleh menyediakan keperluan isteri mereka siap siap sebelum bergerak ke tempat kerja. Antaranya dengan menyediakan pakaian dan makanan berpantang isteri. Ini memerlukan suami untuk mengambil tahu tentang proses berpantang contohnya pakaian yang isteri harus gunakan dan makanan yang harus isteri mereka elakkan untuk menjaga kesejahteraan diri semasa berpantang.

3) Menjaga emosi isteri. Walaupun sibuk bekerja, suami harus bijak mencari masa untuk bertanya khabar tentang isteri yang sedang berpantang di rumah. Antaranya dengan melakukan panggilan video dan pesanan melalui Whatsapp. Ini dapat menunjukkan bahawa anda sebagai suami mengambil berat terhadap kebajikan isteri yang berada di rumah. Isteri juga akan merasa lebih dihargai oleh suami mereka.

4) Menyiapkan segala keperluan bayi. Sebelum bergerak ke tempat kerja, suami harus menyediakan keperluan bayi. Selain daripada dapat memudahkan kerja isteri yang sedang berpantang, ianya juga dapat meringankan beban isteri. Keperluan bayi seperti pampers bayi, tisu basah ataupun mencuci botol susu yang digunakan oleh bayi tersebut.

5) Mandi. Suami boleh memandikan bayi mereka terlbih dahulu sebelum bergerak ke kerja dan memberi peluang kepada isteri untuk mandi. Dengan cara ini suami boleh memerhatikan anak sementara isteri sedang mandi. Ianya juga dapat memudahkan kerja isteri.